Friday, February 5, 2010

OsTaT BerCeRitA.. (^__^)




Salam Ukhwah..


Pernah tak jumpa ngn hairan bin ajaib...tak pernah? Yela sebab makhluk tu bukannya orang maupon ceplos, tp makhluk tu lahir dari perasaan korang sendiri. Aku banyak kali pernah kehairanan macam tu kadang2 ajaib bin hairan pon ada, bila hairan mesti ajaib, bila ajaib mesti hairan, dgn sikap manusia yang bermacam2..."macam2 adaa.."

Camne la nak hadapi semua ni...? sebenarnya itu lah ujian buat diri kita untuk tau kita ni sabau ke tak..senjata paling utama kita kena ada adalah ilmu. Ilmu apa ye? alaa ilmu ni kan bermacam2 bukan satu macam je..kalo kita berhadapan ngn sikap manusia yang banyak kerenah dan menyakitkan hati adakah ilmu matematik yang kita gunakan? ehmm mestilah bekalan kita ilmu Quran dan Hadis. Tapi bila sebut Quran dan Hadis mulala nak komplen, alaa aku bukan ustaz or ustazah la nak main ayat2 al-Quran pe lagi baca Hadis...Pergghh mesti orang terkejut giler kt aku!

Ni la masalahnya 'kalah sebelum berjuang'...al-Quran Hadis tu kan milik setiap orang islam kenapa nak sempitkan dia hanya ustaz ustazah je yang boleh guna. Itu fikiran sempit, org islam tidak boleh berfikiran sempit, kalau tak macam mane umat islam nak maju...

Bila sebut pasal ilmu, ia ada ilmu Fardhu 'Ain n Ilmu Fardhu Kifayah (bukan fardhu Takyah) fardhu 'ain tu wajib dipelajari bg setiap org islam lelaki or wanita. Aku teringat masa nak buat satu program solat untuk murid2 sk rendah, waktu tu kami tidak cukup tenaga pengajar untuk mendidik anak2 yang baru nak belajar, bila diminta kerjasama ngn rakan sekerja yang bukan pendidikan agama namun mereka menolak alasan apa tau, tak pandai, takut ajar ilmu sesat, tak layak n sebagainya yg sama waktu dgnnya....Aih! hairan bin ajaib tiba2 muncul dlm kepala otak aku, ambil air sembahyang bukankah satu benda yg mudah kacang je, lagi pon itu ilmu fardhu 'ain yang wajib diketahui, kalo dah tau boleh la ajar org lain, bukan setakat tau tapi kena yakin dgn ilmu yg dia tau itu dan bukan ikut2an atau syak. kalo tak abisla la...nill! ...skrg dunia IT beb, ilmu agama ada dimana2 tunggu dicedok sahaja, tiada alasan untuk tidak belajar.

Ingat! syurga itu bukan untuk ustaz or ustazah je tapi untuk sesiapa saja yang taat perintahNya, firman Allah SWT :

"...dan barangsiapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, nescaya Allah memasukkannnya ke dalam syurga yang menyalir di dalamnya sungai-sungai sedang mereka kekal di dalamnya dan itulah kemenangan yang besar." (an-Nisa' : 13 )

Berhadapan kerenah manusia ngn ilmu ea? macam mana tu? tak paham la aku...
Ehmmm aku teringat sebuah kisah seorang lelaki yang menerima upah untuk menguji seorang pemuda berilmu. lelaki itu menerima upah 1000 diham dari seorang yang telah lama berdendam. Katanya " kamu pergi tempat sifulan mengajar di sana tu, jika betul nama dia sekian2 engkau tampar mukanya. lalu lelaki itu pergi ke tempat itu bertanyakan nama bila dah kompom itu la orgnya dia terus menampar muka lelaki itu lalu lelaki berilmu itu bertanya dgn lembut " kenapa tuan tampar muka saya? lalu dijawab " saya menerima upah 1000 dirham untuk menampar nama fulan si fulan, bukankah kamu? Lelaki berilmu itu membalas dgn menjawab dgn tenang, "tuan salah org ni, fulan bin si fulan itu ada di bawah pokok sana tu pergilah kepadanya." Lalu dia pon pergi terus menampar lelaki dibawah pokok itu. Akan tetapi belum sempat tangannya sampai ke muka lelaki itu dngan tiba2 tangannya putus tergolek ke tanah akibat libasan pedang lelaki yang sebenarnya orang paling samseng kt tempat itu. (padanla muka main2 ngn org berilmu).

Aih cerita ni mcm kontroversi jer? macam mengajar menipu org lak. Mm aku sengaja bagi cerita macam ni. Banyak cerita aku dengar orang bodoh cuba memperbodohkan org berilmu, sehingga ada yang terpedaya lalu bertindak macam org bodoh, nah sekarang siapa yang bodoh. Apabila kita ni ada ilmu bertindaklah ngn ilmu kalo ada org nak perbodohkan kita, ehmmm baaiikk! kita perbodohkan dia balik, supaya dia dpt pengajarannya. Korang ingat tak kisah Nabi SAW hendak berhijrah tp rumah nabi dikepung oleh kafir musyrik. Setelah mengetahui Nabi telah menukar tempat tidur dgn Saidina Ali, geng2 kafir itu tercengang dan mencaci diri sendiri kerana kebodohan mereka.

Pengajaran dari citer tu, jgn jadi org bodoh dan jangn memandang rendah pd org berilmu.

Namun bila dah berilmu jgn pula kita sombong dan riak, ilmu yang bermanfaat akan bertambah bermanfaat jika diamal, kalo dah tau itu ini, ini itu, itu itu ini ini...ahhh berapa banyak daaa itu ini..makanya perlu la diamal kalo tak di soal di akhirat nanti, ni la yg paling ku takut...huhu

Ade satu citer nak aku kongsikan, sape tak kenal ngn Imam Abu Hanifah..ala Imam mazhab Hanafi tu seorang yg sangat alim dan penuh hikmah, Ehmmm hikmah ni la yg susah dicari. seperti mana sabda nabi hikmah adalah barang org mukmin yg hilang. Kisahnya bermula begini....jeng jeng jeng

Imam Abu Hanifah selalu mengajar di masjid dan mempunyai seorang anak murid yang paling kecil dlm halaqahnya, nama budak itu Abu Yusuff. Abu Yusuff ni sorang budak yg genius. Tetapi malang sekali ayahnya tidak membenarkan Abu Yusuff ni belajar dan menyuruhnya bekerja mengambil upah mengangkut barang. Lalu Abu Hanifah mengetahuinya dan dia merasa kerugian itu lantas pegi berjumpa ayah Abu Yusuff. "berapa abu yusuff diberi upah mengangkut barang? tanya Abu Hanifah kpd ayah itu. "2 dirham" jawab ayah abu yusuff. " kalo mcm tu aku bg 2 dirham kpd kamu tiap2 hari dan kamu benarkan Abu Yusuff belajar dgn aku." Kemudian Abu yusuff pon belajar seperti biasa tiap2 hari..beberapa lama kemudian Abu yusuff telah jatuh sakit sangat teruk. Abu Hanifah telah melawat dan melihat keadaanya. Setelah pulang, anak murid yg lain bertanya keaadaan Abu Yusuff. Lalu Abu Hanifah menjawab " sakitnya sangat tenat dan aku telah berdoa untuknnya, aku berharap dialah pengganti aku suatu hari nanti"

Dengan izin Allah abu yusuff telah pulih dan kembali belajar, ada rakan memberitahunya, Abu Hanifah pernah berkata dia berharap kamu lah jd penggantinya nanti. Dgn tiba2 Abu Yusuff jd bangga dan mula menunjukkan terornya, dia mula membentuk halaqahnya sendiri. Suatu hari sedang Abu Hanifah mengajar dia terpandang 1 halaqah kt situ, lalu muridnya bgtau itula halaqah Abu Yusuff. Terkejut Abu Hanifah..wah tunjuk lagak rupanya kalo macam ni lawan tok guru nih..

Lalu Abu Hanifah menghantar sorang anak muridnya untuk mengajukan solan kuiz bonanza khusus buat Abu Yusuf untuk dijawab napok teror sangat. jeng jeng jeng apa soalannya??
Bersambung bulan depan ye...kui3 :P


ok!



ok!


Soalannya adalah : ada seorang menghantar sehelai jubah kpd sorang tukang jahit untuk dipotong/jahit, pabila sampai masanya untuk diambil, tukang jahit itu berkata dia tidak tahu dan tiada jubah itu, lalu direport pd polis dan polis telah menjumpai jubahnya dlm rumah tukang jahit itu. soalannya adakah tukang jahit itu berhak dpt upahnya atau tidak..apa jawapannya? pesan Abu Hanifah "kalo dia jawab 'mesti dpt upahnya', jawapanya SALAH, kalo dia jawab t'idak dapat upahnya', pon jawapannya SALAH. Lalu pergi jumpa abu yusuff dan bertanyakan soalan itu. Abu Yusuff menjawab " mestilah tukang jahit itu dapat upahnya dh penat2 dia jahit" dibalasnya jawapan kamu salah. Emmm kalo macam tu dia tidak dapat upahnya, lalu dibalasnya lagi jawapan kamu tu pon salah juga. hahahahaha (gelak jahat tu aku tambah je) Abu yusuff termenung lalu bertanya, " Abu Hanifah ke hantar kamu?" dijawabnya " ya betul!"

Abu Yusuff terus pergi menemui Abu Hanifah segera memohon maaf atas kesilapannya merasa bangga terhadap ilmunya. lalu dia bertanya "apa jawapannya wahai syeikh?" Abu Hanifah berkata " aik bukankah kamu seorang yang alim kamu jawabla". Maaf tuan syeikh atas kesalahan hamba itu, hamba benar2 tidak tahu dan sungguh jahil" abu yusuff mengakui kelemahannya. Jawab Abu hanifah "baikklah jawapannya adalah kena ambil jubah itu dan ukur pada tuan baju itu, kalo sepadan dgn tubuh tuan empunya tukang jahit itu berhak mendapat upah, kalo tidak sepadan dan tidak kena ukurannya dia tidak berhak mendapat upah, kerana disyakki ada penipuan yg cuba dilalukan oleh tukang jahit dlm kes itu.

Ilmu Allah sangat luas. Berapa banyak ia dicedok takkan habis malah bertambah2. Aku juga teringat satu kisah Tok Kenali yang sangt dikenali, kalo korang tak kenal memang korang slow tahap gaban la..

"kata tok kenali sewaktu aku berada di Mekah waktu itu aku layak memberi fatwa .Seorang amak terkenal kt sana telah menjemput guruku untuk bermuzakarah tentang sesuatu ilmu. Guruku telah ajak aku bersama dalam majlis itu. Pada hari pertama aku faham apa yang mereka bincangkan hari kedua faham lagi hari ketiga aku langsung tak faham apa yang mereka bincangkan walau pon ketika itu aku sudah boleh berfatwa.
Subhanallah! luasnya ilmu memang tidak terbatas luasnya, itu baru ilmu yang tuhan campakkan kpd manusia belum kira Ilmu Allah SWT lg yang sememangnya Allah bersifat Maha Mengetahui. Subhanallah!!

Apa yang penting wahai orang2 berilmu, korang sume kena kuatkan kesabaran sesuai ngn ilmu yg korang ada. Mesti mau cool jer kalo tak cool jugak banyak2 lah mkn aiskrim 'mat cool kawanku' woha!

Seperti mana kisah Imam Syafie yang tersangat 'cool' ngn ilmunya. Pada suatu hari ada seorang ingin menguji imam syafie. Pada malam yg sangat gelap gelita diterangi cahaya rembulan semua orang lena dibuai mimpi indah. Lalu dia mengetuk rumah imam syafie ingin bertanyakan soalan yg tersangat bodoh di atas muka bumi. "wahai tuan syeikh sy nak tanya camne rasa taik?". Terkejut juga imam syafie tengah2 malam buta datang tanya soalan yang paling bodoh. Namun imam syafie seorang yang berilmu dengan rilek beliau menjawab " adapon najis itu waktu baru keluarnya panas dan rasanya masin, pastu itu dia sejuk rasanya masam." Ternganga beb org tu imam syafie jawab selambe je, dia ingatkan mesti imam syafie marah n bagi penampar or tidak pon bagi tendangan padu maut. Ehmm itu lah kehebatan orang berilmu.


Haik panjangla plak aku bercerita..ok la setakat ini dulu pakcik bercerita, entahla korang baca abis ke tak...huhu. Emm pakcik nak gi cari ilmu dulu..hihi


Moga Mendapat ManFaat..Allahu'alam.


p/s :SeLamAt MemBacA..JadilaH Orang BeriLmU.. (^__^)

16 comments:

  1. salam ostat...

    wah, panjangnya dia berleter...
    xlarat nk baca...
    btulkan laaa jnis tulisan & saiznya...
    xnmpak malam2 nih...
    gelap, xssh nk membaca...
    kalo wat mende lain xpe dlm gelap...
    wahahahaha...

    apa yg ostat alami, sy pun bgitu jua...
    kdg2 terpksa memikirkan hal2 sebegini...
    slagi ada cara yg bole diatasi, kita atasi laa...

    ReplyDelete
  2. wah.. panjangnya ostat bercerita.. hari ini tak sempat nak baca... bagi komen aje dulu.. hikhikhik..

    ReplyDelete
  3. To white rose :
    Wksalam ustazah..
    wahahahaha...
    yup..memang boleh diatasi selagi ada cara.. :)

    ReplyDelete
  4. betul2.. kalau asyik berfikiran sempat sampai bila nak maju.. baru sempat baca 3 perenggan.. lain2 sambung kemudian hari.. hehehe.. (^__^)

    ReplyDelete
  5. Assalamu'laikum wbt. Bila ostazah ostat nak bercerita pula? hehe jangan marah. Sakat je ni. Sekian saja cikgu mengomen~

    ReplyDelete
  6. salam..smoga kita sentiasa memantaPkan dri dgn iLmu yg bguna

    ReplyDelete
  7. To Faarihin :

    iyo xpo bilo ado maso leh baco eden xkisohnyo...hihi


    To Izzah :
    Waalaikumussalam cikgu..Ehmmm 'dia' malu sngat..hikhikhik :p


    To UmmU Solehah :
    yup! moga kita tergolong dlm org2 berilmu... :)

    ReplyDelete
  8. hahaha.. ostat sejak bila jadi nogori ni.. hehehe.. masih tak dapat nak habiskan.. bila nak abes baca ni.. (TT___TT)

    ReplyDelete
  9. hmm.. hambik ko.. kan dah xder tangan (suka cerite tu)

    pandai le akhi ni bercerite ye pada anak2 murid.. teruskan perjuangan akhi.. 'ala barakatillah

    ReplyDelete
  10. To Faarihin :

    hehehe...nk cakap melako aden tok berapo ghoti,cakap nogori ajo dapet, melako ngn negori doket ajo tu..hihihi

    p/S : meh eden tolong bacokan crito doketkan cikit tlingo tuh.. :p

    ReplyDelete
  11. To NoRuLLiSzA :

    Syukran ya ukhti..la', ana dhaif jiddan.
    Orh blaja kt timur tengah lagi hebat..(^__^)

    ReplyDelete
  12. Alhamduillah.. akhirnya berjaya juga saya mengkhatamkan cerita ini.. penuh dengan ilmu bermanfaat.. rugi tak baca ni dulu.. tapi tak apa.. nak ilmu,otak kena relaks tak boleh baca dalam keadaan tergesa-gesa kan ustaz miza.. hehehe.. (^__^)

    ReplyDelete
  13. p/s: best betul pi pantai timur.. makanan oghe kelate sedap2 juga.. hehehe.. (^__^)

    ReplyDelete
  14. singgah sini jenguk pak ostat.. hehehe..

    ReplyDelete
  15. Mari bergabung bersama ASIANBET77.COM Disini kami menyediakan berbagai macam jenis permainan betting online, seperti Taruhan Bola Online, Casino Online, Togel Online, Sabung Ayam Online dan masih banyak lagi game taruhan online lainnya....

    Pendaftaran gratis tidak dikenakan biaya apapun juga, minimal Deposit sangat ringan, hanya dengan Rp 100.000 saja anda sudah bisa bergabung bersama kami. ASIANBET77.COM bekerja sama dengan bank lokal yakni BCA, MANDIRI & BNI. Sehingga memudahkan anda untuk bertransaksi bersama kami.

    Customer service kami yang Ramah dan Profesional akan siap membantu anda selama 24 jam full, ayo segera daftarkan diri anda bersama kami ASIANBET77.COM. Dan dapatkan promo2 menarik dari kami.untuk keterangan lebih lanjut silahkan hubungi CS kami :

    YM : op1_asianbet77@yahoo.com
    Wechat : asianbet_77
    sms center : +639052137234
    pin bb : 2B4BB06A

    ReplyDelete

Boleh di Baca juga

Related Posts with Thumbnails