Friday, August 14, 2009

Duhai Adik Ku Sayang..Dengarlah Nasihat Abang..( Bhg Akhir )

Adik ku sayang...
Jangan halang air mata mu...biarlah ia mengalir...
sejernih mutiara...
Abang tahu itul
ah air mata keinsafan...
Biarlah dikau menangis di depan abang mu ini..
Agar jangan dikau menangis di Akhirat nanti..

Disaat kau tiada kekuatan kenanglah ibu dan ayah mu..
Kasih sayang jasa dan pengorbanan mereka..



Dari kau kecil hingga kau dewasa..
Janganlah kau conteng arang ke muka mereka..

Kasih ibu membawa ke syurga..
Kasih ayah tidak terkira..


Sanggupkah dikau wahai adik ku melihat mereka menitis air mata..
Akibat dosa kau lakukan mereka dihina dicerca dan ditertaw
a..

Kembalilah Kpd Allah

wahai adik ku sayang..kesatlah air mata mu..
Dengarlah abang ingin ceritakan kebaikka
n tuhan pada mu..
Agar lembut hatimu kembali menghadap pada-Nya..


Adikku..
Tuhan sayang pada mu..
Jika kau sakit Dia yang sembuhkan..
Jika kau sedih Dia yang hiburkan..
Jika kau sunyi dia yang temankan..
Jika kau resah gel isah Dia yang tenangkan..
Jika kau hilang arah Dia yang tunjukkan..
Jika kau Salah dan Silap Dia ampunkan..
Tiada yang dapat mengatasi kasih sayang-Nya..



Ayuh wahai adik ku...Dikau mesti bermujahadah..
Jangan tunggu datang hidayah..
Jangan tunggu orang sek
eliling mu berubah..
Buanglah yang buruk dan keruh..
Tukarlah yang baik lagi jernih..

Berubahlah adikku...Jadilah dikau wanita solehah..




Dengarlah pesanan terakhir abangmu..moga jadi panduan buatmu..

Adik ku.. Peliharalah auratmu walau dimana kau berada. Jangan biarkan keindahan dirimu menjadi tatapan lelaki yang bukan mahrammu.

Pelihara solatmu, tundukkan pandangan matamu dihadapan lelaki yang bukan milikmu. Kelak engkaulah yang bertuah ketika menjadi tetamu Allah. Moga-moga dirimu disambut penuh kasih oleh Bidadari Syurga Ainul Mardhiah

Berakhlaklah dari panduan Rasulmu, contohi dan ikutinya. Pasti engkau yang bahagia. Sejuk mata memandang bercahaya dunia dengan hiasan muslimah solehah sepertimu.


Jadikanlah dirimu seperti permata yang berharga dicelah kaca. Ikuti perintah agama, jauhi larangannya. Al-Quran panduan hidupmu, Hadith jadi sumber rujukanmu.


**Akhir kata dari abang mu "SELAMAT BERJUANG WAHAI ADIKKU SAYANG.."

~Untuk Mu Wanita Solehah~

video


*******
Alhamdulillah selesai juga ana siapkan 'suara hati' ini..dalam kesibukkan tugasan yang datang menjengah..maka diutamakan yang lebih utama..Sekian moha memberi manfaat..Allahu 'Alam Bi Sowab~

Boleh di Baca juga

Related Posts with Thumbnails