Tuesday, January 5, 2010

Assalamualaikum Ostat.. (^__^)

Bismillahirrahmanirrahim
Segala puji bagi Allah Tuhan yang menguasai Langit dan bumi





Salam Ukhwah...


Ke Sekolah..

Selamat kembali ke sekolah! itulah kata-kata yang mungkin sesuai untk diri ini yang telah memilih bidang tugas ini sebagai lapangan dakwah. Kembali ke sekolah hari ini amat segar dan hampir ke semua berwajah ceria. Satu titik mula yang cukup menyenangkan. Bersua dengan rakan-rakan hampir 2 bulan tidak bertemu. Berjabat mesra bertanya khabar menyubur kembali ikatan ukhwah.


Nyanyi Lagu Negaraku..

Sesi persekolahan hari ini bermula dengan perhimpunan mingguan. Nyanyian lagu Negaraku sebagai pembuka majlis perhimpunan pagi. Gelagat murid-murid baru tahun 1 cuba menyanyi ala-ala seorang profesional menggamit kenangan di awal persekolahan dulu-dulu Pengalaman menyanyi beramai-ramai merupakan satu suasana baru walau pun tersekat-sekat menyebut setiap lirik-liriknya namun yang pasti dan nyata kami berjaya 'menyumbangkan' lagu tersebut. Bagaikan baru pulang dari kelas muzik dan nyanyian di segenap penjuru ku nyanyi setiap lagu yang dipelajari namun gema yang paling indah ku dengar ialah di bilik mandi.


Masuk Kelas...

Assalamualaikum ostat!. lama tak ku dengar suara comel kanak-kanak menyambut kehadiran seorang guru untuk memberi ilmu dan tunjuk ajar. Ada baiknya juga ku terima salam sejahtera dari murid-murid moga lebih sejahtera hidupku...seharian di sekolah tidak kurang 7 hingga 10 ku terima ucapan sebegitu. moga ia benar-benar makbul. Aku menjadi berharap.


Tanggungjawab..

Tanggungjawab suatu amanah. Setiap pemegang amanah akan dipersoal oleh Tuan Hakim YanG Maha Bijaksana. Amanah menjalankan tanggungjawab antara penanda aras iman seseorang. Sekiranya elok dia menjaga amanahnya elok juga lah iman dan takwanya. Tambahan pula perkara yang paling membimbangkan apabila amanah itu berkaitan dengan sumber rezeki atau 'periuk nasi' seseorang. Tidak amanah menjalankan tugas/ tanggungjawab ditakuti memberi kesan kepada keberkatan rezeki yang diperolehi. Aku berharap aku lebih teliti dalam hal ini. Aku sangat-sangat berharap. Takut dan bimbang mendengar pesanan suci dari Baginda yang di cintai..


1. Sabda Rasullullah
s.a.w. :

Ketahuilah! Tidak beriman bagi sesiapa yang tiada amanah. Riwayat Imam Ahmad



2. Sabda Rasullullah s.a.w. :

آية المنافق ثلاث : إذا حدّث كذب وإذا وعد أخلف وإذا اؤتمن خان – متفق عليه

Ada tiga tanda munafiq : Apabila bercakap ia berbohong, apabila berjanji ia mungkiri dan apabila diberi amanah ia khianati.


3. Sabda Rasullullah s.a.w. :

أربع إذا كنَّ فيك فلا عليك ما فاتك من الدنيا : حفظ الأمانة وصدق حديث وحسن خليقة وعفة في طعمة - الشيخان

Empat perkara sekiranya kamu memilikinya kamu tidak akan ditimpa (balasan) terhadap apa yang kamu tidak buat di dunia: Jaga amanah, bercakap benar, berakhlak baik dan mengawal pemakanan (halal dan haram).


Sekadar itu untuk peringatan diri yang selalu alpa. iman yang sentiasa berkurang. Perlu sentiasa di 'check' dan di 'cas'. Moga ianya menjadi kuat diguna untuk menyusuri jalan berliku dan berlurah..moga berjaya sampai ke destinasi abadi. Sekali lagi aku menjadi seorang yang sangat berHARAP.


p/s : ku mulai dengan senyuman dan ku akhiri dgn senyuman... (^__^)

16 comments:

  1. Assalamualaikum Ostat.. (^__^)

    wah...semangat baru...alhamdulillah, bguih2...ni lah ciri guru2 yg soleh...

    smoga apa yg kta mahukan diberkati Allah S.W.T...insya'Allah...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Ustaz..

    Alhamdulillah.. semangat macam nilah yang kita nak.. wajib ada bagi setiap jiwa pendidik.. baru lah anak murid happy dapat cikgu camni.. ilmu pun mudah aje nak lekat.. hehehe.. Semoga segala urusan ust. dipermudahkanNya.. Amin.. (^__^)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum pak ostat.. (^__^)

    Hari ini citer apa yang best?

    ReplyDelete
  4. salam sobat
    walaikumsalam warohmatullahiwabarokatu.
    kalau semangat baru pasti akan timbul inspirasi baru ya,,di tahun baru 2010 ini.
    semoga ALLAH SWT selalu melindungi kita semuanya.

    ReplyDelete
  5. to white ros :

    Waalaikumussalam ustazah..

    Emm timo kasih ameen!

    ustazah pon sama gak la jd guru contoh kan? hihi

    ReplyDelete
  6. to Faarihin :

    Timo kasih...insyaallah berusaha lebih gigih untuk mendidik anak2 murid...

    Maklumla 'guru contoh' katakan..hihi

    Emmmmm cerita best? ada! kalo nak tau mai la jd murid sy...hikhikhik

    ~err jgn lupo bawa pencil warna yer.. :p

    ReplyDelete
  7. to NURA :

    Moga azam baru terus kekal sepanjang tahun...
    dan segala usaha dipandang dan bernilai di sisi Allah SWT.. (^__^)

    ReplyDelete
  8. hai kunjungan perdana ke blog cantik nii..
    Amanah terlihat kecil namun teramat besar pertanggungan jawabnya di Hadapan Allah SWT, bumi dan gunung pun menolak ketika di berikan Amanah oleh Allah SWT, Manusia lah yang menerimanya termaktub dalam Alquran..
    I follow Ure blog (visit back)

    ReplyDelete
  9. ustaz..
    saya dtg nak belajau ni..
    dh ciap bawak pencil warna ni..
    hikhikhik.. (^__^)

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum ustaz mizaranun...

    (",)...Semoga rahmat Allah sentiasa mengiringi ustaz. Dan semoga kasih sayangNYA menjadikan ustaz seorang pendidik yang pengasih pada muridnya dan penyabar dalam kerenah dan gelagat mereka..

    Selamat menjalankan tugas...

    (",)

    ReplyDelete
  11. To Faarihin :

    ok hari ni kita belaja menyambung titik-titik dan mewarna yer..nati ostat bg gambar elien yer tp elien ostat ada kaki n lg ensem.. :p

    dah siap pastu jgn lupa warna yer kalo cantik ostat kasi hadiah sebatang pensil siap ada pemadam...hikhikhik .. :D

    ReplyDelete
  12. To UkhTi_ATiRaH :

    وعليكم السلام ورحمة الله يا اختي

    Ameen! mudah-mudahan macamtu lah hendaknya..

    kalo ngajar budak-budak ni banyak kena ikut cara mereka. pendek kata kita yg dah dewasa dan matang lagi macho ni bila berhadapan ngn budak-budak ni terpaksalah kena turunkan level dan sekali skala turut jd budak-budak..hihi

    Emm syukran ukhti... (^_^)

    ReplyDelete
  13. ku mulai dengan senyuman dan ku akhiri dgn senyuman... (^__^)
    ---> dalam kelas pon sengih mcm ni tauuuu

    ReplyDelete
  14. okesh.. dah ciap dah warna, wah.. memang encemlah elien tu.. tapi tak secomel elien kite.. huhuhu.. gerenti saya dapat A bintang2 kan ostat.. nak adiah.. nak adiah.. hikhikhik.. (^__^)

    ReplyDelete
  15. to inas :

    senyum mcm niiii.. (^___________________^)

    ReplyDelete

Boleh di Baca juga

Related Posts with Thumbnails