Wednesday, August 5, 2009

Solat Subuh Specel..

Salam ..

solat subuh memang specel sikit..mb sebab ramai worang susah nk buat..Bacalah artikel ini moga diberi kekuatan oleh Allah untuk kita memelihara Solat Subuh paling penting BERJEMAAH..

zzzZZzz...eh kiut jgak gorila tido..hikhik

Kelebihan Solat Subuh

Keutamaan solat Subuh diberikan ganjaran pahala melebihi keindahan dunia dan seisinya, sebagaimana disebutkan dalam hadis riwayat Imam at-Termizi: “Dari Aisyah telah bersabda Rasulullah SAW, dua rakaat solat Fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya.”

Begitulah keistimewaan solat Subuh. Apakah yang menghalang kita untuk menyingkap selimut dan mengakhiri tidur untuk melakukan solat Subuh? Bukankah solat Subuh menjadi bahagian yang begitu besar kemuliaannya dibandingkan dunia dan seisinya?

Diriwayatkan Muslim daripada Usman bin Affan berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

“Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh.” (Hadis riwayat Muslim).

Solat Subuh adalah sumber daripada segala cahaya di hari kiamat. Di hari itu, semua sumber cahaya di dunia akan padam. Matahari akan digulung, ibadat yang akan menerangi pelakunya.

Diriwayatkan daripada Abu Musa al-Asyaari, dia berkata Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Barang siapa yang solat dua waktu yang dingin, maka akan masuk syurga.” (Hadis riwayat Bukhari). Dua waktu yang dingin itu adalah solat Subuh dan Asar.

Mereka yang menjaga solat Subuh dan Asar dijanjikan kelak di syurga akan melihat Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW, ketika melihat bulan purnama. Baginda berkata, “Sungguh kamu akan melihat Rabb (Allah), sebagaimana kamu melihat bulan yang tidak terhalang dalam memandangnya. Apabila kamu mampu, janganlah kamu menyerah dalam melakukan solat sebelum terbit matahari dan solat sebelum terbenam matahari. Maka lakukanlah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW memberi janji, apabila solat Subuh dikerjakan, maka Allah akan melindungi siapa saja yang mengerjakannya seharian penuh. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Barang siapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah. Maka janganlah cuba-cuba membuat Allah membuktikan janji-Nya. Barang siapa yang membunuh orang yang menunaikan solat Subuh, Allah SWT akan menuntutnya, sehingga Allah SWT akan membenamkan mukanya ke dalam neraka.” (Hadis riwayat Muslim, at-Termizi dan Ibn Majah)


Akibat Tinggal Solat Subuh

PERTAMA: SYAITAN AKAN MEMPERMAINKAN INDIVIDU YANG TIDAK SOLAT SUBUH

Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud r.anhu katanya: Disebut di sisi nabi s.a.w seorang lelaki yang tidur sehingga pagi(tidak solat).Nabi s.a.w menyebut: “ Itulah orang yang dikencing syaitan dalam telinganya dan dipenuhi telinganya dengan perkara yang buruk


KEDUA: ALLAH SWT MENJADIKANNYA MALAS SEPANJANG HARI

Daripada Abu Hurairah ranhu bahawasanya rasul s.a.w bersabda:“Syaitan akan mengikat di kepala kamu apabila kamu tidur dengan tiga ikatan dan dikatakan pada setiap ikatan Malam yang panjang, tidurlah. Apabila seorang itu bangun tidur lalu mengingati Allah maka terlerai satu ikatan, apabila dia berwuduk terbuka ikatan kedua, dan apabila dia mengerjakan solat terbuka ikatan ketiga lalu dia berpagi dengan cergas dengan jiwa yang baik. Sekiranya dia tidak melakukan perkara ini,jiwanya buruk dan malas(Hadith Muttafaqun Alayhi)


KETIGA: SESIAPA YANG MEMANDANG RINGAN SOLAT SUBUH BERJEMAAH ALLAH MEMASUKKANNYA DALAM GOLONGAN MUNAFIQ

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.anhu berkata, bersabda nabi s.a.w :“Tidak ada solat yang lebih berat ke atas orang munafiq dari solat subuh dan Isyak. Sekiranya mereka mengetahui tentang kelebihan dua solat ini, nescaya mereka akan datang walaupun merangkak.”


KEEMPAT:SESIAPA YANG MEMANDANG RINGAN SOLAT SUBUH DIBIMBANGI DIHARAMKAN DARI MENIKMATI KESERONOKAN MELIHAT WAJAH ALLAH DI AKHIRAT NANTI

Diriwayatkan dari Jarir r.anhu berkata:Kami bersama-sama nabi s.a.w lalu dia melihat ke bulan purnama pada satu malam kemudian bersabda:”Sesungguhnya kamu akan melihat Tuhan Kamu seperti kamu melihat bulan ini, kami tidak mengalami kesusahan untuk melihatnya, sekiranya kamu kamu, janganlah kamu lalai dari menunaikan solat sebelum terbit matahari dan sebelum terbenam, lakukanlah, kemudian baginda membaca ayat:”Bertasbihlah dengan memuji tuhanmu sebelum terbit matahari dan sebelum terbenam.” Hadith Muttafaqun alayhi


CARA MEMBANTU UNTUK MENUNAIKAN SOLAT SUBUH BERJEMAAH

Pertama: Memikirkan nikmat Allah yang kekal bagi mereka yang menjaga solat subuh.

Kedua: Mengingat akan azab yang pedih yang Allah sediakan bagi mereka yang meringankan solat subuh

Ketiga: Tidak berjaga sehingga lewat malam dan sebaik-baiknya selepas solat Isyak

Keempat: Mengambil langkah untuk memudahkan solat subuh seperti jam penggera di hand phone, jam atau berpesan kepada kawan atau suami atau isteri untuk mengejut solat subuh

Kelima: Berdoa semoga Allah mempermudahkan kita mengerjakan solat subuh berjemaah kerana orang yang melakukannya orang istimewa yang dipilih oleh Allah swt

Keenam: Menjauhkan diri dari dosa maksiat seperti menipu, berlaku zalim, menonton filem dan drama secara keterlaluan. Ketaatan membantu untuk bangun awal.

Err macamne Solat Subuh Korang..? Eh aku lak camne..? (angguk2 geleng2 )

p/s : layan tenet sp pagi..tengok bola sp pagi..chatting sp pg..tido sp tengahari..ishh!ishh!

No comments:

Post a Comment

Boleh di Baca juga

Related Posts with Thumbnails