Friday, July 31, 2009

Pakai Tudung Baju Ketat..


Err..iish ishh issh..( sambil geleng kepala )
Cakap pun salah tak cakap kang rasa bersalah pulak..
Tengok pmpuan..( tp laki pun ape kurangnya jgak)
Macam2 fesyen pakaian timbul skrang nie..
Pendedahan berani...dedah sana dedah sini..
Atas bertudung bawah plak **** (paham2 je la)
Tak tengok kan rugi..bukan kena bayar pun free jer...
(bkn aku yg cakap pinjam ayat org je..hehe)

****MAri Pakat2 Baca..

Sepakat ulama sependapat seandainya potongan seluar dipakai wanita menyerupai seluar yang dipakai oleh lelaki san ketat serta dipadankan dengan baju yang ketat dan singkat serta sendat seperti T – shirt atau apa – apa fesyen baju yang ketat maka hukumnya adalah haram. Ini kerana pakaian tersebut dikira seolah – olah tidak berpakaian dan tidak sempurna menutup auratnya disebabkan masih nampak melalui bentuk tubuh badan yang jelas.

Sekiranya seorang wanita memakai seluar panjang yang longgar bersama baju berlengan panjang yang labuh melepasi punggung tidak menampakkan bentuk tubuh badan maka diharuskan kerana auratnya terjamin dan terlindung melalui pakaian yang longgar dan labuh.

Ciri – ciri pakaian wanita yang diharamkan ialah disebabkan terlalu ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh yang kadang kala boleh mendatangkan fitnah dan nafsu oleh sesiapa yang memandangnya. Manakala yang jarang pula tidak ada lindungan terhadap aurat yang menyebabkan ia boleh dilihat disebalik pakaian yang jarang walaupun tidak begitu jelas.

Tetapi ia tetap bercanggah dengan syariat Islam, sama seperti dengan pakaian yang ketat kerana kedua – duanya membawa fitnah. Begitu juga jenis pakaian separuh terdedah atau separuh bogel atau ditutup teta[i dari lutut ke bawah dibuka (seperti mini skirt), adalah haram hukumnya sama seperti tidak berpakaian walaupun kepala memakai tudung. Serupa juga dengan perempuan yang pakai kain tetapi tidak memakai seluar panjang, menampakkan betis.

Firman Allah dalam Surah Al – Ahzab ayat 59 yang bermaksud:
“Wahai nabi suruhlah isteri – isterimu dan anak – anak perempuanmu, serta perempuan yang beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya sewaktu mereka keluar. Cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali sebagai perempuan yang baik – baik. Maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan ingatlah Allah Maha Pengampun dan Penyayang.”

Apabila kita memperkatakan pakaian wanita menutup seluruh badan maka dengan sendirinya termasuklah tudung kepala seperti mana yang telah disyariatkan oleh Allah dalam Al – Quran dalam Surah An – Nur ayat 31 yang bermaksud:
“Dan katakanlah olehmu wahai Muhammad terhadap perempuan – perempuan yang beriman supaya menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan diri mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan disebalik pakaian mereka kecuali yang zahir sahaja dan hendaklah melabuhkan tudung kepala mereka sehingga menutupi paras dada.”


Gaya terkini kebanyakan remaja Muslimah di dapati tudung dikenakan dengan seluar jeans dan baju yang sangat ketat dirasakan lengkap tanpa disedari semuanya itu adalah memperolok – olokkan terhadap pemakaian tudung yang disyariatkan oleh Allah.

Pakaian yang dianjurkan oleh Islam untuk dipakai oleh wanita ialah longgar dan tidak terlalu jarang sehingga menampakkan warna kulit ataupun tidak terlalu ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh badan yang mengiurkan.

Apa yang mendukacitakan adalah sebaliknya menjadi pilihan di kalangan remaja kini. Mereka sangat gemar menunjukkan gaya alunan badan ketika berjalan tidak kira bagaimana bentuk badan mereka sama ada kurus ataupun sebaliknya. Bagi yang kurus barangkali untuk dijeling – jeling dan terus dipancing oleh remaja lelaki atau si mata keranjang. Manakala bagi yang berbadan besar, pakaian ketat ini menampakkan tonjolan tubuhnya bergoyang – goyang bila berjalan seolah – olah bagaikan jeli yang dikeluarkan dari acuan yang bulat pantang dikocak terus bergoyang terasa enak bila dipandang. Hal ini bukan bertujuan untuk mengenakan sesiapa hanya sebagai peringatan dalam memilih pakaian dengan tujuan untuk mengelakkan dari gejala fitnah yang tidak diingini serta membawa ke arah kecelakaan. Kerana pakaian tidak dikatakan sempurna kecuali yang longgar serta tebal bagi menjamin perlindungan anggota supaya tidak menampakkan warna kulit dan bentuk tubuh badan.

Sesungguhnya wanita yang menipu dalam menutup aurat adalah tergolong dalam ahli neraka sebagaimana yang digambarkan oleh Rasulullah dalam sebuah hadis sahih yang bermaksud:
“Daripada Abu Hurairah telah berkata, Rasulullah bersabda: Ada dua golongan ahli neraka yang aku tidak sempat melihat perbuatan mereka iaitu satu kaum yang memiliki cemeti seperti ekor lembu yang digunakan untuk memukul manusia. Golongan kedua ialah wanita – wanita yang berpakaian tetapi telanjang. Mereka bergaya dengan lenggang lenggok untuk memikat lelaki, bila dipujuk senang mengikut, kepala mereka didedahkan dan dihias bagaikan goh – goh unta. Wanita – wanita tersebut tidak dapat masuk syurga, bahkan tidak dapat menghidu baunya walaupun bauan syurga itu didapati dari jarak seribu tahun perjalanan.”

Itulah gambaran hadis Rasulullah yang kini ternyata golongan wanita seperti ini terdapat di mana – mana dengan memakai seluar ketat, baju T sendat, bawahnya pendek hinggakan nampak segala ukiran yang berseni – seni di dada dan di antara dua peha melalui pakaian yang ketat, yang mana asalnya wajib ditutup melalui pakaian yang tebal, labuh dan longgar. Seluar jeansnya pula pelbagai corak, mengasyikkan lelaki bila berjalan tergedik – gedik.

Sejarah asal usul berpakaian sebegini diperkenalkan oleh orang – orang Yahudi dengan tujuan untuk meruntuhkan akhlak remaja – remaja Islam. Itulah yang dimaksudkan di dalam hadis di atas berpakaian seolah – olah telanjang bermakna hukumnya sama seperti orang yang tidak berpakaian.

Remaja muslimah kini semakin hilang sifat malunya malah menerima dan redha akan fesyen sebegini. Kononnya nampak lebih feminin, trendy dan berjiwa bebas yang jelas bertentangan dengan akidah dan akhlak Islam. Pemuda – pemuda Islam pula menjadi semakin lemah dan khayal melayan nafsu syaitan dek melihat gaya wanita sebegini dan semangat berjuang mereka menegakkan syariat Islam mulai hilang. Disinilah kemenangan pihak kafir yang telah berjaya dibuktikan. Perasaan cintakan Islam semakin pudar.

p/s : sume yg ditulis kt atas rasanya kebanyakkan org dah tahu.." Lau Dah Tahu Knape xAmal..!!"

**Artikel ini boleh disalin semula dan disebarkan untuk jihad menegakkan syariat Islam. Dakwah adalah tanggung jawab setiap muslim..moga kita semua beroleh rahmat dan petunjuk dari-Nya. Insya Allah -

post asal : farisadli
(sumber dr Zahazan.net)

Thursday, July 30, 2009

Naper Tak Ramai...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم
كيف إيمانك؟

يزيد او ينقص؟ يزيد ماشاء الله


(tengok masjid dpt pahala )

....Sedih gak laa tengok masjid n surau kat sesetengah tempat...
Ahli jemaahnya tetap n berpencen je...
pegi2 muka yg sama saje..
biasalaa dah tentu org2 tua je..
mana pegi muda belia sume..
dorang selalu busy ke..

Suatu hari di tepi wakaf....

A : Err kau kaki ape?
B : ...eh budak nie aku sekeh kan..solan ape kau tanye nie? aku kaki org laa..

A : xde laa skrang nie orang ade mcm2 kaki..
B : Kaki ape? stahu aku pernah juga aku berkaki ayam..
A : oo itu salah satu laa..bongok ko nie!

tiba2 bunyi...pprreemm! ppreeemmm!

A : hah yang tu namanya kaki rempit..
B : oooo..xde kijooo!

tiba2 bunyi...fiiiiiuviitt...hai cik adik!

A : hah yg tu kaki pompuan..
B : Huh gatal xtau malu..!

tiba2 bunyi...dishh..ggooollll!

A : hah yg tu kaki bola..
B : Huh xcerdik kejo bola sebijik..!

tiba2 bunyi...ALLAHU AKHBAR ALLHU AKHBAR..!

A : hah yg tu kaki masjid..
B : Haa yg tu beruntung dunia akhirat..jom kita g masjid.... :)

............................................

SOLAT BERJEMAAH

Solat Berjemaah memang penting beb!..dalilnya : Allah berfirman : "Dan dirikanlah solat, tunaikan zakat dan rukuklah beserta orang-orang yang rukuk. (Surah Al-Baqarah: Ayat 43)

Keutamaan solat berjemaah ini ditegaskan oleh Allah dlm al-Quran itu pun kalau kita faham laaa..cuba baca ayat ini..

"Dan apabila kamu berada di tengah-tengah mereka (sahabatmu) lalu kamu hendak mendirikan solat bersama-sama mereka, maka hendaklah segolongan dari mereka berdiri (solat) beserta mu dan menyandang senjata, kemudian apabila mereka (yang solat besertamu) sujud (telah menyempurnakan serakaat), maka hendaklah mereka pindah dari belakangmu (untuk menghadapi musuh) dan hendaklah datang golongan yang kedua yang belum solat, lalu solatlah mereka denganmu, dan hendaklah mereka bersiap-siap dan menyandang senjata. (Surah An-Nisa: Ayat 102).

Iye! sehingga dlm peperangan pun disuruh bersolat berjemaah..

lagi kita tengok pula penegasan dari Rasulullah plak...

Dan di dalam Sahih Bukhari dan Sahih Muslim terdapat hadith dari Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda (mafhum):

"Sungguh, alangkah ingin aku menyuruh (para sahabat) melakukan solat, dan aku suruh seseorang untuk mengimaminya, kemudian aku pergi bersama beberapa orang yang membawa beberapa ikat kayu bakar menuju (rumah) orang-orang yang tidak ikut solat berjemaah, untuk membakar rumah mereka dengan api."

Di dalam kitab Musnad Imam Ahmad meriwayatkan bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: (mafhum)

"Kalau sekiranya tidak kerana isteri-isteri dan anak-anak berada di dalam rumah mereka, nescaya aku bakar rumah mereka."
Dan Abdullah bin Mas'ud RA juga meriwayatkan: (mafhum)

Tngok la bro..sampai Rasulullah mengugut untk bakar rumah org yg tinggalkan solat berjemaah..

Solat berjemaah merupakan sunnah yg paling utama, so sapo2 yg sukakan sunnah amalkan yg ni dulu n xyah duk bergaduh pasal benda2 kecik tp sunnah yg utama ditinggalkan..

"Sesungguhnya Rasulullah SAW. telah mengajari kami sunnah-sunnah agama, dan di antara sunnah-sunnah tersebut adalah solat di masjid yang dikumandangkan azan di dalamnya".

Dan di dalam Sahih Muslim juga diriwayatkan Abdullah bin Mas'ud berkata: (mafhum)

"Barangsiapa yang ingin berjumpa Allah di kemudian hari dalam keadaan Muslim, maka hendaklah ia memelihara solat lima waktu ini dengan melakukannya di mana adanya seruan azan, kerana sesungguhnya Allah telah menetapkan (mensyari'atkan) jalan-jalan menuju hidayah, dan sesungguhnya melakukan solat lima waktu dengan berjemaah adalah termasuk jalan-jalan menuju hidayah. Maka sekiranya kamu solat di rumah-rumah kamu sebagaimana orang yang lalai melakukannya di rumah, maka bererti kamu telah meninggalkan sunnah (ajaran) nabi kamu, dan jika kamu meninggalkan sunnah nabi kalian, nescaya kamu sesat."

Lu Pikir la sendirii...

Nabi s.a.w. menyatakan bahawa solat berjemaah melebihi 25 kali nilainya dari solat bersendirian. Jika kita mengandaikan nilai solat berjemaah itu umpama memperoleh 25 mata, maka jumlah yang diperoleh seseorang dalam masa seminggu adalah 875 mata. Sementara jumlahnya dalam sebulan ialah 3500 mata. Bandingan solat sendirian hanyalah 35 mata untuk seminggu atau 150 mata sahaja untuk sebulan. Dari sudut peratus, kelebihannya adalah 2333%. Mata ini hanya perumpamaan untuk memudahkan kita memahami kedudukan solat jemaah. Sekiranya kita memindahkan kepada nilai mata wang, apakah yang boleh dibelanjakan oleh seseorang yang memperoleh RM 150 sebulan, jika dibandingkan dengan seorang yang memperoleh RM 3500 sebulan? Ini hanya gambaran solat fardu yang dilakukan secara berjemaah. Bayangkan jika ditokok tambah pula dengan amalan sunat yang lain. Jika setiap kali solat kita diberikan RM 25 seorang, mungkin ramai yang akan berbaris untuk menunaikan solat jemaah.


Pahala sekali solat sunat fajar sahaja digambarkan oleh Rasulullah s.a.w. sama dengan dunia dan isi kandungannya. Dapatkah kita bayangkan pahala solat fardu secara berjemaah? Justeru, kelebihan ini tidak boleh dipandang ringan. Lantaran usia kebanyakan manusia amat singkat, kita dianjurkan mencari al-Baqiyat as-Solihat, iaitu amal yang berpanjangan dan impaknya besar kepada diri dan masyarakat. Amalan dalam kategori ini adalah solat jemaah.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan al-Baqiyat as-Solihat (amal yang kekal lagi baik) adalah lebih pahalanya di sisi Tuhan mu dan lebih baik untuk diharapkan.” Al-Kahfi 18:46.

SEKIAN MOGA MEMBERI MANFAAT..ALLAHU'ALAM.

** peringatan buat diriku jua...JGN TINGGAL SOLAT B'JEMAAH!!

Tuesday, July 28, 2009

Pantun Ibadat

بسم الله الرحمن الرحيم

Mmm..duk belek2 atikel jumpa pulak pantun ibadat nih..teringat aku kat ust. Akil Hayy, pernah dulu aku dengar ceramah beliau ntah kat mane aku lupa daa kat Teluk Intan kot.. dia ada sebut pantun nih..masa first time dengar memang lawak..hikhihkhik..eh camne ngn kehidupan pak ustaz tu..macam2 timbul cerita aku rasa imej dia sebagai seorang pendakwah agak tercalar sikit..sabor syeikhh cam kata P.Ramlee 'cobaan'..Apa pun syeikh gua tetap sokong N teruskan usaha dakwah..TAkkBirrr!!!



Di dalam hidup manusia,
yang penting ialah BERKAT.
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat,
masyarakat jadi muafakat.
Apabila masyarakat jadi muafakat,
negara kita menjadi kuat.
Apabila negara menjadi kuat,
negara luar jadi hormat.
Apabila negara luar jadi hormat,
permusuhan pun tersekat.
Apabila permusuhan tersekat,
pembangunan pun meningkat.
Apabila pembangunan pun meningkat,
kemajuan menjadi pesat.

TETAPI AWAS,
apabila pembangunan meningkat,
kemajuan menjadi pesat,
kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.

Ditengah-tengah itu,
tempat maksiat tumbuh macam kulat.
Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat,
KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.
Apabila manusia telah mengubah tabiat,
ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat,
sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat,
orang baik ada yang bertukar jadi jahat.
Apabila orang baik bertukar jahat,
orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat,
orang tua pula nak mati lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat,
tak dapat minum madu telan jerla minyak gamat.

Yang lelaki,
budak budak muda pakai seluar ketat.
Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.

Yang perempuan, pakai mini sekerat .
Suka pakai baju ketat.
Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
Pakai pulak yang singkat-singkat.

Bila jadi macam ini,
siapa lihat pasti tercegat.
Silap gaya jadi gawat,
bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat.
Bila berjumpa, tangan berjabat.
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita 'bukti' lah kita buat.
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah
pula anak-anak yang tak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat,
jam tu kita tengok
bayi dibuang di merata tempat.

MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa?
Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.
Inilah dia fenomena masyarakat.
Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat! .
Berangkat menuju ke negeri akhirat.

Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu, sendiri mau ingat.

Umur mu banyak mana mu buat ibadat...?
Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...?
Harta benda anta, dari mana anta dapat...?
Ilmu anta, adakah anta manafaat...?

Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera
meninggalkan maksiat dan
memperbanyakkan ibadat.

~HiDuP UsT Akil~
ngehehe

Monday, July 27, 2009

Saat Indah BersamaMu..

بسم الله الرحمن الرحيم
Saat indah bersama Mu
Pernahkah kau kecapi saat itu??
Jika kau mengaku kau kekasihNya
Pasti kau rindu untuk bersamaNya
Jika kau teringin dekat padaNya
CARILAH SAAT ITU




Apakah kehebatan bangun solat di malam hari terutama di sepertiga malam yang akhir??? sehinggakan Rasulullah sanggup melakukannya sehingga kedua-dua tapak kakinya pecah-pecah, sehinggakan juga Sallehuddin Al-Ayyubi memilih mereka yang bangun malam sebagai barisan mujahidin yang paling hadapan untuk menggempur musuh.

Saranan Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam

Dari Abu Hurairah r.a ….Kekasihku Rasulullah telah berwasiat kepadaku agar aku tidak tidur sebelum solat witir.” (HR Bukhari)

Dari Abdullah bin ‘Amr bin Al-’Ash radhiallahu ‘anhuma, katanya;”Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam bersabda;

Hai Abdullah, janganlah engkau menjadi seperti si Fulan itu, dulu ia suka sekali bangun bersolat di waktu malam, tetapi kini meninggalkan bangun solat waktu malam itu.” (Muttafaqun ‘alaih)

Dari Aisyah r.a katanya; “Nabi sollallahu ‘alaihi wasallam itu berdiri untuk bersolat malam, sehingga pecah-pecah kedua tapak kakinya. Saya berkata kepadanya;” Mengapa Tuan mengerjakan sedemikian ini, ya Rasulullah, padahal sudah diampunkan untuk Tuan dosa-dosa Tuan yang dahulu dan yang kemudian? Beliau sollallahu ‘alaihi wasallam lalu bersabda, Tidakkah saya ini wajar menjadi seorang hamba yang banyak bersyukur.” (Muttafaqun ‘alaih)

Dari Ibnu Mas’ud r.a katanya;” Ada seorang lelaki yang disebut-sebut di sisi Nabi sollallahu ‘alaihi wasallam, iaitu bahawa orang tersebut tidur di waktu malam sampai ke pagi - yakni tidak bangun untuk bersolat malam, lalu beliau sollallahu ‘alaihi wasallam bersabda;” orang itu sudah dikencingi syaitan dalam kedua-dua telinganya atau beliau sollallahu ‘alaihi wasallam bersabda;”di telinganya.” (Muttafaqun ‘alaih)

Dari Abdullah bin ‘Amr bin al-’Ash r.a bahawasanya Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam bersabda padanya;”

Solat yang paling dicintai Allah ialah solatnya Daud dan puasa yang paling dicintai Allah ialah puasanya Daud. Ia tidur separuh malam, bangun solat yang sepertiganya dan tidur seperenamnya, Ia berpuasa sehari dan berbuka sehari. (Muttafaqun ‘alaih)

Dari A’isyah r.a pula bahawasanya Nabi sollallahu ‘alaihi wasallam itu tidur di permulaan malam dan bangun pada akhir malam lalu bersolat.” (Muttafaqun ‘alaih)

Solat Paling Afdhal Setelah Solat Fardhu

Solat yang paling afdhal setelah solat wajib adalah qiyamullail (tahajjud).” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Waktu Mustajabnya Doa

Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam ; Sesungguhnya dari sebahagian malam itu ada satu waktu yang tidak menyamai kebaikannya bagi seorang muslim untuk memohonkan sesuatu yang baik kepada Allah ta’ala, melainkan Allah pasti akan mengabulkannya. Demikian itu ada pada setiap malam.” (HR Muslim)

Saidina Umar al-Khattab menyatakan kelebihan solat malam dengan berkata: "Sesiapa mengerjakan solat malam (tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat." Kurniaan di dunia ialah:-

1) Jauh daripada segala penyakit
2) Lahir kesan takwa pada wajahnya
3) Dikasihi sekelian mukmin dan seluruh manusia
4) Percakapannya mengandungi hikmah (kebijaksanaan)
5) Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati)

Sementara empat perkara di akhirat ialah:-

1) Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri
2) Dipermudahkan hisab
3) Cepat melalui sirat al-Mustaqim seperti kilat
4) Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.

Kelebihannya yang lain, antaranya:

- Jalan mendekatkan diri dengan Allah. Itulah peluang berbakti lebih masa untuk-Nya setelah siang hari berurusan sesama manusia.

- Dimuliakan Allah. Sabda Nabi SAW: "Telah datang Jibril kepadaku seraya berkata: `Ketahuilah bahawa kemuliaan seseorang Mukmin itu terletak pada mengerjakan ibadah qiamullail dan kehormatannya terletak pada keengganannya meminta-minta."

- Dimakbulkan doa. Sabda Nabi SAW: "Sesungguhnya dari sebahagian malam itu terdapat satu saat yang mempunyai kelebihan bagi seseorang Muslim untuk memohon sesuatu yang baik kepada Allah. Allah SWT pasti akan kabulkan doanya. Demikianlah itu ada pada setiap malam."


~Moga Memberi Manfaat Buat Diriku~

Baru Ku Tahu Kau Sahabatku..

Shuuu..
Sang bayu di malam hari mengusap lembut wajahku..
Sang cengkerik pula berbicara sesuatu..sendiri pula..
memecah kesunyian malam..

Hati ku bertanya..
kemana engkau..?
Engkau sakit ke?
Lama ku tidak dengar khabar mu..

Selalu kamu tidak sebegini..
Msg2 mu selalu menerjah masuk ke dlm hp ku..
Ade2 saje kau tanya pada ku..
Namun ku tetap jawab untk tidak hampakan mu..

Mata kuyu wajah sedikit lesu sebatang tubuh tinggi tiba2 datang menjengah..
Itu lah bayangan mu dalam ingatan ku..
tidak pernah ku lupa..
Terasa masa berpusing dan mengundur..

Hutan mana yg tidak pernah kita redah..
sungai mana yg tidak pernah kita harung..
Lastik burung sana sini..
Putus selipar jepun dikejar lembu pakcu..
Hilai tawa itu masih segar..

Namun kita tetap di atas titian hidup..
terus berlalu dan bergerak..
membawa haluan kita..
Aku berhijrah mencari ilmu..

Aku terus dgn duniaku..
Menyepi..
Kita jarang bertemu dan bersembang....
hari-hari cutiku..menyubur kembali persahabatan lama..

Kita makin dewasa..
Ujian hidup juga berbeza2..
tidak semua senang dan bahagia..
Namun itu mematangkan kita..

Ku lantas teringat..
Hal agama kau memang minat..
Kau dengar apa aku cakap apa aku nasihat..
Aku bukanlah pandai sekadar diberi ilmu cuma sedikit..

Ku tahu kau memikul beban..
keluarga mu sedikit goyah..
Lantaran rindu kasih seorang ibu dan ayah..
Hidup mu jadi tak tentu arah..

Tapi ku cukup senang dengan mu..
Mudah berbincang dengan mu..
Kebaikkan ku bertambah dengan mu..
Sebab kau lah sahabatku..

Sahabatku..
Janganlah kau pandang pada kedudukan ku..
Kita sama saja di sisi Rabbul Jalil..
Hanya Iman Takwa hati bersih suci..

Sahabatku..
Kau lagi hebat..
Kau dapat iman dengan susah payah..
Itulah tanda orang dikasihi Allah..

Umpama nabi2 dan para wali..
Hidup mereka sentiasa diuji..
Namun mereka sentiasa tabah dan tenang hadapi ..
InsyaAllah di sana nanti penghuni Firdausi..

~SaHaBakU Ku SenTiaSa DoAkAn Mu..
~SeBaB Ku TahU KaU LaH SaHaBaTkU..




Sunday, July 26, 2009

Camne nk DaKwAh..?

3Hari 2Malam itu ungkapan sesuai campaign aku ngn pengakap..bermula hr jumaat 24.07.09 hingg 26.07.09 bertolak kul 3.00ptg n sp lbih kurang kul 4.00ptg..kali ini perkhemahan pengakap peringkat daerah hilir perak untuk dpt pngat gangsa n perak..

Kebanyakkan yg menyertai campaign ini dr tahun 4&5..bercampur kaum dr melayu, cina and india..

Sengaja aku buka entry pasal perkhemahan ini sbg suatu kenang-kenangan and ado juga terselit satu kisah yg buatkan aku terfikir sejenak..

Bermula satu kisah...1 org budak melayu pompuan and 2org budak india pompuan..

Sedang aku meronda2 sekitar kawasan khemah jenguk sana jenguk sini nk surekan keadaan ok..tiba2 aku terdengar perbualan 3org budak pompuan td salah sorangnya budak melayu..

................................................

"mira awak selalu sembahyangkan..? tanya budak india. Mira hanya menganggukkan kepala..
awak selalu sembahyangkan..? sekali lagi ditanya soalan yg sama untuk dapatkan penjelasan semacam tidak puas hati dgn isyarat mira td.." ya! aku selalu sembahyang.."jawab mira..Nampak sedikit berpuas hati pada raub wajahnya..kemudian "awak baikkan sebab selalu sembahyang..? "taklah!" spontan saje jawapan mira. Sorang lg pun bersuara.."kami kadang2 je sembahyang.."

Perasaan ingin tahu jelas terpancar pd wajah comelnya..budak india td bertanya lg.." awk dah pegi sembahyang ke? "dah tadi.."jawab Mira.."awk sembahyang maghribkan td?tanya lg.."iye! eh macam mane awak tahu"? tanya Mira..."Sya tahula kt sk sy ado kawan dia cakap dia selalu sembahyang kalau malam2 macam ni dia cakap sembahyang magrib.." Mira hanya tersenyum.

..........................

Bila terdengar perbualan mcm tu..pada aku budak india nie mcm tertarik dan perasaan ingin tahunya sungguh jernih..

Kalau aku berada ditempat mira mampukah aku terangkan padanya tentang Islam..??

Pada saat ini tika ini dan kondisi ini pun aku bertanya.."layakkah aku sebagai Da'e..?
~huhuhu~

Apa itu DAKWAH?
Dakwah adalah mengajak, menyeru, memanggil atau menganjurkan manusia ke jalan yang diredhai Allah SWT

Definisi yang mudah difahami, apa sahaja kegiatan yang menunjukkan Islam itu cantik, indah dan unggul itu yang dikatakan sebagai dakwah.

Dalam kegiatan seharian pekerjaan, perbuatan, perlakuan, pertuturan, tulisan dan sebagainya adalah ruang terbaik sebagai pendakwah. Namun begitu, kita seharusnya berniat bahawa apa sahaja yang aku lakukan adalah kerana Islam dan ingin menunjukkan bahawa Islam Is The Way Of Life.

Rasullullah role model terbaik pendakwah...
Pabila brtemu dgn baginda orang tertarik pada Islam..

~INGATAN BUAT DIRIKU~




"Kamu adalah umat terbaik, dibangkitkan demi kebaikan umat manusia; kamu menyuruh berbuat kebaikan dan melarang berbuat keburukan, dan beriman kepada Allah….."
( Surah Aali ‘Imraan (3) ayat 111 )

Boleh di Baca juga

Related Posts with Thumbnails