Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani
Segala Puji bagi Allah di atas segala nikmat yang dikurniakan
Semalam aku berkesempatan menghadiri kuliah maghrib, memang menarik tajuk kuliah yang disampaikan. Mengupas tentang anak pompuan. Memiliki anak pompuan adalah antara satu jalan untuk sampai ke syurga. Sempat juga aku mengutip beberapa hadis yang disebutkan :
1-Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud, "Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan kerenah, kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya Allah SWT akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka."Seorang lelaki bertanya, "Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?"Sabda baginda, "Juga untuk dua anak perempuan."Seorang lelaki berkata, "atau untuk seorang wahai Rasulullah?"Rasulullah SAW menjawab, "Juga untuk seorang." (Hadis Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)
2-Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, "Tidak ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun tiga orang saudara perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka, melainkan Allah Taala akan memasukkan mereka ke syurga." (Hadis Riwayat Al-Bukhari)
3-Daripada Aisyah r.a., dari Rasulullah SAW baginda telah bersabda yang maksudnya, "Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka." (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)
Pabila memahami hadis2 tersebut, jaminan syurga untuk ibu bapa yg berjaya mendidik anak pompuan mereka dgn betul. Mungkin mendidik anak pompuan ini penuh dgn cabaran, itu sebab Allah SWT menjanjikan syurga untuk mereka. Mungkin benar juga pepatah melayu ada menyebut...
‘menjaga lembu sekandang adalah lebih mudah daripada menjaga anak perempuan seorang’
Ada juga yang menyatakan maruah keluarga terletak pada anak pompuan, ke mana sahaja dia pergi dia membawa maruah keluarganya....
Islam suatu agama yang menekankan kepada pencegahan lebih utama dari merawat. Ganjaran syurga ditawarkan oleh Allah SWT pastinya untuk mencegah ibu bapa dari terlalai terhadap tanggungjawab yang sangat berat itu. Kesan buruk akan terjadi jika ibu bapa gagal mendidik dan menjaga anak pompuan dengan baik. Mungkin kita boleh katakan gejala sosial yang berlaku sekarang ini adalah berpunca dari kegagalan ibu pada mendidik anak pompuan.
Namun, suatu kedudukan tinggi terhadap pompuan itu sendiri jika ia terdidik dgn didikan Islamiyyah...banyak kelebihan2 nya :
1-Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.
2-Seorang wanita yang solehah lebih baik dari seribu orang lelaki yang tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibukakan baginya lapan pintu syurga, yang dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa dihisab.
3-Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
4-Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.
Banyak lagi yang boleh dibincangkan, namun jangan pula dilupakan mendidik anak lelaki, jika tidak, sesolehah mana pon pompuan itu jika tiada lelaki soleh akan pincang juga dunia ini.
P/S : lelaki soleh = wanita Solehah... (^_~) BerUsaHa!!