Wednesday, December 30, 2009

Muhasabah Iman

Bismillahirrahmanirrahim...
segala puji bagi Allah SWT atas segala nikmat yang dikurniakan..




Salam Ukhwah...

Sudahkan sahabat2 beli diari? Ehm rasa penggemar2 diari tidak mungkin ketinggalan memberi sebuah diari sempena tahun baru 1431H/ 2010M..Ada yang sudah sarat dgn catatan harian dan ada juga tak berbekas pepon lagi mungkin diari itu dibeli sekadar koleksi peribadi.. :D


***
Sedetik imbasan di suatu majlis ilmu...

"ustaz bagaimana kita nak tahu diri kita ni banyak dosa..?tiba-tiba tanya salah seorang sahabat kuliah.

"Pabila kamu merasa malas untuk ke rumah Allah, berasa panas punggung tidak boleh duk lama dalam masjid...ketahuilah ada dosa yang perlu kita minta ampun dgn Allah SWT.." jawab ustaz membuatkan kami tertunduk menjadikan kami seakan bermuhasabah ditika itu.


***

Ku terfikir sejenak kalo dah banyak dosa sudah tentu iman makin berkurang..bagaimana untuk menambah iman? sedangkan iman itu penting kerana ia kunci untuk memasuki syurga Allah SWT..kalo pi masjid bertambahkah iman dan terampunkah dosa...lalu aku berfikir

Ku cuba fahaminya melalui ajaran Kekasih Allah, Nabi s.a.w. bersabda; “Adapun tiga perkara yang menghapuskan dosa;

  1. melangkahkan kaki untuk menunaikan solat berjamaah.
  2. menyempurnakan wudhu' sekalipun pada musim sejuk.
  3. menunggu solat selepas solat”.

Kalo kita berjalan ke masjid untuk solat berjamaah, setiap langkahan tapak kaki kita akan menghapuskan satu dosa kita. Bayangkan berapa banyak langkahan yang kita lakukan setiap hari tatkala kita berulang-alik lima kali sehari semalam dari rumah ke masjid dan bayangkan juga betapa banyak dosa kita yang telah terhapus.

Ya! memang terbukti dgn pi masjid terhapus dosa..dan dapat difahami terhapus dosa kerana pada masa sama bertambah pahala/iman..

Lagi kita lihat Nabi s.a.w.bersabda: bersaksi; “Jika kamu melihat seorang itu suka berulang-alik ke masjid, bersaksilah bahawa ia adalah orang yang benar beriman”.

Benarlah masjid adalah tempat orang2 beriman, kalo nak cari di mana orang beriman jawabnya di masjid, sekiranya jasad kita sakit kita akan pi hospital untuk rawatan kalo iman kita sakit di mana akan kita tuju...




Err jom merempit ke masjid!!

~Sekadar Berkongsi "moga memberi manfaat"

P/s : Teringat kata-kata seorang pemimpin gerakan dakwah "Wahai saudara dirikanlah negara Al-Quran di dalam hati sanubari saudara, nescaya ia akan terbina pula di tanahair saudara...(",)


Sunday, December 27, 2009

New & Renew...

Bismillahi Rahmani Rahim...




Salam Maal Hijrah....
Ehm sudah lama rasanya tak menulis entry untuk bulan ini sedar tak sedar dah penghujung tahun. Maka angka baru menghiasi wajah-wajar kalendar dengan 1431 Hijriah beberapa hari lagi 2009 pula bakal berundur secara rasmi walaupon ada sesetengahnya merasakan masih terlalu awal untuk semua itu tetapi apakan daya tiada upaya untuk memberhentikan putaran masa.

Selama sebulan aku bercuti bumi kelahiran aku di New Castle a.k.a kota bharu di tambah pula musim hujan turun ala-ala winter sonata di negara matahari terbit tidak memungkin aku untuk berintenet. Apakan daya aku terpaksa berjam-jam mengadap sebuah komputer uzur seuzur usia basikal tua moyang aku di sebuah cc yang aku pon tak berapa ingat ape ke namanya..hanya mampu untuk ku membalas kata-kata manis sahabat yg sudi menjengah..jauh sekali untuk menerbitkan entry baru kerana iman dan kesabaran ku tidak sehebat adik manis yg menjaga cc yang aku pon tak berapa ingat ape ke namanya..

Tahun Baru & Azam Baru..
Biasa kedengaran bila saja masuk tahun baru mesti setiap seorang akan mereka cipta azam baru termasuk diri ini. Tetapi azam yg lama camne? dah tercapai ke blum?..ini yg aku ngah wat edisi siasat untuk diri aku secara eksklusif dan terancang. Menyemak kembali untuk mencari segala kekurangan akan ditokok tambah, projek2 yang terbengkalai akan diberi nafas baru, perkara2 yg dikenal pasti tidak memberi manfaat ukhrawi dan duniawi hendaklah dilupus dan dihapus kira tanpa ada kompromi dengan sebarang anasir2 jahat..By the way ucaplah dulu selamat tinggal pd 1430/2009 'akan ku kenang mu dalam diari ku'

Rumah Baru..
Kini aku telah kembali untuk kembali bergelar 'perantau'. Sekembalinya aku kerana kedengaran satu suara memanggilku untuk kembali lebih awal tidak pasti suara apa dan siapa. Mungkin suara sekolahku, rumah sewa bukan hak milik kekalku mungkin juga suara pokok bunga sekeliling rumahku yang tengah nazak menjemputku untuk setitis siraman air baja. Tak kisahlah siapa yang memanggil aku, apa yang penting kerja saa eh yang penting aku dah kembali dengan azam baru yang berkobar-kobar seakan-akan Jalur Gemilang ditiup angin thunami. Nak masuk tahun baru aku pon terfikir untuk tukar view kat rumah alam maya aku ni..usha punya usha terjumpa gak templet idaman Qalbu warna feveret aku apa lagi kalo bukan 'merah'..aku harap ada la kelapangan masa untuk aku mengisi ruangan umah aku ni dgn benda2 yg boleh dikongsi dan memberi faedah bersama..ehm ' Moga ada manfaat'..err bila sibuk2 dok cari penghias umah terfikir jgak mencari 'penghias rumahku syurgaku'...hihi

Setakat ini sahaja sebagai testing umah baru tengok jam pon dah 12.30mlm time untuk titon..hihi

P/S : untuk tahun baru aku ingin senyum untuk segala yang hadir dalam hidup ku kerana ku tahu setiap apa yang datang akan pergi juga.. :D

Boleh di Baca juga

Related Posts with Thumbnails