Bismillahirrahmanirrahim Segala puji bagi Allah Tuhan yang menguasai Langit dan bumi
Salam Ukhwah...
Ke Sekolah..
Selamat kembali ke sekolah! itulah kata-kata yang mungkin sesuai untk diri ini yang telah memilih bidang tugas ini sebagai lapangan dakwah. Kembali ke sekolah hari ini amat segar dan hampir ke semua berwajah ceria. Satu titik mula yang cukup menyenangkan. Bersua dengan rakan-rakan hampir 2 bulan tidak bertemu. Berjabat mesra bertanya khabar menyubur kembali ikatan ukhwah.
Nyanyi Lagu Negaraku..
Sesi persekolahan hari ini bermula dengan perhimpunan mingguan. Nyanyian lagu Negaraku sebagai pembuka majlis perhimpunan pagi. Gelagat murid-murid baru tahun 1 cuba menyanyi ala-ala seorang profesional menggamit kenangan di awal persekolahan dulu-dulu Pengalaman menyanyi beramai-ramai merupakan satu suasana baru walau pun tersekat-sekat menyebut setiap lirik-liriknya namun yang pasti dan nyata kami berjaya 'menyumbangkan' lagu tersebut. Bagaikan baru pulang dari kelas muzik dan nyanyian di segenap penjuru ku nyanyi setiap lagu yang dipelajari namun gema yang paling indah ku dengar ialah di bilik mandi.
Masuk Kelas...
Assalamualaikum ostat!. lama tak ku dengar suara comel kanak-kanak menyambut kehadiran seorang guru untuk memberi ilmu dan tunjuk ajar. Ada baiknya juga ku terima salam sejahtera dari murid-murid moga lebih sejahtera hidupku...seharian di sekolah tidak kurang 7 hingga 10 ku terima ucapan sebegitu. moga ia benar-benar makbul. Aku menjadi berharap.
Tanggungjawab..
Tanggungjawab suatu amanah. Setiap pemegang amanah akan dipersoal oleh Tuan Hakim YanG Maha Bijaksana. Amanah menjalankan tanggungjawab antara penanda aras iman seseorang. Sekiranya elok dia menjaga amanahnya elok juga lah iman dan takwanya. Tambahan pula perkara yang paling membimbangkan apabila amanah itu berkaitan dengan sumber rezeki atau 'periuk nasi' seseorang. Tidak amanah menjalankan tugas/ tanggungjawab ditakuti memberi kesan kepada keberkatan rezeki yang diperolehi. Aku berharap aku lebih teliti dalam hal ini. Aku sangat-sangat berharap. Takut dan bimbang mendengar pesanan suci dari Baginda yang di cintai..
1. Sabda Rasullullah s.a.w. :
Ketahuilah! Tidak beriman bagi sesiapa yang tiada amanah. Riwayat Imam Ahmad
2. Sabda Rasullullahs.a.w. :
آية المنافق ثلاث : إذا حدّث كذب وإذا وعد أخلف وإذا اؤتمن خان – متفق عليه
Ada tiga tanda munafiq : Apabila bercakap ia berbohong, apabila berjanji ia mungkiri dan apabila diberi amanah ia khianati.
3. Sabda Rasullullah s.a.w. :
أربع إذا كنَّ فيك فلا عليك ما فاتك من الدنيا : حفظ الأمانة وصدق حديث وحسن خليقة وعفة في طعمة - الشيخان
Empat perkara sekiranya kamu memilikinya kamu tidak akan ditimpa (balasan) terhadap apa yang kamu tidak buat di dunia: Jaga amanah, bercakap benar, berakhlak baik dan mengawal pemakanan (halal dan haram).
Sekadar itu untuk peringatan diri yang selalu alpa. iman yang sentiasa berkurang. Perlu sentiasa di 'check' dan di 'cas'. Moga ianya menjadi kuat diguna untuk menyusuri jalan berliku dan berlurah..moga berjaya sampai ke destinasi abadi. Sekali lagi aku menjadi seorang yang sangat berHARAP.
p/s : ku mulai dengan senyuman dan ku akhiri dgn senyuman... (^__^)
Bismillahirrahmanirrahim... segala puji bagi Allah SWT atas segala nikmat yang dikurniakan..
Salam Ukhwah... Sudahkan sahabat2 beli diari? Ehm rasa penggemar2 diari tidak mungkin ketinggalan memberi sebuah diari sempena tahun baru 1431H/ 2010M..Ada yang sudah sarat dgn catatan harian dan ada juga tak berbekas pepon lagi mungkin diari itu dibeli sekadar koleksi peribadi.. :D
*** Sedetik imbasan di suatu majlis ilmu...
"ustaz bagaimana kita nak tahu diri kita ni banyak dosa..?tiba-tiba tanya salah seorang sahabat kuliah.
"Pabila kamu merasa malas untuk ke rumah Allah, berasa panas punggung tidak boleh duk lama dalam masjid...ketahuilah ada dosa yang perlu kita minta ampun dgn Allah SWT.." jawab ustaz membuatkan kami tertunduk menjadikan kami seakan bermuhasabah ditika itu.
*** Ku terfikir sejenak kalo dah banyak dosa sudah tentu iman makin berkurang..bagaimana untuk menambah iman? sedangkan iman itu penting kerana ia kunci untuk memasuki syurga Allah SWT..kalo pi masjid bertambahkah iman dan terampunkah dosa...lalu aku berfikir Ku cuba fahaminya melalui ajaran Kekasih Allah, Nabi s.a.w. bersabda; “Adapun tiga perkara yang menghapuskan dosa;
melangkahkan kaki untuk menunaikan solat berjamaah.
menyempurnakan wudhu' sekalipun pada musim sejuk.
menunggu solat selepas solat”.
Kalo kita berjalan ke masjid untuk solat berjamaah, setiap langkahan tapak kaki kita akan menghapuskan satu dosa kita. Bayangkan berapa banyak langkahan yang kita lakukan setiap hari tatkala kita berulang-alik lima kali sehari semalam dari rumah ke masjid dan bayangkan juga betapa banyak dosa kita yang telah terhapus.
Ya! memang terbukti dgn pi masjid terhapus dosa..dan dapat difahami terhapus dosa kerana pada masa sama bertambah pahala/iman.. Lagi kita lihat Nabi s.a.w.bersabda: bersaksi; “Jika kamu melihat seorang itu suka berulang-alik ke masjid, bersaksilah bahawa ia adalah orang yang benar beriman”.
Benarlah masjid adalah tempat orang2 beriman, kalo nak cari di mana orang beriman jawabnya di masjid, sekiranya jasad kita sakit kita akan pi hospital untuk rawatan kalo iman kita sakit di mana akan kita tuju...
Err jom merempit ke masjid!!
~Sekadar Berkongsi "moga memberi manfaat"
P/s : Teringat kata-kata seorang pemimpin gerakan dakwah "Wahai saudara dirikanlah negara Al-Quran di dalam hati sanubari saudara, nescaya ia akan terbina pula di tanahair saudara...(",)
Ehm sudah lama rasanya tak menulis entry untuk bulan ini sedar tak sedar dah penghujung tahun. Maka angka baru menghiasi wajah-wajar kalendar dengan 1431 Hijriah beberapa hari lagi 2009 pula bakal berundur secara rasmi walaupon ada sesetengahnya merasakan masih terlalu awal untuk semua itu tetapi apakan daya tiada upaya untuk memberhentikan putaran masa.
Selama sebulan aku bercuti bumi kelahiran aku di New Castle a.k.a kota bharu di tambah pula musim hujan turun ala-ala winter sonata di negara matahari terbit tidak memungkin aku untuk berintenet. Apakan daya aku terpaksa berjam-jam mengadap sebuah komputer uzur seuzur usia basikal tua moyang aku di sebuah cc yang aku pon tak berapa ingat ape ke namanya..hanya mampu untuk ku membalas kata-kata manis sahabat yg sudi menjengah..jauh sekali untuk menerbitkan entry baru kerana iman dan kesabaran ku tidak sehebat adik manis yg menjaga cc yang aku pon tak berapa ingat ape ke namanya..
Tahun Baru & Azam Baru.. Biasa kedengaran bila saja masuk tahun baru mesti setiap seorang akan mereka cipta azam baru termasuk diri ini. Tetapi azam yg lama camne? dah tercapai ke blum?..ini yg aku ngah wat edisi siasat untuk diri aku secara eksklusif dan terancang. Menyemak kembali untuk mencari segala kekurangan akan ditokok tambah, projek2 yang terbengkalai akan diberi nafas baru, perkara2 yg dikenal pasti tidak memberi manfaat ukhrawi dan duniawi hendaklah dilupus dan dihapus kira tanpa ada kompromi dengan sebarang anasir2 jahat..By the way ucaplah dulu selamat tinggal pd 1430/2009 'akan ku kenang mu dalam diari ku'
Rumah Baru.. Kini aku telah kembali untuk kembali bergelar 'perantau'. Sekembalinya aku kerana kedengaran satu suara memanggilku untuk kembali lebih awal tidak pasti suara apa dan siapa. Mungkin suara sekolahku, rumah sewa bukan hak milik kekalku mungkin juga suara pokok bunga sekeliling rumahku yang tengah nazak menjemputku untuk setitis siraman air baja. Tak kisahlah siapa yang memanggil aku, apa yang penting kerja saa eh yang penting aku dah kembali dengan azam baru yang berkobar-kobar seakan-akan Jalur Gemilang ditiup angin thunami. Nak masuk tahun baru aku pon terfikir untuk tukar view kat rumah alam maya aku ni..usha punya usha terjumpa gak templet idaman Qalbu warna feveret aku apa lagi kalo bukan 'merah'..aku harap ada la kelapangan masa untuk aku mengisi ruangan umah aku ni dgn benda2 yg boleh dikongsi dan memberi faedah bersama..ehm ' Moga ada manfaat'..err bila sibuk2 dok cari penghias umah terfikir jgak mencari 'penghias rumahku syurgaku'...hihi
Setakat ini sahaja sebagai testing umah baru tengok jam pon dah 12.30mlm time untuk titon..hihi
P/S : untuk tahun baru aku ingin senyum untuk segala yang hadir dalam hidup ku kerana ku tahu setiap apa yang datang akan pergi juga.. :D
“kau diam! Kau tak layak! Sedarla sikit diri kau tu..” itulah kata-kata yang sangat mengguris hati Zaim. Peristiwa dua tahun lepas tiba-tiba menoreh kembali luka lama, sakitnya masih terasa…
“aah, kau jangan pura-pura tak tau, aku tau kamu suka kat adik aku..! aku tak mau kau kawin ngan Irah..! tengking Kamarul.
Kamarul merupakan abang kepada Nur Syakirah anak Haji Sayuti. Hubungan antara Zaim dan Nur Syakirah bertambah rapat apabila mereka berjaya meneruskan pengajian di sebuah universiti yang sama. Hubungan mereka hanyalah kerana berkongsi bahan dan maklumat tentang pengajian mereka. Jarang mereka berjumpa apatah lagi keluar bersama kerana tahu batasan hukum. Kalau ada pun berjumpa untuk memberi nota dan bahan mesti ditemani rakan. Tanpa ada bicara panjang lebar sekadar berbincang hal pengajian kerana kerja berkumpulan mensyaratkan mereka untuk berjumpa.
“tapi..kami hanya kawan biasa je..”balas Zaim mahukan kepastian.
“berkawan pun tak boleh..!”tegas Kamarul sambil menunjukkan penumbuk ke arah Zaim.
“iye saya sedar diri saya sape…”
“bagusla kalo kau sedar! Kau tak setaraf ngan keluarga aku..kau tu puak lain aku puak lain..!” dengan angkuh Kamarul meninggi suara sambil memegang baju Zaim dan menolak ke tepi.
Tidak sempat nak mengelak zaim tersungkur jatuh, dengan perasaan sebak dan hiba zaim menepuk-nepuk debu-debu tanah di badannya.
Tergamak Kamarul yang dah lama dikenalinya, satu kampung pula, sanggup berkelakuan sebegitu. Tanpa usul periksa kamarul mula menunjukkan kebenciannya, kedudukan keluarga menjadi ukuran, fahaman politik pula menjadi benteng pemisah.
“sabarla zaim dah orang tak suka kita macam-macam la dia orang akan bangkit itu ini..”makcik jah menasihati anaknya setelah mengetahui peristiwa tersebut.
“Tapi mak, zaim ngan irah kawan je, kami tak buat ape-ape, berjumpa ke keluar bersama ke jauh sekali, itu pun dorang nak bising..”keluh zaim cuba mencari suatu kepastian.
“Dorang pandang orang susah macam kita ni sebelah mata je..lagi pun memang betul dorang takkan terima kita ni yang bukan satu kepala dengan dorang tu..” jelas makcik jah cuba menenangkan anaknya.
*
*
*
Antara perbezaan fahaman politik yang amat ketara di sesetengah masyarakat di negeri Kelantan. Dengan hanya berbezaan politik turut mengheret soal nikah kahwin ke dalam kancah ‘tidak serupa bulu’. Elemen fanatik dengan parti yang tidak didokong dengan ilmu menjadikan sesetengahnya buta, bercakap bagaikan orang jahil seakan mufti memberi fatwa, mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang diharamkan, tiada langsung untuk merujuk apa yang ada dalam Kitab yang di wahyu oleh Tuan Punya Dunia. Jika ada di diamkan saja kerana kita tak serupa.
*
*
*
….Ibu-ibu bapak-bapak Siapa yang punya anak Bilang aku aku yang tengah malu Sama teman-temanku Karna cuma diriku yang tak laku-laku….Pengumuman-pengumuman Siapa yang mau bantu Tolong aku kasihani aku Tolong carikan diriku kekasih hatiku Siapa yang mau…..
“…Zaim! Ooo Zaim..! perlahankan sikit radio tu mak nak sembahyang asar ni…”jerit makcik Jah apabila kedengaran bunyi bising dari bilik anaknya.
“baik boss…hehe” zaim menjengukkan kepalanya dari celah pintu bilik sambil menunjukkan isyarat tabik ke arah maknya.
Ishh! Ishh!” makcik jah menggelengkan kepala. Teringat suatu ketika dulu dengan bermacam-macam kerenah zaim di usia remajanya. Gelegatnya banyak menyerikan hidup makcik jah namum sekarang mungkin diusianya yang meningkat dewasa tiada lagi sifat kebudak-budakkannya yang dulu mencuit hati makcik jah.
*
*
*
“enta dah bagitau dia..err dia tah tau ke..sape nama dia? tanya safwan seorang kawan baik zaim.
“lum lagi…err lum tau kot..hehe..emm Nur Aisyah” sambil senyum tersipu-sipu.
“enta ni tak gentlemen la..haha” safwan tergelak.
“em entahla ana rasa segan la..ana tengok dia shadid semacam je, ana plak bukan orang alim jahil plak bab-bab agama ni…”zaim memulakan bicaranya secara serius.
“emm enta selalu terjumpa dia, dia pandang enta tak..?
“adala selalu jugak terserempak ngan dia…ala satu tempat pusing-pusing jumpa jugak..tak tau la rasa-rasa ada kot dia pandang tapi gitu-gitu je la”jawab zaim.
“Ehm kalo macam tu enta wat la solat istikharoh, minta tolong Allah tunjuk, insyaAllah Allah bersama ngan orang yang sabar dan bersolat…pastu enta pi la jumpa mak ayah dia..enta nak tau tak kisah ana..sebelum ana kahwin ngan zaujah ana sekarang…? Tersenyum safwan sambil memandang ke arah Zaim sebelum memulakan cerita kisah jodoh pertemuannya.
“Hah macam mana tu..? citerla…!” Pinta zaim dengan penuh minat.
*
*
*
“ehm sebelum ana kahwin ngan zaujah ana tu ana tak kenal pon dia macam mana rupa dia cantik ke tak…masa tu gambar pon tak de..mak ana yang rekemenkan..bila mak ana tanya dia nak kenalkan ana ngan seorang gadis, ana kata ape tau..kalo baik pada mak baik la pada Safwan kalo cantik pada mak cantik la pada Safwan, kalo mak berkenan Safwan pon berkenan..” cerita Safwan sambil tersenyum mengingatkan kisahnya.
“pastu terus kawen ke tak jumpa dulu..?” Tanya Zaim
“tak pernah jumpa, masa kawen pon tak jumpa, malam pertama time masuk bilik baru jumpa..baru kenal oo ini ke zaujah aku..hehe” gelak Safwan sambil menggeleng kepala.
“hah, yeke macam tu..?” zaim kehairanan.
“masa ana pi serah borang kat pejabat tok kadi, jadi tok kadi tu Tanya, mana gambar bakal isteri ana jawab tak ada, dia pon tak datang, tok kadi tu terkejut bila ana bagi tau ana tak pernah kenal ngan bakal isteri yang nak kawen tu…tok kadi tu kata ada jugak orang macam ni zaman sekarang..haha” Safwan tergelak besar.
“ tapi zaim…sebelum tu ana selalu wat solat istikhoroh tiap-tiap malam 7 malam berturut-turut..ana wat sampai 40 rakaat sampai ana penat ana tertidur..Allah Maha Penyayang Allah tunjuk pada ana..Alhamdulillah pilihan mak ana dan ana juga tak salah sampai sekarang ana bahagia ngan zaujah ana tu..ana bersyukur..”Safwan tersenyum penuh kebanggaan mengakhiri ceritanya.
“hah, 40 rakaat.. errggh!? Zaim tercengang.
“yap mesti 40 rakaat, itu usaha kita untuk minta tolong ngan Allah, apa-apa pon kita buat mesti kena tanya Allah dulu, bertawajjuh pada Allah dan bertawakkal. Kita lelaki tak salah mencuba untuk menyunting seseorang gadis yang kita berkenan dah jadi adat kita lelaki yang kena mulakan dulu tapi dengan cara yang baik, itu pon usaha kita, kalo si gadis itu tidak bersetuju dia pon kena tolak dengan cara yang baik juga, inilah toleransi dan akhlak yang dianjurkan Islam.
“ehm kalo dia setuju..hihi? Zaim cuba menyerikan suasana.
“kalo dia setuju enta kena sediakan duit paling sikit 20 ribu ringgit, kalo tak cukup pi wat loan kerajaan jangan pi tempat Ah long plak..haha” usik Safwan sambil tergelak.
*
*
*
Apa ukuran antara aku dan dia, ingin ku cari persamaan..adakah kebahagiaan itu terletak pada persamaan…kalo aku dan dia berbeza adakah di situ kebahgiaan..terlalu dangkal kalo itu menjadi ukuran…antara cinta Adam dan Hawa..kisah cinta Zulaikha dan Yusof..dalam luhur keperibadian Nabi Muhammad..dan saat sunyi aku bermonolog..semua itu untuk mencari sebuah kepastian…ingin menggapai kebahgiaan..di di dunia yang sementara ini..apa mungkin membantu aku untuk mencapai kebahgiaan hakiki di sana nanti..kasih sayang yang membawa aku ke syurga..insan kerdil seperti aku..apa mungkin..menanti sebuh kepastian...aku pasrah.. aku akur namun tetap bersyukur..
p/s: Moga Dapat Manfaat Dari Tulisan Yang Daif Ini
Dalam terang sinar rembulan Zaim mengimbau sekelumit memori gadis pilihan hatinya......
Namun soal hati, hati jua yang dapat merasainya, mata pena mana yang mampu untuk merungkai seuntai rasa, helaian kertas mana yang mampu untuk menadah setiap rasa-rasa hati. Tiada jua kata-kata yang mampu diungkap.
* * *
"..eh tak pe ke ni saya potong que..? tiba-tiba muncul seorang gadis di hadapan Zaim lantas duduk di kerusi pendaftaran. Tersentak dengan kelakuan gadis tersebut dengan tiba-tiba mendahului Zaim tanpa beratur. Mungkin tidak perasan Zaim yang sedang menunggu giliran.
"ana minta maaf ana tak perasan tadi.." dengan suara agak perlahan dan menunduk malu, gadis tadi segera mengakui kesilapannya.
"..Nur Aisyah? Siapa Nur Aisyah...?
"..Ye saya..Ada apa puan? jawab si gadis apabila tiba-tiba namanya dipanggil dari meja kaunter.
Tiba-tiba saja peristiwa sewaktu pendaftaran pelajar baru di sebuat institut menggamit kenangan terindah dan penuh pengertian dalam hidup Zaim...
* *
*
"..Assalamualaikum..!
"Waalaikumussalam..oh Zaim dah balik ye jap mak buka pintu..Baru balik..? Sapa makcik Jah. A'a..tadi pas solat berbual-bual jap ngan pak ngah Jusoh kat masjid lama tak jumpa dia..mak wat ape tu..? jawab Zaim sambil duduk di atas sofa empuk di ruang tamu.
"ni ha mak nak wat jemput-jemput pisang..eh mana serbuk soda yang mak suruh beli tadi...?
"oh ade nati Zaim ambilkan..aik? eh hairannya nape pulak mak duk depan tv selalu wat kat dapur je?" dengan penuh kehairanan Zaim melihat gelagat emaknya.
"Ehm mak nak tengok tv la malam ni kan malam sabtu ada citer Nur Kasih..Mak tak pernah miss citer ni.." sambil menahan gelak makcik Jah memberitahu anaknya.
"mak sukala tengok Nur..." sambil menjeling ke arah Zaim yang seakan menghayati watak Nur Amina seorang isteri yang tabah berbekalkan segenggam kasih dan sayang terhadap suami tercinta sedaya upaya untuk menyakini suaminya masih hidup. Hidup dengan kenangan lalu yang sentiasa menyuburkan cintanya.
Sememangnya watak Nur Amina sebagai seorang isteri dan menantu yang tersangat baik. Dari sudut dirinya sebagai seorang gadis yang tahu menjaga adab sopan. Dari sudut dirinya sebagai seorang isteri yang taat dan penuh kesabaran, malah tidak dapat lari dari rindukan kasih sayang seorang suami. Dari sudut dirinya sebagai menantu yang baik pandai mengambil hati orang tua dengan sifat lemah lembutnya dan rasa kasih dan tanggungjawabnya sebagai menantu.
"ala mak itu lakonan je susah la nak cari kat luar macam tu..." jawab Zaim seolah faham apa yang nak dimaksudkan oleh maknya.
"bertuah mak kalo dapat menantu macam tu..! semakin kuat makcik jah melenyek pisang sekuat serangan saraf yang baru dilancarkan ke atas anaknya.
haih! tersentak Zaim..."em mak nak menantu yang macam nur ke? kat tempat keja Zaim ada seorang sebijik sama ngan nur." saat terbaik mengusik maknya.
"Hah! tunggu apa lagi cepat-cepatla masuk minang..kalo lambatkan nati takut terlepas..."lantas disahut oleh makcik jah.
"Emm mak tak kisah ke zaim ambik orang luar bukan orang klate..?" tanya Zaim seolah-olah mahu memecah tradisi masyarakat setempat.
"Eh mak tak kisah la janji Zaim bahagia ngan orang mana-mana pun mak terima je.." makcik jah cuba menyakinkan anaknya.
* * *
"eh ustaz, lama tak jumpa ape khabar? "ana sihat alhamdulillah, bila balik ni? jawab ustaz Nasir sambil bertanya muridnya dulu. Zaim merupakan muridnya yang baik walaupun sekali sekala ada juga kerenahnya dahulu.
"enta bila nak kawen ni? ustaz dah tak sabar nak makan nasi minyak enta.." soalan cepu mas yang perlu dijawab oleh Zaim. Zaim hanya tersenyum sambil menggaru kepalanya.
"takpela perlahan-lahanla mencari jangan tergopoh-gopoh nanti menyesal. Enta tahu menyesal ni ada beberapa jenis. Ada orang menyesal satu hari sebabkan masakan tak menjadi, ada juga orang menyesal seminggu sebab tersalah makan dan sakit perut seminggu, ada pula menyesal sebulan kerana tersilap potong rambut maka dia menyesal tak sudah sebulan dan ada orang menyesal seumur hidup sebab tersalah pilih isteri...em dalam banyak2 menyesal tu jangan enta menyesal seumur hidup!" begitulah kata-kata nasihat dari seorang ustaz kepada Zaim. Zaim hanya mampu mengangguk-angguk kepala.
* * *
Pertemuan singkat sesingkat langit merah di ufuk timur, tiada kata-kata untuk memulai bicara, tak sempat bertegur sapa, mahu pun ucapan maaf diterima tidak terlafaz. Hati Nur Aisyah mula resah, takut dianggap tidak bersopan, cuba mencari seorang jejaka dalam jejak langkahnya di sekitar kampus jikalau bersua mahu saja menyusun jari jemari memohon seribu kemaafan....
Zaim perasan ada seseorang yang sedang memerhatinya, sepasang mata tertumpu ke arahnya, semacam untuk menyatakan sesuatu namum macam tersekat, terkelu lantas membisu. Mungkin sifat kewanitaan yang sememangnya tidak dapat dipisahkan dengan rasa malu, Zaim pula cepat-cepat mengalihkan pandangannya, satu dosa memandang seorang ajnabi tanpa apa-apa keperluan syarak.
*
*
*
Bila Zaim nak pulang ke bandar? tanya makcik jah seakan berat untuk mendengar jawapan anaknya.
"Besok mak.."
"Ada tak Zaim pi jumpa Haji Sayuti, pi la jumpa mata ngan dia, kisah yang lepas tu usah la dikenang lagi dah tak ada jodoh..." kisah lama 2 tahun lepas tiba-tiba menerjah mengheret Zaim kembali ke suatu kisah yang hampir dilupakannya....
Malam ini bintang tidak pun kelihatan. Kalo ada bintang-bintang berkelipan rasa tenang dan indah sekali. Awan juga bermurah durja tidak tertahan lagi untuk memuntahkan titis-titis jernih. Angin malam mengusik usik pepohon rimbun lalang-lalang padang turut bergoyang seakan teruja seakan berseronok lagak seorang berdansa lantas menghiburkan dengan liut tari seiring bunyi memecah kesunyian....
Mengapa sering kali bila perasaan ini hadir sering kali aku mendongak ke langit. Ada apa di atas sana? Namun ku rasa tenang tapi tak tahu kenapa.....
* * *
Zaim..? tiba-tiba suara makcik Jah memecah kesunyian memanggil anak lelakinya.
Ya, Mak! tersentak lamunan Zaim yang sedang hanyut dalam kekeliruan dan keresahan hatinya.
"kenapa zaim duk termenung kat bawah tu? cepat naik tak elok duk kat luar malam-malam ni.."sambil menggeleng kepala melihat kelakuan anaknya.
Zaim merupakan anak tunggal makcik Jah. Seorang yang berjawatan bekerja di kota. Baru semalam pulang ke kampung untuk bercuti beberapa hari.
"Mak ada buatkan kopi untuk Zaim marila kita minum sama-sama, goreng ubi keledek pun ade baru mak goreng tadi.." pelawa makcik Jah sambil memandang wajah anaknya cuba mencari sesuatu di balik wajah redup anaknya.
"Terima kasih mak..lama dah Zaim tak makan goreng ubi keledek.."
"Yela kamu kat bandar mana nak jumpa makanan orang kampung macam ni.." usik makcik Jah.
* * *
"Min! cuba ko tengok sana tu. aku suka la tengok budak-budak tu." sambil menunjuk ke arah beberapa pelajar perempuan yang berjubah dan ade yang berpurdah. Mereka merupakan pelajar di KIAS Nilam Puri. Petang itu, Zaim dan kawan-kawan lama datang minum petang-petang di sebuah warung setelah sekian lama tak berjumpa dengan kawan-kawan lama.
" Ko berkenan ke boleh aku ejaskan. ko cakap yang mana sekarang juga aku pegi cakap kat budak-budak tuh.." sahut Amin yang tiba-tiba jadi bersemangat.
"Ish tak de la aku cakap aje." balas Zaim sambil mengalihkan mukanya ke arah lain namun mata masih menjeling ke arah pelajar-pelajar tersebut.
* * *
Memilih isteri bukan seperti memilih baju di pasar. nampak cantik saje terus beli. Sampai di rumah bila dipakai rasa tak selesa terus buang atau simpan dalam almari atau bagi kat orang lain. Memilih isteri bukan begitu. Begitu juga kita tidak boleh memilih isteri hanya mengikut nafsu semata-mata, jumpa kat pasar atau kat bandar tengok cantik dan seksi kita terus pi ngorat untuk jadikan isteri kita. Memilih isteri bukan perkara kecil atau boleh dibuat main-main. Kita hendaklah memilih mengikut yang diajar oleh agama kita. Kita berkahwin bukan hanya untuk dapatkan kenikmatan kahwin sahaja tapi lebih jauh dari itu. Kita kena fikir soal rumah tangga kita, anak-anak, memimpin mereka..nabi ade berpesan kalo ingin mencari isteri carilah tempat meletak benih kita tempat yang baik. kerana ini berkaitan dengan anak-anak yang bakal lahir nanti. Kerana anak-anak banyak mewarisi sifat-sifat dari ibunya. Kalo baik ibunya baik jugalah anak-anaknya nanti.
* *
*
Tinggal di kampung sedikit membosankan bagi Zaim. Sudah tidak ramai kawan-kawannya di kampung. Semua berhijrah ke bandar mencari rezeki. Tanpa talian internet kat rumah. Sehelai kertas sebatang pen dia mencoret sesuatu. Mungkin sukar baginya. Tapi mungkin itu kehendaknya. Tapi mungkin tidak kesampaian. Tapi mungkin ade penyelesaiannya. Kalo ada jodoh antara kita aku terima dengan berbesar hati..tapi andai sebaliknya ini semua takdir Ilahi Yang Maha Mengetahui.
Dalam terang sinar rembulan Zaim mengimbau sekelumit memori gadis pilihan hatinya......
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Untuk Mu Tuan Syeikh
Nasihatmu ku jadikan panduan
Seorang lelaki yg aku kagumi.. mukanya bersih berseri.. janggutnya nipis rapi... matanya sentiasa tajam memerhati meneliti... tanda sujud di dahi... sentiasa berjubah berserban mengikut sunnah nabi... ilmu di dada sudah cukup terbukti... memang layak untuk mu gelaran Da'i...
***** Ku masih ingat pesanmu pada kami anak-anak muda yang dahaga ilmu..
"...ingat kalau besi itu boleh berkarat ada ubatnya...ambil saje ubatnye lalu digosok maka berkilat semula...begitu juga hati boleh berkarat..lalu kita mesti mencari ubatnya..ingat! bacalah al-Quran sebelum waktu subuh sebab itulah ubat bagi hati...hati yang berkarat bersinar terang.."
******** Memang benar... seminggu kami dibawah didikan dan tunjuk ajarmu...ku lihat dikau sentiasa istiqamah..bangkit tidurmu 4.30pagi...solat malam mu munajat mu zikir mu dan akhir sekali kau tekun membaca kalam suci Ilahi sehingga kumandang suara azan...
****** Dikau pesan lagi pada kami...Kalau entum buat kerja dakwah ajak orang kepada kebaikkan jumpa orang sana sini...ingat! solat Tahajjud mu jangan tinggal....itulah kekuatan seorang Da'i...Allah akan campakkan pada lidahmu 'Qaulan Thaqila'..cakapmu ada roh...ada kekuatan...ada hikmah...ada hemah...cakapmu masuk ke dalam hati-hati...menarik mereka mengingati Allah SWT...
*****
Wahai Tuan Sheikh...Cinta dan tekun mu pada Sunnah amatku kagumi...kalau boleh seluruh kehidupan Nabi nak kau jadikan sama dengan kehidupan mu...Sebelum tido dikau akan bg tazkirah...sebelum tido dikau selalu meminyakkan rambut and bercelak...kami yang jahil ini bertanya...dengan senyuman dikau menjawab macam ni la nabi kalo nak tido...Dalam senda gurau mu 'dan satu lagi camni la kalo nak jadi hensem..' hihihi.
****
Walau seketika kami bersama mu namun banyak sekali mutiara ilmu yang kami dapat...walau ia telah lama berlalu namun masih segar diingatanku...sebab dikau sentiasa dalam doaku...alangkah beruntung menjadi insan seperti mu...kebaikkan mu sentiasa bertambah...kata-kata ini memang sesuai untukmu....
Orang yang paling baik dikalangan kamu.. Pabila melihat wajahnya teringat dikau pada Allah.. Mendengar kata-katanya bertambah ilmu mu.... Pabila melihat tingkah laku nya bertambah keinginan mu untuk beramal..
P/S : Wahai tuan syeikh aku rindu mendengar nasihatmu..moga dikau sentiasa diRahmati Allah SWT..