Sunday, August 23, 2009

CiTer Ramadhan : Hari Pertama Berhati2..

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG...
ASSALAMUALAIKUM..


Indah sungguh fajar itu...

Alhamdulillah di atas nikmat di pagi Ramadhan begitu tenang...ibadah puasa telah bermula...membuka jendela merenung kaki langit... sinar fajar begitu gagah menayang diri...tiada kata2 lain..ku cuma merenung keindahan itu...tenang damai..ku sambut mu dengan senyuman manis ku...moga aku hari ini setenang sedamai dan segagah mu wahai fajar subuh di kaki langit..

*
*
*

Ingat lagi semalam cukup ramai saudara2 ku menyerbu masjid...bagaikan hari jumaat ingin solat jumaat...muslimin dan juga muslimat..kecil besar tua muda...memenuhi rumah Allah itu..ingin memeriahkan malam pertama Ramadhan...indah sungguh suasana itu alangkah indah jika ia berterusan begitu...suasana itu ku benar2 rindu dan ingin ku saksikan...

*
*
*

Aku sedang berpuasa oh ye aku sedang beribadah..siang hari aku dikira beribadah...jika aku beribadah itu bererti pahala ibadah ku sentiasa bergerak dan bergerak pahala terus dicatit...betulkah begitu? ye memang betul..selagi ibadah itu tidak rosak atau cacat..ku berfikir..Ku terus menelaah meneroka biarkan masa habis untuk itu..agar sesuatu yg baru akan ku dapat..agar aku tidak lalai dan alpa dalam bulan yg mulia ini..hati tambah risau dan ku pinta untuk hati2...2 ucapan Kekasih Allah ini aku terus hayati..

  • Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Berapa banyak orang yang berpuasa tetapi dia tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali hanya lapar dan dahaga.” Riwayat Ibnu Majah
  • RasuluLlah saw bersabda, "Datanglah kamu semua ke mimbar”, maka kamipun datanglah. Apabila Baginda naik satu tangga, Baginda berkata: امين, apabila Baginda naik tangga kedua, Baginda berkata: امين , apabila Baginda menaiki tangga ketiga , Baginda berkata: امين.Apabila Baginda turun, kamipun berkata: Wahai RasuluLlah saw, sesungguhnya kami telah mendengar daripada kamu hari ini sesuatu yang kami tidak pernah dengar.Baginda bersabda: Jibril as datang kepada aku dan berkata: “ ‘CELAKA/BINASALAH’ sesiapa yang menyempurnakan Ramadan, tetapi masih tidak diampunkan baginya. Aku menjawab: امين. (ila akhr ayat..)
*
*
*

Kerisauan ini terubat juga pabila Kekasih Allah cuba hiburkan hati umatnya..ya terhibur dan tiba2 jadi berharap..tiada lain ku harapkan..hanya Redha-Mu..
lantas ku jadi berhati2 dan berharap...terima kasih pada mu wahai Kekasih Allah..

  • Dari Abi Hurairah beliau berkata :Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :"Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan." Hadis riwayath Bukhari, Muslim& Nasaaei.
  • Dan daripada Abu Hurairah daripada Nabi S.A.W telah bersabda yang bermaksud :"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu."Hadith riwayat oleh Nasai'e, Ibn Majah dan Baihaqi
  • Dan Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang artinya "Sesiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka akan diampunkan baginya dosanya yang telah lalu."Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Nasai'e dan Baihaqi
  • Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : "Solat yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar).Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah."Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim dan Baihaqi
  • Daripada Abi Solih Az-Zaiyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :"Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untuk Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri isterinya pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diajak berkelahi maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri Nabi Muhammad saw didalam kudratNya maka bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. "Hadis riwayat imam Bukhari& Muslim.
*
*
*

Terasa sayang ibadah ini...terasa kebaikkannya...terasa menyesal dan rugi kalau sia-siakannya...namun rasa khuatir nak ku persembahkan pada ya Rabb...

p/s : jagalah puasa dgn mnjaga 7 inderamu

6 comments:

  1. Salam..

    Ilmu yang sangat berharga saya perolehi di hari puasa yang pertama.. Memang rugi jika sia2kannyaa.. smoga kita smua sntiasa menghargai bulan puasa ini..

    *selamat berbuka petang nanti.. hehehe.. (^__^)

    ReplyDelete
  2. to Faarihin :
    sama2 kita menjaga ibadah puasa ..
    moga beroleh keampunan dari Ilahi..

    *slmat pegi kuliah subuh jgn tido..(^_^)

    ReplyDelete
  3. first terawih ku pergi maasjid negeri...syahdu sungguh...ramai betol insan2 terpilih utk memenuhi ruang dirumah ALLAH itu...

    ReplyDelete
  4. to antikapel :

    stuju ngn ukti..mlm pertama mana2 tmpat memang ramai..harap2 mlm2 lain pon mcm tu gak..

    *err ade ke ek org bkapel pg masjid..?
    hehe...

    ReplyDelete
  5. selamat menunaikan ibadah puasa. ilmu yang bermanfaat....maju teruss

    ReplyDelete
  6. salam ziarah. selamat bepuasa. :)
    selamat meningkatkan amalan dan tazkiyatun nafs~~

    ReplyDelete

Boleh di Baca juga

Related Posts with Thumbnails