Wednesday, December 30, 2009

Muhasabah Iman

Bismillahirrahmanirrahim...
segala puji bagi Allah SWT atas segala nikmat yang dikurniakan..




Salam Ukhwah...

Sudahkan sahabat2 beli diari? Ehm rasa penggemar2 diari tidak mungkin ketinggalan memberi sebuah diari sempena tahun baru 1431H/ 2010M..Ada yang sudah sarat dgn catatan harian dan ada juga tak berbekas pepon lagi mungkin diari itu dibeli sekadar koleksi peribadi.. :D


***
Sedetik imbasan di suatu majlis ilmu...

"ustaz bagaimana kita nak tahu diri kita ni banyak dosa..?tiba-tiba tanya salah seorang sahabat kuliah.

"Pabila kamu merasa malas untuk ke rumah Allah, berasa panas punggung tidak boleh duk lama dalam masjid...ketahuilah ada dosa yang perlu kita minta ampun dgn Allah SWT.." jawab ustaz membuatkan kami tertunduk menjadikan kami seakan bermuhasabah ditika itu.


***

Ku terfikir sejenak kalo dah banyak dosa sudah tentu iman makin berkurang..bagaimana untuk menambah iman? sedangkan iman itu penting kerana ia kunci untuk memasuki syurga Allah SWT..kalo pi masjid bertambahkah iman dan terampunkah dosa...lalu aku berfikir

Ku cuba fahaminya melalui ajaran Kekasih Allah, Nabi s.a.w. bersabda; “Adapun tiga perkara yang menghapuskan dosa;

  1. melangkahkan kaki untuk menunaikan solat berjamaah.
  2. menyempurnakan wudhu' sekalipun pada musim sejuk.
  3. menunggu solat selepas solat”.

Kalo kita berjalan ke masjid untuk solat berjamaah, setiap langkahan tapak kaki kita akan menghapuskan satu dosa kita. Bayangkan berapa banyak langkahan yang kita lakukan setiap hari tatkala kita berulang-alik lima kali sehari semalam dari rumah ke masjid dan bayangkan juga betapa banyak dosa kita yang telah terhapus.

Ya! memang terbukti dgn pi masjid terhapus dosa..dan dapat difahami terhapus dosa kerana pada masa sama bertambah pahala/iman..

Lagi kita lihat Nabi s.a.w.bersabda: bersaksi; “Jika kamu melihat seorang itu suka berulang-alik ke masjid, bersaksilah bahawa ia adalah orang yang benar beriman”.

Benarlah masjid adalah tempat orang2 beriman, kalo nak cari di mana orang beriman jawabnya di masjid, sekiranya jasad kita sakit kita akan pi hospital untuk rawatan kalo iman kita sakit di mana akan kita tuju...




Err jom merempit ke masjid!!

~Sekadar Berkongsi "moga memberi manfaat"

P/s : Teringat kata-kata seorang pemimpin gerakan dakwah "Wahai saudara dirikanlah negara Al-Quran di dalam hati sanubari saudara, nescaya ia akan terbina pula di tanahair saudara...(",)


19 comments:

  1. Assalamu'alaikum WBT.

    “Jika kamu melihat seorang itu suka berulang-alik ke masjid, bersaksilah bahawa ia adalah orang yang benar beriman”... Em, boleh dikatakan setiap waktu saya akan terdengar bunyi enjin motor dan ternampak kelibat jiran saya yang sangat rajin ke surau bila tiba waktunya. Seawal subuh lagi dia dah merempit. Walau pun dia bukanlah ahli bait rumah saya, tetapi tetap kagum.

    Haa itu al-kisah ustaz yang sudah beranak tiga. Bagaimana pula muslimin yang masih single-mingle. Rajin-rajinlah merempit ke surau atau masjid untuk kejar pahala berjemaah. Dengan pesanan, rempit biar berhemah. Sebab anda hendak menuju rumah Allah... hehe~

    ReplyDelete
  2. salam......ukhwah.

    semoga anda dirahmati Allah swt..amin

    ReplyDelete
  3. salam ya akhi...

    yup...kta iman sakit, masjid tmpt kta berubat...bgitu juga dgn hati & sikap kta...stiap perkara yg kta lakukan melambangkan sape kta yg sebenarnya...

    "Berbuat baiklah kamu kpd Allah, nescaya Allah berbuat baik kpd kamu..."

    p/s: jom kita mendirikan MASJID... :p

    ReplyDelete
  4. pegi masjid.. dan dirikan masjid. yeah!
    ;-p

    anyway, rumah tuan mizaranun dkt ke jauh dr masjid/surau. jln kaki ke naik moto ke naik evo tuan??

    ReplyDelete
  5. ^_^

    salam..

    moga hati terarah menjadi insan soleh..


    semoga sukses..!

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum ya ustaz..

    aduhai.. lemah sy bila terbaca perihal dosa ni.. terlalu banyak dosa yg telah dilakukan.. wajib muhasab setiap masa ni.. tapi.. selalu aje lalai.. adeh..

    ReplyDelete
  7. To Izzah al-Maliziyyah :

    وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
    Wahh alhamdulillah dpt duk berjiran ngn hamba Allah mcm tu dapat jugak percikan2 iman dia..

    Ehm kami merempit ngn cara berhemah dan bersopan santun..hihi

    p/s : moga Allah terus beri pd kami upaya untk terus menjadi tetamu rumah Allah.. (^_^)

    ReplyDelete
  8. To anak laut :

    Terima kasih atas doa anda..moga saya dan anda termasuk dlm golongan yg sentiasa dirahmati Allah..(^__^)

    ReplyDelete
  9. to white rose :

    wksalam ya ukhti..
    A'a kalo kt hospital ada jururawatnya manusia2 tp kalo kt masjid jururawatnye malaikat2 yg xde dosa..hebatkan kalo masjid jd pilihan utama..^^,

    p/s : err xjumpa cari tapak yg sesuai.. :D

    ReplyDelete
  10. to inas :

    err pegi masjid untuk dirikan masjid.. hihi(^__^)

    Ehm dekat je kalo azan tu dengar la jgak cuma ikut iman kuat ke tak nak pi..huhu

    p/s : MmM kalo rasa nk merempit naik moto kalo rasa nk driff bawak evo..janji dpt sp ke masjid..hihi

    ReplyDelete
  11. to ana SoLehah :

    Mudah-mudah itulah yg diinginkan dlm doa dan amalan setiap insan termasuk diriku yg dhaif...ooohh!

    Syukran!

    ReplyDelete
  12. to faarihin :

    وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
    Yele tu.. ehm cik faa kan budak baek or 'budak bejurus'..

    Ehm ada 1 hadis yg boleh kita kongsi bersama2 untk peringatan saya juga :

    Abu Daud, Ibnu Majah, Ahmad dan Tirmizi meriwayatkan daripada Abu Bakr al-Siddiq r.a. bahawa beliau berkata:

    "Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
    Tidaklah seorang hamba melakukan perbuatan dosa, kemudian ia mengelokkan wudhu' dan solat dua rakaat, kemudian meminta keampunan kepada Allah, melainkan Allah pasti akan mengampuni baginya..."

    p/s : tanya abg ipar ape makna 'bejurus'..hihi :D

    ReplyDelete
  13. salam sobat
    selamat mengawali tahun baru 2010.
    semoga segalanya lebih baik dari tahun yang lalu .
    trims pencerahannya..
    semoga selalu sukses ya..

    ReplyDelete
  14. budak bejurus? apakah itu? alahai.. malehnya nak tanye dia.. bagi aje tau kat sini cepat.. huhuhu..

    terima kasih atas perkongsian hadis itu.. (^__^)

    ReplyDelete
  15. to NURA :

    Terima kasih sobat..amin! :)


    To Faarihin:

    segan ker? budak ribena mana leh segan2 nati xde worang kasi gula2..hihi

    okla 'budak bejurus' maknanya budak baik xde perangai bukan2..ok itu saje pelajaran bahasa kita pd hari ini..sume bangun! eh terover la plak.. :D

    ReplyDelete
  16. salam ustaz..
    nak ikut rempit boleh.. hehe (gurau je)..

    jazakallah khairan kathira atas muhasabah buat tahun baru.. mg hari2 yg mendatang, bertambahla keimanan & ketaqwaan.. mg tergolong kita semua dikalangan hamba2Nya yg beriman & penghuni syurgaNya.. Ameen

    ReplyDelete
  17. owh.. itu maksudnya.. hohoho. baru tau.. selamat kembali ke sekolah ustaz.. lepas ni ajau lain plak yer.. hehehe.. (^__^)

    ReplyDelete
  18. to NoRuLLiSzA:

    Wksalam ukhti..
    Meh la..hihi

    Ameen! Ya Rabbal'alami mudah2an..Syukran ustazah (^__^)

    ReplyDelete
  19. to Faarihin :

    Tak nak ngajo kt sk lg ker?hikhik
    Lepas ni ajar bahasa arab lak.. ^^,

    ReplyDelete

Boleh di Baca juga

Related Posts with Thumbnails