Tuesday, August 25, 2009

CiTer Ramadhan : 2 Hari Berlalu..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..




Masuk hari ini sudah hari ke-3 umat islam menunaikan ibadah puasa. Maknanya juga sudah 3 kali kita semua menunaikan solat Terawih.Semoga segala ibadah yg telah kita laksanakan di sepanjang 3hari lepas telah kita muhasabah atau pun di'post-mortem'.Err dah buat ker?? Risau mcam mana penerimaan Allah untuk segala ibadah kita.

Semua dah maklum amalan ibadah dibulan mulia ini diberi ganjaran berlipat ganda. Tawaran istimewa ini hanya ada dan ditemui di bulan Ramadhan. Cukup satu hadis saya nak bawakan di sini mengenai tawaran istimewa dari Allah S.W.T :

“Daripada Salman r.a. ia berkata: Telah berkhutbah Rasulullah S.A.W. pada hari terakhir bulan Syaaban dan sabdanya:- Wahai manusia sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi penuh keberkatan (bulan Ramadhan) iaitu bulan yang ada padanya satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, bulan yang Allah jadikan berpuasa padanya suatu kewajipan dan berqiamullail (beribadat pada malam-malamnya) sebagai amalan sunat. Sesiapa yang mendekatkan dirinya kepada Allah pada bulan itu dengan melakukan amalan kebajikan (amalan sunat) maka ia mendapat pahala seperti melaksanakan perintah yang wajib dan sesiapa yang melakukan suatu amalan yang wajib pada bulan Ramadhan maka ia mendapat pahala seperti orang yang melakukan tujuh puluh (70) amalan fardhu.”.


Mari sama2 kita renungkan sekejap 2hari ramadhan yg dah berlalu..Adakah kita benar2 bersungguh mengejar dan merebut tawaran dari Rabbul Jalil..buatlah perbandingan sendiri. Cuma pada saya.. saya cuba buat perbandingan mudah..

Andaikan sebuah lori membawa batu permata terbalik disebuah kolam berlumpur. Batu permata bertaburan tiba2 terdengar satu suara "ambillah dan kutiplah kalau sesiapa inginkan permata itu..." Apa reaksi kita? Apa akan kita buat? Tengok sajakah? Buat tak tahukah? or terjun ke dalam lumpur itu dan cari seberapa banyak..tidak kisah lagi kotor malu dan segan..

"Ada yang benar2 beruntung dan ada yang benar2 rugi"


p/s : Selamat Beramal dan Bermuhasabah amalan.. (^_~)


10 comments:

  1. Selamat berpuasa...Mudah-mudahan Allah memberi kekuatan pada kita untuk menggandakan amalan di bulan yang mulia ini.

    ReplyDelete
  2. To Tirana :

    Slmat berpuasa juga..Amin! mudah2an mcm tu la hendaknya..
    inilah peluang untk meningkatkan amalan kita..

    ReplyDelete
  3. ramadhan kareem..

    mujahadah & muhasabah di bulan ramadhan.. moga redha Allah sentiasa mengiringi hamba2Nya.. moga syurga idaman tempat peraduan abadi..

    ReplyDelete
  4. to NoRuLLiSza el FaRisi :

    Amin..!
    moga kita semua mendapat Redha-Nya..(^_^)

    ReplyDelete
  5. of coz everybody will grab those bling-blings in the mud!

    oh... perumpamaan awk tu buat sy jd bersemangat.

    ReplyDelete
  6. to ^inas^ :

    yeah! jadilah org yg beruntung....

    Doalah untuk saya jga agar lebih bersemangat menigkatkn amalan di bulan ini..syukran!
    (^_^)

    ReplyDelete
  7. Assalamu 'alaikum,

    Sudi-sudikan utk doakan saya yg faqir ini, selit di hujung-hujung doa tuan pun jadilah...

    Jazakallah...

    ReplyDelete
  8. To Gunawan Aziz :

    Wa'alaikumussalam..
    InsyaAllah tuan..bila sy doakan kebaikkan untk sesorang kebaikkan itu akan datang juga untk saya..hebatnya doa senjata mukmin..
    Amin..

    ReplyDelete
  9. perumpamaan yg ckp2 baek..tahniah:)

    ReplyDelete
  10. salam sobat
    alhamdulillah kebaikan selalu mendapat balasan kebaikan pula.

    ReplyDelete

Boleh di Baca juga

Related Posts with Thumbnails