Thursday, July 30, 2009

Naper Tak Ramai...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم
كيف إيمانك؟

يزيد او ينقص؟ يزيد ماشاء الله


(tengok masjid dpt pahala )

....Sedih gak laa tengok masjid n surau kat sesetengah tempat...
Ahli jemaahnya tetap n berpencen je...
pegi2 muka yg sama saje..
biasalaa dah tentu org2 tua je..
mana pegi muda belia sume..
dorang selalu busy ke..

Suatu hari di tepi wakaf....

A : Err kau kaki ape?
B : ...eh budak nie aku sekeh kan..solan ape kau tanye nie? aku kaki org laa..

A : xde laa skrang nie orang ade mcm2 kaki..
B : Kaki ape? stahu aku pernah juga aku berkaki ayam..
A : oo itu salah satu laa..bongok ko nie!

tiba2 bunyi...pprreemm! ppreeemmm!

A : hah yang tu namanya kaki rempit..
B : oooo..xde kijooo!

tiba2 bunyi...fiiiiiuviitt...hai cik adik!

A : hah yg tu kaki pompuan..
B : Huh gatal xtau malu..!

tiba2 bunyi...dishh..ggooollll!

A : hah yg tu kaki bola..
B : Huh xcerdik kejo bola sebijik..!

tiba2 bunyi...ALLAHU AKHBAR ALLHU AKHBAR..!

A : hah yg tu kaki masjid..
B : Haa yg tu beruntung dunia akhirat..jom kita g masjid.... :)

............................................

SOLAT BERJEMAAH

Solat Berjemaah memang penting beb!..dalilnya : Allah berfirman : "Dan dirikanlah solat, tunaikan zakat dan rukuklah beserta orang-orang yang rukuk. (Surah Al-Baqarah: Ayat 43)

Keutamaan solat berjemaah ini ditegaskan oleh Allah dlm al-Quran itu pun kalau kita faham laaa..cuba baca ayat ini..

"Dan apabila kamu berada di tengah-tengah mereka (sahabatmu) lalu kamu hendak mendirikan solat bersama-sama mereka, maka hendaklah segolongan dari mereka berdiri (solat) beserta mu dan menyandang senjata, kemudian apabila mereka (yang solat besertamu) sujud (telah menyempurnakan serakaat), maka hendaklah mereka pindah dari belakangmu (untuk menghadapi musuh) dan hendaklah datang golongan yang kedua yang belum solat, lalu solatlah mereka denganmu, dan hendaklah mereka bersiap-siap dan menyandang senjata. (Surah An-Nisa: Ayat 102).

Iye! sehingga dlm peperangan pun disuruh bersolat berjemaah..

lagi kita tengok pula penegasan dari Rasulullah plak...

Dan di dalam Sahih Bukhari dan Sahih Muslim terdapat hadith dari Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda (mafhum):

"Sungguh, alangkah ingin aku menyuruh (para sahabat) melakukan solat, dan aku suruh seseorang untuk mengimaminya, kemudian aku pergi bersama beberapa orang yang membawa beberapa ikat kayu bakar menuju (rumah) orang-orang yang tidak ikut solat berjemaah, untuk membakar rumah mereka dengan api."

Di dalam kitab Musnad Imam Ahmad meriwayatkan bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: (mafhum)

"Kalau sekiranya tidak kerana isteri-isteri dan anak-anak berada di dalam rumah mereka, nescaya aku bakar rumah mereka."
Dan Abdullah bin Mas'ud RA juga meriwayatkan: (mafhum)

Tngok la bro..sampai Rasulullah mengugut untk bakar rumah org yg tinggalkan solat berjemaah..

Solat berjemaah merupakan sunnah yg paling utama, so sapo2 yg sukakan sunnah amalkan yg ni dulu n xyah duk bergaduh pasal benda2 kecik tp sunnah yg utama ditinggalkan..

"Sesungguhnya Rasulullah SAW. telah mengajari kami sunnah-sunnah agama, dan di antara sunnah-sunnah tersebut adalah solat di masjid yang dikumandangkan azan di dalamnya".

Dan di dalam Sahih Muslim juga diriwayatkan Abdullah bin Mas'ud berkata: (mafhum)

"Barangsiapa yang ingin berjumpa Allah di kemudian hari dalam keadaan Muslim, maka hendaklah ia memelihara solat lima waktu ini dengan melakukannya di mana adanya seruan azan, kerana sesungguhnya Allah telah menetapkan (mensyari'atkan) jalan-jalan menuju hidayah, dan sesungguhnya melakukan solat lima waktu dengan berjemaah adalah termasuk jalan-jalan menuju hidayah. Maka sekiranya kamu solat di rumah-rumah kamu sebagaimana orang yang lalai melakukannya di rumah, maka bererti kamu telah meninggalkan sunnah (ajaran) nabi kamu, dan jika kamu meninggalkan sunnah nabi kalian, nescaya kamu sesat."

Lu Pikir la sendirii...

Nabi s.a.w. menyatakan bahawa solat berjemaah melebihi 25 kali nilainya dari solat bersendirian. Jika kita mengandaikan nilai solat berjemaah itu umpama memperoleh 25 mata, maka jumlah yang diperoleh seseorang dalam masa seminggu adalah 875 mata. Sementara jumlahnya dalam sebulan ialah 3500 mata. Bandingan solat sendirian hanyalah 35 mata untuk seminggu atau 150 mata sahaja untuk sebulan. Dari sudut peratus, kelebihannya adalah 2333%. Mata ini hanya perumpamaan untuk memudahkan kita memahami kedudukan solat jemaah. Sekiranya kita memindahkan kepada nilai mata wang, apakah yang boleh dibelanjakan oleh seseorang yang memperoleh RM 150 sebulan, jika dibandingkan dengan seorang yang memperoleh RM 3500 sebulan? Ini hanya gambaran solat fardu yang dilakukan secara berjemaah. Bayangkan jika ditokok tambah pula dengan amalan sunat yang lain. Jika setiap kali solat kita diberikan RM 25 seorang, mungkin ramai yang akan berbaris untuk menunaikan solat jemaah.


Pahala sekali solat sunat fajar sahaja digambarkan oleh Rasulullah s.a.w. sama dengan dunia dan isi kandungannya. Dapatkah kita bayangkan pahala solat fardu secara berjemaah? Justeru, kelebihan ini tidak boleh dipandang ringan. Lantaran usia kebanyakan manusia amat singkat, kita dianjurkan mencari al-Baqiyat as-Solihat, iaitu amal yang berpanjangan dan impaknya besar kepada diri dan masyarakat. Amalan dalam kategori ini adalah solat jemaah.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan al-Baqiyat as-Solihat (amal yang kekal lagi baik) adalah lebih pahalanya di sisi Tuhan mu dan lebih baik untuk diharapkan.” Al-Kahfi 18:46.

SEKIAN MOGA MEMBERI MANFAAT..ALLAHU'ALAM.

** peringatan buat diriku jua...JGN TINGGAL SOLAT B'JEMAAH!!

2 comments:

  1. salam....
    sory mencelah...hehe

    "Nabi s.a.w. menyatakan bahawa solat berjemaah melebihi 25 kali nilainya dari solat bersendirian"

    bukan 27 kali ke nilai org yg solat berjemaah?
    kalo x silap la...
    kalo silap betolkan balik k...

    ReplyDelete
  2. to antikapel..
    wksalam..
    timo kasih bertanya...
    Ana jwab dua2nya pun betul satu masa nabi s.a.w menyebut 25 dan dlm hadis lain pula nabi s.a.w menyebut 27kali ganda..
    Kedua2 hadis tersebut diriwayat oleh imam Bukhari dan Imam Muslim..Allahu a'lam

    ReplyDelete

Boleh di Baca juga

Related Posts with Thumbnails