Sunday, November 22, 2009

Solehkah Aku Untk Si Solehah Itu..(eps 2 )

*
*

*
*
Dalam terang sinar rembulan Zaim mengimbau sekelumit memori gadis pilihan hatinya......

Namun soal hati, hati jua yang dapat merasainya, mata pena mana yang mampu untuk merungkai seuntai rasa, helaian kertas mana yang mampu untuk menadah setiap rasa-rasa hati. Tiada jua kata-kata yang mampu diungkap.

*
*
*

"..eh tak pe ke ni saya potong que..? tiba-tiba muncul seorang gadis di hadapan Zaim lantas duduk di kerusi pendaftaran. Tersentak dengan kelakuan gadis tersebut dengan tiba-tiba mendahului Zaim tanpa beratur. Mungkin tidak perasan Zaim yang sedang menunggu giliran.

"err eh takpela dah duduk pon.." jawab Zaim sambil tersenyum sinis.

"ana minta maaf ana tak perasan tadi.." dengan suara agak perlahan dan menunduk malu, gadis tadi segera mengakui kesilapannya.

"..Nur Aisyah? Siapa Nur Aisyah...?

"..Ye saya..Ada apa puan? jawab si gadis apabila tiba-tiba namanya dipanggil dari meja kaunter.

Tiba-tiba saja peristiwa sewaktu pendaftaran pelajar baru di sebuat institut menggamit kenangan terindah dan penuh pengertian dalam hidup Zaim...

*
*
*
"..Assalamualaikum..!

"Waalaikumussalam..oh Zaim dah balik ye jap mak buka pintu..Baru balik..? Sapa makcik Jah.
A'a..tadi pas solat berbual-bual jap ngan pak ngah Jusoh kat masjid lama tak jumpa dia..mak wat ape tu..? jawab Zaim sambil duduk di atas sofa empuk di ruang tamu.

"ni ha mak nak wat jemput-jemput pisang..eh mana serbuk soda yang mak suruh beli tadi...?

"oh ade nati Zaim ambilkan..aik? eh hairannya nape pulak mak duk depan tv selalu wat kat dapur je?" dengan penuh kehairanan Zaim melihat gelagat emaknya.

"Ehm mak nak tengok tv la malam ni kan malam sabtu ada citer Nur Kasih..Mak tak pernah miss citer ni.." sambil menahan gelak makcik Jah memberitahu anaknya.

"mak sukala tengok Nur..." sambil menjeling ke arah Zaim yang seakan menghayati watak Nur Amina seorang isteri yang tabah berbekalkan segenggam kasih dan sayang terhadap suami tercinta sedaya upaya untuk menyakini suaminya masih hidup. Hidup dengan kenangan lalu yang sentiasa menyuburkan cintanya.

Sememangnya watak Nur Amina sebagai seorang isteri dan menantu yang tersangat baik. Dari sudut dirinya sebagai seorang gadis yang tahu menjaga adab sopan. Dari sudut dirinya sebagai seorang isteri yang taat dan penuh kesabaran, malah tidak dapat lari dari rindukan kasih sayang seorang suami. Dari sudut dirinya sebagai menantu yang baik pandai mengambil hati orang tua dengan sifat lemah lembutnya dan rasa kasih dan tanggungjawabnya sebagai menantu.

"ala mak itu lakonan je susah la nak cari kat luar macam tu..." jawab Zaim seolah faham apa yang nak dimaksudkan oleh maknya.

"bertuah mak kalo dapat menantu macam tu..! semakin kuat makcik jah melenyek pisang
sekuat serangan saraf yang baru dilancarkan ke atas anaknya.

haih! tersentak Zaim..."em mak nak menantu yang macam nur ke? kat tempat keja Zaim ada seorang sebijik sama ngan nur." saat terbaik mengusik maknya.

"Hah! tunggu apa lagi cepat-cepatla masuk minang..kalo lambatkan nati takut terlepas..."lantas disahut oleh makcik jah.

"Emm mak tak kisah ke zaim ambik orang luar bukan orang klate..?" tanya Zaim seolah-olah mahu memecah tradisi masyarakat setempat.

"Eh mak tak kisah la janji Zaim bahagia ngan orang mana-mana pun mak terima je.." makcik jah cuba menyakinkan anaknya.

*
*
*


"eh ustaz, lama tak jumpa ape khabar?
"ana sihat alhamdulillah, bila balik ni? jawab ustaz Nasir sambil bertanya muridnya dulu. Zaim merupakan muridnya yang baik walaupun sekali sekala ada juga kerenahnya dahulu.

"enta bila nak kawen ni? ustaz dah tak sabar nak makan nasi minyak enta.." soalan cepu mas yang perlu dijawab oleh Zaim. Zaim hanya tersenyum sambil menggaru kepalanya.

"takpela perlahan-lahanla mencari jangan tergopoh-gopoh nanti menyesal. Enta tahu menyesal ni ada beberapa jenis. Ada orang menyesal satu hari sebabkan masakan tak menjadi, ada juga orang menyesal seminggu sebab tersalah makan dan sakit perut seminggu, ada pula menyesal sebulan kerana tersilap potong rambut maka dia menyesal tak sudah sebulan dan ada orang menyesal seumur hidup sebab tersalah pilih isteri...em dalam banyak2 menyesal tu jangan enta menyesal seumur hidup!" begitulah kata-kata nasihat dari seorang ustaz kepada Zaim. Zaim hanya mampu mengangguk-angguk kepala.


*
*
*
Pertemuan singkat sesingkat langit merah di ufuk timur, tiada kata-kata untuk memulai bicara, tak sempat bertegur sapa, mahu pun ucapan maaf diterima tidak terlafaz. Hati Nur Aisyah mula resah, takut dianggap tidak bersopan, cuba mencari seorang jejaka dalam jejak langkahnya di sekitar kampus jikalau bersua mahu saja menyusun jari jemari memohon seribu kemaafan....

Zaim perasan ada seseorang yang sedang memerhatinya, sepasang mata tertumpu ke arahnya, semacam untuk menyatakan sesuatu namum macam tersekat, terkelu lantas membisu. Mungkin sifat kewanitaan yang sememangnya tidak dapat dipisahkan dengan rasa malu, Zaim pula cepat-cepat mengalihkan pandangannya, satu dosa memandang seorang ajnabi tanpa apa-apa keperluan syarak.

*
*
*
Bila Zaim nak pulang ke bandar? tanya makcik jah seakan berat untuk mendengar jawapan anaknya.

"Besok mak.."

"Ada tak Zaim pi jumpa Haji Sayuti, pi la jumpa mata ngan dia, kisah yang lepas tu usah la dikenang lagi dah tak ada jodoh..." kisah lama 2 tahun lepas tiba-tiba menerjah mengheret Zaim kembali ke suatu kisah yang hampir dilupakannya....



P/S : bersambung lagi... (^_^)

13 comments:

  1. haaa.....

    haaaaaa.....

    adakah ini kisah benar tetapi menggunakan 'bukan nama-nama sebenar' untuk watak-wataknya...???

    ;-p

    ReplyDelete
  2. salam.. aduhai.. bersambung lagi la plak.. semakin tak sabau nk membacanya..

    p/s: cam kisah yang mengarang ni aje.. slalu adaptasi kisah benar ni memang best.. huhuhu.. (^__^)

    ReplyDelete
  3. To inas :
    Jeng..jejeng...hihi
    Ehm lebih kurang macam tu la tp diolah sedikit ditambah repah ratus garam gula tuk menyedapkan cerita..tapi xde kaitan dengan penulis.. ^_^

    ReplyDelete
  4. To Faarihin :
    Terima kasih sudi baca..sambungannya bakal menyusul...

    P/S : ADALAH DITEGASKAN KISAH INI TIADA KAITAN DGN PENULIS CUMA DIADAPTASI DR 1 KISAH BENAR..
    HARAP MAKLUM.( ayat skema..hihi)

    ReplyDelete
  5. to eiza :
    wksalam eiza..
    tima kasih...insyaAllah akan disambung, penulis skrang ngah sibuk main air banjir kat kg..hihi

    ReplyDelete
  6. Salam.. bile mau sambung ini celita.. huhuhu... pergh.. siap ada penegasan tu.. huhuhu.. rileks2.. hahaha..

    salam aidil adha incek mizaranun.. (^__^)

    ReplyDelete
  7. Salam. Bagus sekali penulisan tuan. Susah nak dapat kemahiran menulis sebegini lebih-lebih kepada sesiapa yang terlalu sangat mementingkan fakta. Penulisan menjadi kaku. Menarik dan memang menarik...

    ReplyDelete
  8. salam...hakhak..."ore klate"...xtahan ustzah gelak sakan dh nih...ahai...ngaku je laa...xah nk smbunyi2 lgik...suke kt sape ek??? kt ustzah ni ke??? nama ustzah ade NUR...NURUL FADZILAH... ~hahaha...

    ReplyDelete
  9. To ..said.. :
    Wlsalam..Tima kasih..emm sy budak baru balajar.. ^_^

    ReplyDelete
  10. To ustazah dyLLa :
    Wksalam ustazah..
    nk gelak gak la..ahaks ahaks..!
    Xpela nanti sy tukar nama dlm citer tu pd nama ustazah terus..hihi

    ReplyDelete

Boleh di Baca juga

Related Posts with Thumbnails