Friday, August 7, 2009

Duhai Adik Ku Sayang..Dengarlah Nasihat Abg ( Bhg 2 )

Duhai adik ku sayang..
Apakah dikau masih keliru..terus mencari identitimu..
Tanpa panduan dan hala tuju..
Adakah dikau rasa dunia ini masih baru buatmu..
perlu mencuba..membiarkan saja dirimu hanyut..terus hanyut..

Duhai adik ku sayang jgnlah begitu..Mahukah dikau jadi sebegini rupa..
tengoklah..relakah dikau wajah manis mu ditayang di mana-mana..


Pejamkan lah matamu seketika..
Dengarlah lagi abangmu ingin bercerita..


2) Main2 Cinta


wahai adikku..
Janganlah biarkan diri terjebak dalam perangkapnya..
kelak jiwa terseksa badan menderita masa depan mu gelap gelita...
Main-main cinta..cinta main-main..sama saja..
Tiada salah dengan cinta tapi biarlah pada tempatnya..
Jangan sampai tergadai body maruah adat dan agama..
Semasa bercinta indah-indah belaka..
Dek kerana cinta kau serah semuanya..
Bila dah berbadan dua sidia lari entah kemana..


Wahai adik ku..inilah hakikat yg berlaku..Renungkanlah!!

*****
Satu statistik yang diambil dari salah sebuah website yang menyatakan bahawa secara purata di mana ada hampir 2,500 (iaitu 257,411 ÷ 103) kes anak luar nikah setiap bulan didaftarkan secara rasmi, dan ini bermakna setiap hari secara purata Jabatan Pendaftaran menerima 83.3 kes (257411 kes ÷ 3090 hari) pendaftaran anak luar nikah. Ini juga bermakna secara statistiknya satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam masa 17 minit 17 saat.Pembuangan bayi juga semakin parah di mana sebanyak 228 kes buang bayi direkodkan di seluruh negara sepanjang 2004 hingga tahun 2006. Ini bermakna, secara puratanya setiap bulan sebanyak 6.33 (228/36) kes buang bayi berlaku. Jadi, jika dinisbahkan dengan hari, maka pada setiap 5 hari 1 jam ada seorang bayi yang dibuang..

******

Berdasarkan statistik Polis, untuk tahun 2006 sahaja, sebanyak 83 kes buang bayi telah dicatatkan di seluruh negara. Berbanding tahun 2000, menyaksikan lebih 65 kes.

Dari tahun 2000 hingga 2006, sejumlah 580 pembuangan bayi telah dicatatkan. Dan, 48 orang bayi masih berkeadaan janin.

*****

BAYAN BARU, 16 Feb (Hrkh) - Jumlah anak tanpa bapa di Malaysia mencecah 257,411 orang sekarang, sama hebat dengan ancaman penyakit selsema burung atau aedes kata, Senator Muntaz Mohd Nawi..

******

Duhai adik ku..
Sebak sungguh dadaku..
Murah benar harga dirimu..
Hanya menjadi mainan nafsu..


Duhai adik ku ..Dengarlah nasihat abang..



(**bersambung bhg akhir.. )

Thursday, August 6, 2009

Duhai Adik Ku Sayang..Dengarlah Nasihat Abg ( Bhg 1 )

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

***********

Duhai adik ku sayang..jika membaca isi hatiku ini ku harap kau mengerti..

Sedih dan terkilan hatiku menatap dada2 akhbar setiap hari..

Semuanya tentang keburukkanmu..kenakalanmu..dan kebodohan mu..

Mengapa harus terjadi sebegini...????

1. Mula2 Kawan Ngn Lelaki

Apabila kamu berkawan dengan lelaki,
Ingatlah ada dua pilihan terbentang

Yang Pertama..
Kamu jadi seperti kelapa..
Mudah diperoleh..
Diparut..
Diperah..
Dan diambil santannya..

Lepas tu hampasnya dibuang…

Yang Kedua..
Kamu menjadi sebutir mutiara..
Berada di dasar lautan..
Tersimpan rapi..
Dilindungi kulit..
Bukan senang nak melihat..

Apa lagi mendapatkannya..
hanya orang yang bertuah..
Berusaha menyelami dasar lautan

..
Dapat memperolehnya..
Harganya mahal sekali..
Dan ia akan tersimpan selamanya..

Jadi..
Kamu pilihlah samada

Hendak menjadi kelapa ataupun mutiara..

Di sebalik santan..
menjadi penyedap makanan..

diperah segala kenikmatan..
dengan mudah jatuh menjadi titisan..
akhirnya habis kari dimakan..
pulut panggang sisa habis ditelan..
dan santan hilang tak jadi ingatan..

yang terasa lazat hanya kari dan pulut
panggang..
orang tak kenang jasa santan..

Mutiara..
Tertanam di dasar yang paling dalam..
sukar andai mengharap jadi perhatian
kerana
dilapisi kulit yang keras
menghadang..
namun kiranya ditemui insan..

akan menjadi permata hiasan..
terletak tinggi di cincin idaman..
atau di leher nan jinjang..
atau di lengan menawan..

makin lama mutiara tertanam..
makin tinggi nilaian..

OLEH ITU..TENTUKAN YANG MANA SATU PILIHAN..

Menjadi santan..
mudah jadi perhatian..
tapi hanya sebentar jadi santapan..
kemudian hilang segala nikmat dan
pujian..

Menjadi mutiara..
sukar ditemukan..
namun bila dihias indah gadis perawan..
hilang ia..
tangisan mengiringi berzaman..

***

p/s : moga memberi manfaat

**bersambung..eps 2


Wednesday, August 5, 2009

Malam KeAmpunan..


Salam..

Tentang 15 Sya'ban Hadis yang boleh dipegang dalam masalah Nisfu Syaaban ialah:

“Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci) (Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain).

So..

Pada mlm 15 Sya'ban bersamaan 5 Ogos 2009 ni marilah sama2 kita merebut keampunan Allah SWT..

Banyak amalan2 sunnat yg kita boleh buat secara ifradi (bersendirian) di rumah..baca quran, zikir, solat taubat, tahajjud, istiqarah..dan banyak lagi..

**SELAMAT BERAMAL MOGA KITA TERMASUK DARI HAMBANYA YG DIBERI KEAMPUNAN..

Amin...

Solat Subuh Specel..

Salam ..

solat subuh memang specel sikit..mb sebab ramai worang susah nk buat..Bacalah artikel ini moga diberi kekuatan oleh Allah untuk kita memelihara Solat Subuh paling penting BERJEMAAH..

zzzZZzz...eh kiut jgak gorila tido..hikhik

Kelebihan Solat Subuh

Keutamaan solat Subuh diberikan ganjaran pahala melebihi keindahan dunia dan seisinya, sebagaimana disebutkan dalam hadis riwayat Imam at-Termizi: “Dari Aisyah telah bersabda Rasulullah SAW, dua rakaat solat Fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya.”

Begitulah keistimewaan solat Subuh. Apakah yang menghalang kita untuk menyingkap selimut dan mengakhiri tidur untuk melakukan solat Subuh? Bukankah solat Subuh menjadi bahagian yang begitu besar kemuliaannya dibandingkan dunia dan seisinya?

Diriwayatkan Muslim daripada Usman bin Affan berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

“Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh.” (Hadis riwayat Muslim).

Solat Subuh adalah sumber daripada segala cahaya di hari kiamat. Di hari itu, semua sumber cahaya di dunia akan padam. Matahari akan digulung, ibadat yang akan menerangi pelakunya.

Diriwayatkan daripada Abu Musa al-Asyaari, dia berkata Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Barang siapa yang solat dua waktu yang dingin, maka akan masuk syurga.” (Hadis riwayat Bukhari). Dua waktu yang dingin itu adalah solat Subuh dan Asar.

Mereka yang menjaga solat Subuh dan Asar dijanjikan kelak di syurga akan melihat Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW, ketika melihat bulan purnama. Baginda berkata, “Sungguh kamu akan melihat Rabb (Allah), sebagaimana kamu melihat bulan yang tidak terhalang dalam memandangnya. Apabila kamu mampu, janganlah kamu menyerah dalam melakukan solat sebelum terbit matahari dan solat sebelum terbenam matahari. Maka lakukanlah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW memberi janji, apabila solat Subuh dikerjakan, maka Allah akan melindungi siapa saja yang mengerjakannya seharian penuh. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Barang siapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah. Maka janganlah cuba-cuba membuat Allah membuktikan janji-Nya. Barang siapa yang membunuh orang yang menunaikan solat Subuh, Allah SWT akan menuntutnya, sehingga Allah SWT akan membenamkan mukanya ke dalam neraka.” (Hadis riwayat Muslim, at-Termizi dan Ibn Majah)


Akibat Tinggal Solat Subuh

PERTAMA: SYAITAN AKAN MEMPERMAINKAN INDIVIDU YANG TIDAK SOLAT SUBUH

Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud r.anhu katanya: Disebut di sisi nabi s.a.w seorang lelaki yang tidur sehingga pagi(tidak solat).Nabi s.a.w menyebut: “ Itulah orang yang dikencing syaitan dalam telinganya dan dipenuhi telinganya dengan perkara yang buruk


KEDUA: ALLAH SWT MENJADIKANNYA MALAS SEPANJANG HARI

Daripada Abu Hurairah ranhu bahawasanya rasul s.a.w bersabda:“Syaitan akan mengikat di kepala kamu apabila kamu tidur dengan tiga ikatan dan dikatakan pada setiap ikatan Malam yang panjang, tidurlah. Apabila seorang itu bangun tidur lalu mengingati Allah maka terlerai satu ikatan, apabila dia berwuduk terbuka ikatan kedua, dan apabila dia mengerjakan solat terbuka ikatan ketiga lalu dia berpagi dengan cergas dengan jiwa yang baik. Sekiranya dia tidak melakukan perkara ini,jiwanya buruk dan malas(Hadith Muttafaqun Alayhi)


KETIGA: SESIAPA YANG MEMANDANG RINGAN SOLAT SUBUH BERJEMAAH ALLAH MEMASUKKANNYA DALAM GOLONGAN MUNAFIQ

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.anhu berkata, bersabda nabi s.a.w :“Tidak ada solat yang lebih berat ke atas orang munafiq dari solat subuh dan Isyak. Sekiranya mereka mengetahui tentang kelebihan dua solat ini, nescaya mereka akan datang walaupun merangkak.”


KEEMPAT:SESIAPA YANG MEMANDANG RINGAN SOLAT SUBUH DIBIMBANGI DIHARAMKAN DARI MENIKMATI KESERONOKAN MELIHAT WAJAH ALLAH DI AKHIRAT NANTI

Diriwayatkan dari Jarir r.anhu berkata:Kami bersama-sama nabi s.a.w lalu dia melihat ke bulan purnama pada satu malam kemudian bersabda:”Sesungguhnya kamu akan melihat Tuhan Kamu seperti kamu melihat bulan ini, kami tidak mengalami kesusahan untuk melihatnya, sekiranya kamu kamu, janganlah kamu lalai dari menunaikan solat sebelum terbit matahari dan sebelum terbenam, lakukanlah, kemudian baginda membaca ayat:”Bertasbihlah dengan memuji tuhanmu sebelum terbit matahari dan sebelum terbenam.” Hadith Muttafaqun alayhi


CARA MEMBANTU UNTUK MENUNAIKAN SOLAT SUBUH BERJEMAAH

Pertama: Memikirkan nikmat Allah yang kekal bagi mereka yang menjaga solat subuh.

Kedua: Mengingat akan azab yang pedih yang Allah sediakan bagi mereka yang meringankan solat subuh

Ketiga: Tidak berjaga sehingga lewat malam dan sebaik-baiknya selepas solat Isyak

Keempat: Mengambil langkah untuk memudahkan solat subuh seperti jam penggera di hand phone, jam atau berpesan kepada kawan atau suami atau isteri untuk mengejut solat subuh

Kelima: Berdoa semoga Allah mempermudahkan kita mengerjakan solat subuh berjemaah kerana orang yang melakukannya orang istimewa yang dipilih oleh Allah swt

Keenam: Menjauhkan diri dari dosa maksiat seperti menipu, berlaku zalim, menonton filem dan drama secara keterlaluan. Ketaatan membantu untuk bangun awal.

Err macamne Solat Subuh Korang..? Eh aku lak camne..? (angguk2 geleng2 )

p/s : layan tenet sp pagi..tengok bola sp pagi..chatting sp pg..tido sp tengahari..ishh!ishh!

Boleh di Baca juga

Related Posts with Thumbnails