Friday, August 28, 2009
CiTer Ramadhan : Tunduk Pandangan..
^^Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang^^
"....petang2 bulan ramadhan ni kalo dapat kuar jalan2 bazar ramadhan seronok jgak..cari juadah wat berbuka puasa..intai sana intai sini macam2 juadah...masyarakat malaysia memang kaya ngn jenis2 makanan samopai mati pon sebab banyak makan lain pula sesetengah negara mati sebab xde makanan..hohoho terbalik la plak...whatever Alhamdulillah!..."
Firman Allah jd pegangan
janji Allah jadi idaman
Moga jiwa ku tenang dan aman
"Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat"." AQT 24. 30
Apo pula kelebihan mnjaga pandangan...
1) Menunjukkan tanda bahawa seseorang itu tunduk kepada Allah s.w.t. dan merupakan puncak kebahagiaan seseorang hamba di dunia dan di akhirat.
2) Dapat menangkis serangan anak-anak panah iblis yang sangat panas lagi beracun, yang mana boleh menyebabkan kehancuran.
3) Dapat menghiasi hati dengan sinaran cahaya, melenyapkan kegelapan yang terdapat pada wajah dan anggota badan.
4) Membersihkan hati dari akibat sedih.Orang yang tidak mahu menundukkan pandangannya maka akan kekallah ia dalam kesusahan.
5) Mewariskan firasat yang sihat dan benar yang dapat membezakan antara yang baik dengan yang buruk.
6) Menguatkan dan meningkatkan daya fikiran.Sedangkan mereka yang tidak mahu, tidak dapat apa-apa hasil kecuali hilang sikap waspada terhadap akibat-akibat buruk yang akan berlaku.
7) Dapat membebaskan hati dah fikiran yang selalu merumitkan, sedangkan bagi mereka yang tidak mahu menundukkan pandangan, fikiran mereka akan hanyut dengan angan-angan yang tinggi
8) Menundukkan pandangan dapat mewariskan keteguhan dan keberanian.
***
***
Best jugak lirilk lagu hijjaz ni..
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang hakiki
Kalau hati itu bersih
Hati kalau selalu bersih
Pandangannya akan menembus hijjab
Hati jika sudah bersih
Firasatnya tepat karena Allah
Tapi hati jika dikotori
Bisikannya bukan lagi kebenaran
Tapi hati jika dikotori
Bisikannya bukan lagi kebenaran
Tuesday, August 25, 2009
CiTer Ramadhan : 2 Hari Berlalu..
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Semua dah maklum amalan ibadah dibulan mulia ini diberi ganjaran berlipat ganda. Tawaran istimewa ini hanya ada dan ditemui di bulan Ramadhan. Cukup satu hadis saya nak bawakan di sini mengenai tawaran istimewa dari Allah S.W.T :
“Daripada Salman r.a. ia berkata: Telah berkhutbah Rasulullah S.A.W. pada hari terakhir bulan Syaaban dan sabdanya:- Wahai manusia sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi penuh keberkatan (bulan Ramadhan) iaitu bulan yang ada padanya satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, bulan yang Allah jadikan berpuasa padanya suatu kewajipan dan berqiamullail (beribadat pada malam-malamnya) sebagai amalan sunat. Sesiapa yang mendekatkan dirinya kepada Allah pada bulan itu dengan melakukan amalan kebajikan (amalan sunat) maka ia mendapat pahala seperti melaksanakan perintah yang wajib dan sesiapa yang melakukan suatu amalan yang wajib pada bulan Ramadhan maka ia mendapat pahala seperti orang yang melakukan tujuh puluh (70) amalan fardhu.”.
"Ada yang benar2 beruntung dan ada yang benar2 rugi"
p/s : Selamat Beramal dan Bermuhasabah amalan.. (^_~)