Sunday, July 19, 2009

DaDaH..

Dadah Musuh Negara! itulah kata2 yg sering kali kita dengar....memang betul tu..
Mengikut laporan dari AADK terdapat 11 penagih baru setiap hari dan 9 penagih berulang setiap hari...paling menyedihkan anak bangsa ku yang paling ramai..dan beragama Islam. Apalah nk jadi ngn negaraku yg tercinta ini.. muda mudi terlibat dgn pelbagai gejala negatif, DADAH PERGAULAN BEBAS, ZINA, REMPIT, SAMSENG dan macam macam lagi..



Dadah datang menyerang dgn pelbagai cara n strategi..dgn pelbagai rupa bentuk yg mempesonakan..jika iman lemah huh habislaaa...Jom usaha Atas Iman..!



Kat sekolah aku...

Program Anti Dadah sempena bulan antidadah


budak2 Pra khusyuk mdengar penerangan dr pegawai AADK..hikhik


Tengok jgn xtengok..hehe

Lastly sebuah kisah benar...
Aku Isteri Penagih .....
23/05/2006
Oleh Noor


Aku dilahirkan sebagai insan yang cukup sempurna...cantik, ayu, putih, gebu, bijak, pandai, berpewatakan menarik, mempunyai daya berkepimpinan dan segala-galanya..

Sedari kecil hinggalah dewasa, aku sentiasa menjadi perhatian .

Tetapi...aku telah memilih seorang penagih dadah sebagai suami. Ini dikatakan jodoh pertemuaan di tangan Tuhan. Demi cinta, aku berkahwin juga dengannya, walaupun aku telah mengetahui apa yang bakal aku tempuh sekiranya aku memilih dia.

Aku hidup dalam kesusahan. Duit sentiasa tidak cukup malahan hutang keliling pinggang. Walaupun gaji seorang guru cukup besar bagiku, namun segalanya aku kena tanggung sehinggakan aku tidak pernah merasa kemewahan semenjak berkahwin dengannya.

Janjinya untuk berhenti dari dadah hanya tinggal janji ....aku sangat kecewa! Suamiku masih lagi dengan tabiatnya menagih dadah tanpa mempedulikan kami anakberanak.. baginya kami tidak penting .. kerana ada yang lebih penting lagi.

Aku pasrah... kepada Tuhan aku berserah semoga ada sinar mentari untuk keluarga kami. Aku penuh berharap agar suamiku berubah suatu hari nanti. Dorongan dan kata - kata perangsang telah ku berikan tetapi semuanya umpama mencurah air ke daun keladi.

Suamiku mati jua akhirnya kerana AIDS....
(sumber http://www.adk.gov.my )
**********
Pesan pada semua JAUHI DADAH!! sekian.

No comments:

Post a Comment

Boleh di Baca juga

Related Posts with Thumbnails