Tuesday, January 12, 2010

Anak Pompuan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani
Segala Puji bagi Allah di atas segala nikmat yang dikurniakan




Semalam aku berkesempatan menghadiri kuliah maghrib, memang menarik tajuk kuliah yang disampaikan. Mengupas tentang anak pompuan. Memiliki anak pompuan adalah antara satu jalan untuk sampai ke syurga. Sempat juga aku mengutip beberapa hadis yang disebutkan :


1-Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud, "Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan kerenah, kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya Allah SWT akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka."Seorang lelaki bertanya, "Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?"Sabda baginda, "Juga untuk dua anak perempuan."Seorang lelaki berkata, "atau untuk seorang wahai Rasulullah?"Rasulullah SAW menjawab, "Juga untuk seorang." (Hadis Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)

2-Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, "Tidak ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun tiga orang saudara perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka, melainkan Allah Taala akan memasukkan mereka ke syurga." (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

3-Daripada Aisyah r.a., dari Rasulullah SAW baginda telah bersabda yang maksudnya, "Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka." (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)


Pabila memahami hadis2 tersebut, jaminan syurga untuk ibu bapa yg berjaya mendidik anak pompuan mereka dgn betul. Mungkin mendidik anak pompuan ini penuh dgn cabaran, itu sebab Allah SWT menjanjikan syurga untuk mereka. Mungkin benar juga pepatah melayu ada menyebut...

‘menjaga lembu sekandang adalah lebih mudah daripada menjaga anak perempuan seorang’


Ada juga yang menyatakan maruah keluarga terletak pada anak pompuan, ke mana sahaja dia pergi dia membawa maruah keluarganya....

Islam suatu agama yang menekankan kepada pencegahan lebih utama dari merawat. Ganjaran syurga ditawarkan oleh Allah SWT pastinya untuk mencegah ibu bapa dari terlalai terhadap tanggungjawab yang sangat berat itu. Kesan buruk akan terjadi jika ibu bapa gagal mendidik dan menjaga anak pompuan dengan baik. Mungkin kita boleh katakan gejala sosial yang berlaku sekarang ini adalah berpunca dari kegagalan ibu pada mendidik anak pompuan.

Namun, suatu kedudukan tinggi terhadap pompuan itu sendiri jika ia terdidik dgn didikan Islamiyyah...banyak kelebihan2 nya :


1-Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.


2-Seorang wanita yang solehah lebih baik dari seribu orang lelaki yang tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibukakan baginya lapan pintu syurga, yang dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa dihisab.


3-Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.


4-Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.



Banyak lagi yang boleh dibincangkan, namun jangan pula dilupakan mendidik anak lelaki, jika tidak, sesolehah mana pon pompuan itu jika tiada lelaki soleh akan pincang juga dunia ini.

P/S : lelaki soleh = wanita Solehah... (^_~) BerUsaHa!!


12 comments:

  1. salam ostat~

    ana suka hadis ni, dlu masa sek hadis ni menjdi hadis pling diminati...tpi dh bnyk lupa hadis2 yg dihafal, tggal 2/3 je yg ana masih ingt...

    masya'Allah, itulah keberkatan didikan dr ibubapa...mereka juga mendpt keberkatan itu...bertmbh2 berkat bila adanya suami soleh + isteri solehah...

    insya'Allah, mudah2an ostat dipertemukan dgn wanita solehah itu...mudah2an...

    (^_^)

    ReplyDelete
  2. banyak hikmahnya bila ada anak perempuan dan bila jadi anak perempuan yer.. moga2 saya dapat mendekatkan diri ke arah dunia yang solehah.. tapi.. sukarnya bagi hati2 yg hitam ini.. banyak perkara yg perlu saya belajar..

    ReplyDelete
  3. salam sobat
    iya memang benar ,,lebih berat menjaga anak perempuan daripada anak laki-laki.
    karena perempuan penuh resiko.

    ReplyDelete
  4. of topic:

    sila2lah jadi detektif.. sy menanti keputusan itu dari tuan detektif yer.. hehehe.. (^__^)

    ReplyDelete
  5. wah...menarik kupasan ttg perempuan ni. :)

    ReplyDelete
  6. bagus topik ni. semoga aku dan kau menjadi wanita yg solehah yang dapat berkahwin dgn lelaki soleh.amin.

    ReplyDelete
  7. to white rose :

    wksalam ustazah..ana pon suka jugak hadis tu bukan pe sb suka kt ustazah yg ajr dulu... :p

    Timo kasih le ustazah doa kt ana mudah2an dikurniakan 'baitul muslim'..amin! :)

    ReplyDelete
  8. to Faarihin :

    Emmm best dpt belajar banyak perkara tambah pula masa kanak2 ribena nih time yg paling menyoronokkan..setiap hari mesti ada benda baru dpt belajar maklumla semangat 'inkuiri' tu membuak2..
    pernah dengar tak pepatah nih.. :

    " Everytime you fell down, wake up.. And never give up..." hihihi

    err tu kata2 pujangga kanak2 ribena.. :D

    p/s : Penyiasatan berkala n terancang sedang dijalankan...Roger n Out!!

    ReplyDelete
  9. To Nura :

    Setuju ngn sobat...sy kena bersiap diri ke arah tu mana la tau suatu hari nanti dpt anak pompuan sume.. (^___^)


    ****
    To najihah faizah azaman :

    Ehm banyak lg kalo nk dihuraikan tentang tajuk tu..kalo dpt disimpulkan semamangnya agama Islam betul2 memarbatkan wanita dan memandang tinggi pd pembentukkan keperibadian seorang wanita.. (^_^)


    *****
    To mukasurat17 :

    Tima kasih 'mukasurat17'...

    p/S : mb aku patut nyanyikan "..oh aku lelaki kau perempuan..." :D

    ReplyDelete
  10. wah.. cam dasat aje kata2 pujangga kanak2 ribena tu yer.. huhuhu.. =p

    p/s: terima kasih dengan ceramah itu.. sememangnya saya sangat mendambakan ceramah2 begitu.. teruskan berceramah ustaz.. saya suka.. (^__^)

    ReplyDelete
  11. of topic:

    'pulut semangat' tu camne? sedap ke? hehehe..

    ReplyDelete
  12. to Faarihin :

    cik faa xtau ke 'pulut semangat' tu camne..nk cakap pon susah gak camni la nk senang dtg la klate ikut abg ipar tu..kt sana banyak pulut semangat...hikhikhik

    ReplyDelete

Boleh di Baca juga

Related Posts with Thumbnails