Saturday, November 21, 2009

Solehkah Aku Untk Si Solehah Itu..

*
*

Malam ini bintang tidak pun kelihatan. Kalo ada bintang-bintang berkelipan rasa tenang dan indah sekali. Awan juga bermurah durja tidak tertahan lagi untuk memuntahkan titis-titis jernih. Angin malam mengusik usik pepohon rimbun lalang-lalang padang turut bergoyang seakan teruja seakan berseronok lagak seorang berdansa lantas menghiburkan dengan liut tari seiring bunyi memecah kesunyian....

Mengapa sering kali bila perasaan ini hadir sering kali aku mendongak ke langit. Ada apa di atas sana? Namun ku rasa tenang tapi tak tahu kenapa.....

*
*
*

Zaim..? tiba-tiba suara makcik Jah memecah kesunyian memanggil anak lelakinya.

Ya, Mak! tersentak lamunan Zaim yang sedang hanyut dalam kekeliruan dan keresahan hatinya.

"kenapa zaim duk termenung kat bawah tu? cepat naik tak elok duk kat luar malam-malam ni.."sambil menggeleng kepala melihat kelakuan anaknya.

Zaim merupakan anak tunggal makcik Jah. Seorang yang berjawatan bekerja di kota. Baru semalam pulang ke kampung untuk bercuti beberapa hari.

"Mak ada buatkan kopi untuk Zaim marila kita minum sama-sama, goreng ubi keledek pun ade baru mak goreng tadi.." pelawa makcik Jah sambil memandang wajah anaknya cuba mencari sesuatu di balik wajah redup anaknya.

"Terima kasih mak..lama dah Zaim tak makan goreng ubi keledek.."

"Yela kamu kat bandar mana nak jumpa makanan orang kampung macam ni.." usik makcik Jah.

*
*
*

"Min! cuba ko tengok sana tu. aku suka la tengok budak-budak tu." sambil menunjuk ke arah beberapa pelajar perempuan yang berjubah dan ade yang berpurdah. Mereka merupakan pelajar di KIAS Nilam Puri. Petang itu, Zaim dan kawan-kawan lama datang minum petang-petang di sebuah warung setelah sekian lama tak berjumpa dengan kawan-kawan lama.

" Ko berkenan ke boleh aku ejaskan. ko cakap yang mana sekarang juga aku pegi cakap kat budak-budak tuh.." sahut Amin yang tiba-tiba jadi bersemangat.

"Ish tak de la aku cakap aje." balas Zaim sambil mengalihkan mukanya ke arah lain namun mata masih menjeling ke arah pelajar-pelajar tersebut.

*
*
*

Memilih isteri bukan seperti memilih baju di pasar. nampak cantik saje terus beli. Sampai di rumah bila dipakai rasa tak selesa terus buang atau simpan dalam almari atau bagi kat orang lain. Memilih isteri bukan begitu. Begitu juga kita tidak boleh memilih isteri hanya mengikut nafsu semata-mata, jumpa kat pasar atau kat bandar tengok cantik dan seksi kita terus pi ngorat untuk jadikan isteri kita. Memilih isteri bukan perkara kecil atau boleh dibuat main-main. Kita hendaklah memilih mengikut yang diajar oleh agama kita. Kita berkahwin bukan hanya untuk dapatkan kenikmatan kahwin sahaja tapi lebih jauh dari itu. Kita kena fikir soal rumah tangga kita, anak-anak, memimpin mereka..nabi ade berpesan kalo ingin mencari isteri carilah tempat meletak benih kita tempat yang baik. kerana ini berkaitan dengan anak-anak yang bakal lahir nanti. Kerana anak-anak banyak mewarisi sifat-sifat dari ibunya. Kalo baik ibunya baik jugalah anak-anaknya nanti.

*
*
*

Tinggal di kampung sedikit membosankan bagi Zaim. Sudah tidak ramai kawan-kawannya di kampung. Semua berhijrah ke bandar mencari rezeki. Tanpa talian internet kat rumah. Sehelai kertas sebatang pen dia mencoret sesuatu. Mungkin sukar baginya. Tapi mungkin itu kehendaknya. Tapi mungkin tidak kesampaian. Tapi mungkin ade penyelesaiannya. Kalo ada jodoh antara kita aku terima dengan berbesar hati..tapi andai sebaliknya ini semua takdir Ilahi Yang Maha Mengetahui.

Dalam terang sinar rembulan Zaim mengimbau sekelumit memori gadis pilihan hatinya......




P/S : bersambung..

11 comments:

  1. Salam Ustaz..

    Aiwah..taring menulis dah memulakan persada seninya..Aiwah..tapi...Yang Tak bestnya ada sambungan pulak..Alahai..

    Selamat menulis..cantik tari-tari langkah menulis, moga buku pulak menyusul ye..(",)

    ReplyDelete
  2. Wksalam Ukhti..

    Eh xdela ukhti biasa2 aje tak pandai pon..memang minat menulis tp setakat tulis kat sini jela kalo dulu conteng2 kat kertas pastu buang..hehe

    Syukran ukti sudi singgah and bg komen susah sebenarnya nak dapat komen2 ukhti ni..syukran! ^^,

    ReplyDelete
  3. Salam incek mizaranun..

    wah.. citer best ni.. cepat2lah sambung.. tak sabar nak baca lagi ni.. teringin gak nak mengarang cerpen.. tapi tak reti deh.. (^__^)

    ReplyDelete
  4. Assalamu'alaikum WBT. Wah, hebat ya ustaz. Lepas ni boleh la asah lagi bakat untuk jadi novelis. Meletup macam karya Pak Habib, Ketika Cinta Bertasbih.. hehe~

    ReplyDelete
  5. ehhem..

    bile org tu suke bace novel, mesti la tau gaya bahase utk buat novel sndri gakss.

    ;-p

    ReplyDelete
  6. To Faarihin :
    Wksalam faarihin..
    Ehm cuba2la menulis mesti best punya dapat coretkan perasaan..hihi

    ReplyDelete
  7. To Aisya Humaira :
    Waalaikumussalam cikgu..
    tima kasih cikgu tapi taklah sampai sehebat pak habib tu..kalo tak xleh cari makan la dorang..hikhik

    ReplyDelete
  8. To inas :
    Aih saya merapu merapan je..kalo wat novel mesti xlaku punya..hihi

    ReplyDelete
  9. salam buat sahabat di alam maya ini...seandainya ada rezqi sahabat, INSYA'ALLAH si solehah itu untuk sahabat...bertawakkal, usaha, doa, seiringkan...insya'Allah, ALLAH permudahkan niat sahabat...

    "salam aidil adha..."

    ReplyDelete
  10. To ustazah dyLLa :
    Wksalam ustazah..
    Err sahabat yg ustazah maksudkan itu 'zaim' dlm citer tu ker?..hihi

    ReplyDelete
  11. salam...hikhik...leh jdi jugak tuh...hohoho...

    ReplyDelete

Boleh di Baca juga

Related Posts with Thumbnails