Saturday, September 5, 2009

Rintihan Seorang Da'e..

Assalamualaikum WarahmatulLahi Wabarakatuh.. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. Segala puji bagi Allah Tuhan yg menguasai langit dan bumi..




Biar ku sendiri..tinggal ku keseorangan..
Jangan ganggu aku..aku sudah penat..
Mengapa tiba2 aku boleh terfikir begitu..
Sungguh lemah jiwaku dan patah semangatku..


Akhi..
Masa untuk kita sendirian adalah di malam hari..
Bersama Rabbul Jalil untk merintih pada-Nya..
Siang hari kita berjuang dimedan kita..
Ditengah2 lautan manusia..
Kita tidak berjalan maupun berlari..
Tetapi kita berenang di dalamya..



Akhi..

Andaikan kau di lautan luas..
Berenang dan terkapai-kapai..
Bolehkah engkau berhenti..
Tidak akhi nescaya engkau kan lemas dan tenggelam..

Itulah pesanan untuk ku..
Masih segar dan terngian-ngian ditelinga ku..
Agar tidak patah semangat dan lemah..
Dalam laksanakan kerja seorang Da'e..


Akhi..
kau jangan risau kalau semua orang tidak ikut..
Kerna hidayah itu hak Allah..
Engkau bukan mengajak orang mengikut kamu..
untuk sukakan kamu..
Tetapi untuk menyembah Allah
Untuk sukakan Allah..



ohh..
Ku masih ingat lagi kisah Nabi berdakwah ke Taif..
Cerita itu ku dengar penuh syahdu dan sayu..
Semua penduduknya menolak dan menentang seruan nabi..
Sungguh luar biasa kesabaran mu wahai Habiballah..
Kau dilontar dibaling batu-batu dimaki hamun..
Bercucuran darah suci mu menakung dalam kasutmu..
berkelocak bunyinya..

Namun masih lembut tutur bicaramu...
"tak pe kaumku tidak mengerti kata-kataku.."
Kau masih doakan mereka hidayah..
Wahai nabi kau lah Da'e terbaik..

Akhi...
Berkat kesabaran nabi..
12tahun baru Allah campakkan mereka hidayah..
Kau jgn sesekali merasa putus asa dan goyah pendirian mu....
usaha kau hari ini mungkin hidayah untuk esok hari ..


Selamat Berjuang Wahai Da'e



P/S : Peringatan buat diriku yang alpa..!

Friday, September 4, 2009

Tentang Aku...TAG dr Faarihin



Assalamualaikum WarahmatulLahi Wabarakatuh..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Segala puji bagi Allah Tuhan yg menguasai langit dan bumi..

EVO 9..smart beb! Subhanallah..

Selamat bersua kembali..Alhamdulillah dengan kelapangan yg diberi dapat jua ana membuka ruangan posting untuk menulis entry tuk kali ini..err nk tulis ape ek? Oh ye tag dari ukhti Faarihin lum terjawab lagi..wokey ana cuba siapkan..Lau xjawabkan nanti merajuk pulak peminat alien comey tuu..hikhik

Peraturan yang perlu diikuti untuk tag ini adalah..

Bagi tahu 7 perkara tentang diri kita:

Oh ade peraturan la plak..nanti jap ngah pk siapa aku..ehmm ggreerr..(sambil pejam mata) Tiba2...tiontiongtiongbuzzzz!!..dah dapt!

1. Aku seorang yg sgt suka suasana kg yg indah nan permai..mb sb aku dilahirkan kt kg aku..masa kecik2 dulu suka berkubang kt bendang padi,mandi manda kt sungai kat kunci air....dah besor rasa nk wat cam tu tp segan le plak..hikhik

2. Masok sekolah rendah memang seronok..pukul 6.30pagi dah sp kat sekolah..kadang2 aku lagi awal dari pak guard..Cikgu BI yg paling disukai ramai termasuk aku yg jga guru kelas aku iaitu cikgu pompuan cina..Apa Yang Penting..beliau mendapat hidayah Allah ketika aku darjah 5 kt sk tu..beliau menukar nama kpd NurAliah..comel nama tu secomel orgnya..hehe

3. Kat sekolah rendah juga aku cuba terlibat dlm kumpulan mafia terkenal kt sk aku..perasan mafia konon! tetapi salah sorang orang kanan kumpulan mafia tadi bgtau aku...ko ni napak baik sangat ko xleh join kami..ko budak civik..syoh!syoh!..jadi aku terpaksa terima hakikat itu..
**bila doktor dtg bg suntikan bcg geng2 kumpulan mafia ini lari lintang pukang..mafia konon! kahkahkah

4. Bila dah meningkat dewasa dan terserlah pula kehensaman aku..aku dihantar ke sekolah agama untk mendalami ilmu agama..memang jiwa aku lebih cenderong untk ke sk agama lau pon skali skala aku napok mcm rokers...hohoho

5. Ado apo pada namo..pada aku memang ado apo..nama aku lau nk dieja mesti mula ngn huruf z..huruf terakhir..maka aku pon jadilah org terakhir kt mana2 list pon terutama dlm exam..dr aku sk rendah n menengah n universiti n masuk lak mktab..asyik2 dok belakang skali..aku jd the last hero..yg aku geram bila aku lelaki terakhir kt belakang aku mesti wanita pertama..adoi berpeluh beb ado pompuan kt blakang...baru tau! hohohohoo

6. Aku ada 1 impian..suatu hari nanti eerrr aku ingin memiliki err sebuah Evo 9 yg penuh bergaya..oleh kerana aku xmampu dan korang juga xmampu nak hadiah kan kt aku jd aku namakan keto malaysia aku itu dgn EVO 9..jadi aahh..hehehe

7. Lastly tentang diri aku yg terbaru dan terkini..aku ngah mereka 1 peraturan khas untk ukhti Faarihin..baca dr no.1 till no.7 pastu print out and then tampal kat bilik tido kamo..hikhikhik

Oh dah siap! itu sahaja harap ukhti Faarihin berpuas hati lau tak puas hati leh edit sendiri..ana beri kebenaran...hohohoo


P/S : Xnak tag org lain dah sebab dorang sume sibuk mencari malam Lailatul Qadar ..Husnu Zann beb! (^_^)

Monday, August 31, 2009

Salam Merdeka N Besday.. ^^,




Assalamualaikum..

Selamat meraikan ulangtahun kemerdekaan ke 52 bagi negaraku yang tercinta..
Malaysia TanahAir ku..

Semoga Malaysia sentiasa diberi keamanan dan kesejahteraan..Dilindungi Allah rakyatnya..Diberi petunjuk Allah pemimpinnya..diberkati Allah langit dan buminya..Aminn!!

***

Sempena hari ini juga ana ucapkan Selamat Hari Lahir ke-** kpd insan bertuah..hohoho
Moga panjang umur murah rezeki diberi hidayah dan petunjuk dan dikurniakan isteri solehah..lalala



En. Zulmazran @mizaranun
( happy besday )


P/S : umor makin meningkat amal tak juga meningkat..huhu

Boleh di Baca juga

Related Posts with Thumbnails