Wednesday, July 22, 2009

CiNtAn- CiNtUn..(^,^)

Ehemm..C.I.N.T.A..

Satu kalimah keramat and berAura..yap! lau nk rasa dia punya feeling semacm je cubala sebut kalimah CINTA depan sape2 pun mesti lain testenya..depan orang yg kita kenal ke or xkenal ke..depan org tua ke hatta budak kecik sekali pun diowang mesti tersenyum and tersengih macam sicomel nih..hikhikhik


Dalam dok banyk2 blog member2 yg aku jenguk mesti ado sentuh pasal CINTA..tak kira la dari novel, cerpen, sajak, puisi, pantun, lirik lagu n macam2 ada juga kisah sendiri tuan punya blog yg hangat bercintan cintun..( sronok gak bc cter org ) hikhik..

Ehhemm..CINTA itu lahir dari jiwa and sanubari lagi dekat di hati..mudah terasa kehadirannya and dinikmati keindahannya..chee! hihihi


Cinta adalah fitrah (komponen kejadian manusia). Firman Allah: " Fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah itu." Maksud Surah arRum: 30

Imam Ibn Qayyim menjelaskan cinta adalah fenomena universal dan ia memberi kesan yang mendalam kepada jiwa manusia hinggakan dalam sastera Arab menghasilkan lebih dari 60 istilah cinta. Dunia Melayu pun apa kurangnya.


Syeikh (aMarhum) Abdullah Nasih Ulwan berpendapat: Islam mengiktiraf cinta yang bersemi pada setiap individu dan Islam telah menggariskan tiga tahap cinta:


* Cinta agung: Cinta kepada Allah, Rasul dan Islam serta berjihad membuktikannya.

** Cinta pertengahan: Cintakan sesama manusia: Ibubapa, anak-isteri, kaum kerabat dan sahabat handai

*** Cinta bawahan: Menyintai sesuatu melebihi cinta kepada Allah, Rasul dan Islam.


Bolehkah pasangan bukan muhrim bercinta sebelum kahwin?

Syeikh Atiyyah Saqr menjawab: Kenapa tidak? Cinta adalah suci, cinta dalam bentuk apapun dibolehkan oleh syara' asalkan tidak dikotori dengan niat dan aksi kotor; ia mestilah tidak bercanggah dengn hukum-hukum syara' dan diiringi dengan cinta yang diredhai oleh Allah.

Cinta sejati boleh dibina sebelum berkahwin asalkan cinta yang direstui agama, dilahir dan dipupuk melalui saluran agama. Islam tidak menentang cinta kerana cintalah asas dalam ibadah antara hamba dengan Penciptanya; manakala cinta jugalah asas kepada pembentukan sebuah keluarga Islam yang harmonis.

Cinta yang dibenteras oleh Islam ialah cinta yang dicemari oleh maksiat dan menuruti hawa nafsu; manakala mereka yang memupuk cinta tapi tetap berpegang kepada ajaran Allah dan mengikuti saluran syara' adalah diharuskan oleh syara' dan seterusnya memadu cinta melalui jalan pernikahan yang sah dan halal.


Haaa tu dia pesan Pakcik ni..pada remaja2 i'm mean 14th - 23th memang usia 'menggatal' nk cari pasangan tapi lebih pada suka2..

And then bila dah jatuh CINTA macam mana nk control supaya CINTA kita itu terarah pada landasan yg betul..??

I said :
Banyak hadith yang meriwayatkan tentang keutamaan persaudaraan kerana Allah dan kedudukan yang tinggi bagi mereka yang menjalin persaudaraan kerana Allah. Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Barangsiapa yang menjalin persaudaraan kerana Allah maka Allah akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga, tidak condong suatu apapun dalam amalannya".


Sesungguhnya aku telah mendengar daripada Rasulullah SAW bersabda: "Suatu kelompok manusia kelak akan memperoleh kursi di sekitar Arsy pada hari Qiamat, wajah mereka bagaikan bulan purnama pada malam lailatul qadar, waktu itu manusia terkejut padahal mereka tidak merasa terkejut, dan manusia takut padahal mereka tidak merasa takut, mereka itu adalah Auliya Allah yang tidak pernah takut terhadap mereka (musuh-musuh Allah) dan tidak pernah merasa khuatir". Kemudian aku (Muaz) bertanya: "Siapakah mereka itu ya Rasulullah ?" Baginda menjawab: "Mereka adalah yang berkasih sayang kerana Allah".(Riwayat Ahmad dan Hakim)


Dalam sebuah hadith diterangkan, sesungguhnya Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Allah SWT berfirmaan pada hari kiamat: "Di mana orang-orang yang menjalin rasa cinta kerana Aku ? Hari ini pada saat tidak ada lagi naungan apapun kecuali naungan-Ku, maka akan Aku naungi mereka di bawah naungan-Ku. Ada sebanyak tujuh kelompok dari mereka itu yang mendapat perlindungan Allah di saat tidak ada perlindungan lain pada hari itu kecuali perlindungan-Nya saja.


Jika hatimu telah jatuh Cinta pada seseorang.
Jangan disekat mahu pun dihalang..
Arahkan hatimu Cintamu orang yg kau cintai itu..
mencintai Allah..
Pasti kau & dia menemui CINTA yg abadi..


~SekiaN~

(^_~)

Sunday, July 19, 2009

DaDaH..

Dadah Musuh Negara! itulah kata2 yg sering kali kita dengar....memang betul tu..
Mengikut laporan dari AADK terdapat 11 penagih baru setiap hari dan 9 penagih berulang setiap hari...paling menyedihkan anak bangsa ku yang paling ramai..dan beragama Islam. Apalah nk jadi ngn negaraku yg tercinta ini.. muda mudi terlibat dgn pelbagai gejala negatif, DADAH PERGAULAN BEBAS, ZINA, REMPIT, SAMSENG dan macam macam lagi..



Dadah datang menyerang dgn pelbagai cara n strategi..dgn pelbagai rupa bentuk yg mempesonakan..jika iman lemah huh habislaaa...Jom usaha Atas Iman..!



Kat sekolah aku...

Program Anti Dadah sempena bulan antidadah


budak2 Pra khusyuk mdengar penerangan dr pegawai AADK..hikhik


Tengok jgn xtengok..hehe

Lastly sebuah kisah benar...
Aku Isteri Penagih .....
23/05/2006
Oleh Noor


Aku dilahirkan sebagai insan yang cukup sempurna...cantik, ayu, putih, gebu, bijak, pandai, berpewatakan menarik, mempunyai daya berkepimpinan dan segala-galanya..

Sedari kecil hinggalah dewasa, aku sentiasa menjadi perhatian .

Tetapi...aku telah memilih seorang penagih dadah sebagai suami. Ini dikatakan jodoh pertemuaan di tangan Tuhan. Demi cinta, aku berkahwin juga dengannya, walaupun aku telah mengetahui apa yang bakal aku tempuh sekiranya aku memilih dia.

Aku hidup dalam kesusahan. Duit sentiasa tidak cukup malahan hutang keliling pinggang. Walaupun gaji seorang guru cukup besar bagiku, namun segalanya aku kena tanggung sehinggakan aku tidak pernah merasa kemewahan semenjak berkahwin dengannya.

Janjinya untuk berhenti dari dadah hanya tinggal janji ....aku sangat kecewa! Suamiku masih lagi dengan tabiatnya menagih dadah tanpa mempedulikan kami anakberanak.. baginya kami tidak penting .. kerana ada yang lebih penting lagi.

Aku pasrah... kepada Tuhan aku berserah semoga ada sinar mentari untuk keluarga kami. Aku penuh berharap agar suamiku berubah suatu hari nanti. Dorongan dan kata - kata perangsang telah ku berikan tetapi semuanya umpama mencurah air ke daun keladi.

Suamiku mati jua akhirnya kerana AIDS....
(sumber http://www.adk.gov.my )
**********
Pesan pada semua JAUHI DADAH!! sekian.

Boleh di Baca juga

Related Posts with Thumbnails