Sunday, December 27, 2009

New & Renew...

Bismillahi Rahmani Rahim...




Salam Maal Hijrah....
Ehm sudah lama rasanya tak menulis entry untuk bulan ini sedar tak sedar dah penghujung tahun. Maka angka baru menghiasi wajah-wajar kalendar dengan 1431 Hijriah beberapa hari lagi 2009 pula bakal berundur secara rasmi walaupon ada sesetengahnya merasakan masih terlalu awal untuk semua itu tetapi apakan daya tiada upaya untuk memberhentikan putaran masa.

Selama sebulan aku bercuti bumi kelahiran aku di New Castle a.k.a kota bharu di tambah pula musim hujan turun ala-ala winter sonata di negara matahari terbit tidak memungkin aku untuk berintenet. Apakan daya aku terpaksa berjam-jam mengadap sebuah komputer uzur seuzur usia basikal tua moyang aku di sebuah cc yang aku pon tak berapa ingat ape ke namanya..hanya mampu untuk ku membalas kata-kata manis sahabat yg sudi menjengah..jauh sekali untuk menerbitkan entry baru kerana iman dan kesabaran ku tidak sehebat adik manis yg menjaga cc yang aku pon tak berapa ingat ape ke namanya..

Tahun Baru & Azam Baru..
Biasa kedengaran bila saja masuk tahun baru mesti setiap seorang akan mereka cipta azam baru termasuk diri ini. Tetapi azam yg lama camne? dah tercapai ke blum?..ini yg aku ngah wat edisi siasat untuk diri aku secara eksklusif dan terancang. Menyemak kembali untuk mencari segala kekurangan akan ditokok tambah, projek2 yang terbengkalai akan diberi nafas baru, perkara2 yg dikenal pasti tidak memberi manfaat ukhrawi dan duniawi hendaklah dilupus dan dihapus kira tanpa ada kompromi dengan sebarang anasir2 jahat..By the way ucaplah dulu selamat tinggal pd 1430/2009 'akan ku kenang mu dalam diari ku'

Rumah Baru..
Kini aku telah kembali untuk kembali bergelar 'perantau'. Sekembalinya aku kerana kedengaran satu suara memanggilku untuk kembali lebih awal tidak pasti suara apa dan siapa. Mungkin suara sekolahku, rumah sewa bukan hak milik kekalku mungkin juga suara pokok bunga sekeliling rumahku yang tengah nazak menjemputku untuk setitis siraman air baja. Tak kisahlah siapa yang memanggil aku, apa yang penting kerja saa eh yang penting aku dah kembali dengan azam baru yang berkobar-kobar seakan-akan Jalur Gemilang ditiup angin thunami. Nak masuk tahun baru aku pon terfikir untuk tukar view kat rumah alam maya aku ni..usha punya usha terjumpa gak templet idaman Qalbu warna feveret aku apa lagi kalo bukan 'merah'..aku harap ada la kelapangan masa untuk aku mengisi ruangan umah aku ni dgn benda2 yg boleh dikongsi dan memberi faedah bersama..ehm ' Moga ada manfaat'..err bila sibuk2 dok cari penghias umah terfikir jgak mencari 'penghias rumahku syurgaku'...hihi

Setakat ini sahaja sebagai testing umah baru tengok jam pon dah 12.30mlm time untuk titon..hihi

P/S : untuk tahun baru aku ingin senyum untuk segala yang hadir dalam hidup ku kerana ku tahu setiap apa yang datang akan pergi juga.. :D

13 comments:

  1. Salam tuan. "...setiap apa yang datang akan pergi juga" ayat yang sungguh signifakan untuk dibawa ke tahun baharu. Hati kena terbuka dan redho dalam apa jua ketentuan Allah. Saya linkkan blog saudara di blog sy bagi memudahkan untuk membaca entri akan datang...

    ReplyDelete
  2. Assalamu'alaikum WBT. Pejam celik, kini sudah melangkau hari yang ke-10 kita bersama Muharram. Semangat Muharram perlu disegarkan sepanjang masa. Agar ia tak luntur di pertengahan Rejab atau luntur terus diakhir Zulhijjah. Ayuh, berlari dengan lebih pantas~

    ReplyDelete
  3. Tu la...pejam celik pejam celik nak masuk tahun baru dah...ntah bila la kita ni akan pejam tak celik2...moga sama2 tingkatkan amal...untuk saing ku Mizaranun...cepat2 la cari penghias rumahku syurgaku tu...bulih saing dengan kawe...kawe pun x lamo doh..:)

    ReplyDelete
  4. haaa tahun baru, bground blog baru, anak murid pon baru juga...

    selamat kembali bertugas minggu depaaannn~

    ReplyDelete
  5. To Mybabah :
    Betul tu babah belajar untuk redha atas segala ketentuan Ilahi dan belajar untuk redha dalam masa menghadapi ujian Ilahi bukan redha selepas ujian itu pergi...
    Sy jga link blog babah.. :)

    ReplyDelete
  6. To Izzah al-maliziyyah :
    Ayuh kumpulkan sepenuh tenaga dan tingkatkan keazaman...


    To bujang susah :
    Tima kasih bebanyak atas info, tazkiran n pujian yg diberi... :)

    ReplyDelete
  7. To Kumbe Male :
    Hok aloo laa kumbe bekwoh demo dulu la kalu gitu gak...takpola demo dulu pahtu kawe plok..hihi
    Selamat berbahgio la.. :)

    ReplyDelete
  8. To inas :
    Ha'a tahun baru sume kena baru..ehm ank murid yg baru ni tak tau mcm ne...mintak2la sume dengar cakap mudah diajar kalo tak semakin mencabar la tahun ni...:)

    ReplyDelete
  9. salam sobat
    selamat tahun baru,,salam maal hijrah juga ya,,
    semoga makin sukses dan lebih baik segalanya.

    ReplyDelete
  10. salam....ukhwah,

    terima kasih singgah anaklaut..juga selamat menyambut tahun baru yg bakal menjelma tiba..

    ReplyDelete
  11. wah.. incek mizaranun.. sudah tukar cat la ini umah.. sempena tahun baru eh? cayalah.. nice background.. (^__^)

    ReplyDelete
  12. salam cikgu...ustzah dh tukar nickname laa...white rose like white mysmile...haha...
    wah...kemerahan...cun je nih...siap ade salji2 lgi...semoga hijrah thn ni mempermudahkan sgala urusan kta...insya'Allahl...


    p/s : thn makin bertemu thn...usia makin bertemu usia...alahai...

    ReplyDelete
  13. To anak laut :

    Salam berukhwah! i follow.. :D


    To Faarihin :
    A'a sempena tahun baru ni tiba2 je nak tukar cat...timo kasih (^_~)

    To white rose :
    waaa sudah tuka itu nama..xpe jgn tukar itu rumah pas tu jgn kasi worang tau..jgn wooo...ekekeke :D

    ReplyDelete

Boleh di Baca juga

Related Posts with Thumbnails