Friday, August 7, 2009

Duhai Adik Ku Sayang..Dengarlah Nasihat Abg ( Bhg 2 )

Duhai adik ku sayang..
Apakah dikau masih keliru..terus mencari identitimu..
Tanpa panduan dan hala tuju..
Adakah dikau rasa dunia ini masih baru buatmu..
perlu mencuba..membiarkan saja dirimu hanyut..terus hanyut..

Duhai adik ku sayang jgnlah begitu..Mahukah dikau jadi sebegini rupa..
tengoklah..relakah dikau wajah manis mu ditayang di mana-mana..


Pejamkan lah matamu seketika..
Dengarlah lagi abangmu ingin bercerita..


2) Main2 Cinta


wahai adikku..
Janganlah biarkan diri terjebak dalam perangkapnya..
kelak jiwa terseksa badan menderita masa depan mu gelap gelita...
Main-main cinta..cinta main-main..sama saja..
Tiada salah dengan cinta tapi biarlah pada tempatnya..
Jangan sampai tergadai body maruah adat dan agama..
Semasa bercinta indah-indah belaka..
Dek kerana cinta kau serah semuanya..
Bila dah berbadan dua sidia lari entah kemana..


Wahai adik ku..inilah hakikat yg berlaku..Renungkanlah!!

*****
Satu statistik yang diambil dari salah sebuah website yang menyatakan bahawa secara purata di mana ada hampir 2,500 (iaitu 257,411 ÷ 103) kes anak luar nikah setiap bulan didaftarkan secara rasmi, dan ini bermakna setiap hari secara purata Jabatan Pendaftaran menerima 83.3 kes (257411 kes ÷ 3090 hari) pendaftaran anak luar nikah. Ini juga bermakna secara statistiknya satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam masa 17 minit 17 saat.Pembuangan bayi juga semakin parah di mana sebanyak 228 kes buang bayi direkodkan di seluruh negara sepanjang 2004 hingga tahun 2006. Ini bermakna, secara puratanya setiap bulan sebanyak 6.33 (228/36) kes buang bayi berlaku. Jadi, jika dinisbahkan dengan hari, maka pada setiap 5 hari 1 jam ada seorang bayi yang dibuang..

******

Berdasarkan statistik Polis, untuk tahun 2006 sahaja, sebanyak 83 kes buang bayi telah dicatatkan di seluruh negara. Berbanding tahun 2000, menyaksikan lebih 65 kes.

Dari tahun 2000 hingga 2006, sejumlah 580 pembuangan bayi telah dicatatkan. Dan, 48 orang bayi masih berkeadaan janin.

*****

BAYAN BARU, 16 Feb (Hrkh) - Jumlah anak tanpa bapa di Malaysia mencecah 257,411 orang sekarang, sama hebat dengan ancaman penyakit selsema burung atau aedes kata, Senator Muntaz Mohd Nawi..

******

Duhai adik ku..
Sebak sungguh dadaku..
Murah benar harga dirimu..
Hanya menjadi mainan nafsu..


Duhai adik ku ..Dengarlah nasihat abang..



(**bersambung bhg akhir.. )

9 comments:

  1. salam dr utara...

    bgs pnulisn part2 nie...mnyentuh hearty gak la...hihi...

    sy tggu bhgian akhr! ;)

    ReplyDelete
  2. to Ina Nailofar :
    dari utara bawa sejahtera.. :)
    terima kasih sudi ziarah..
    alhamdulillah..pakcik xpandai berkata2 tp itulah maksud yg nk pakcik sampaikan..wait ye..

    ~sebaik2 hiasan dunia ialah wanita solehah~

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah..tak seperti blog2 lain yang gersang dr sudut pengisian..tahniah

    ReplyDelete
  4. to Busyra :
    syukran..moga blog ana ni jd medium dakwah..
    ~serulah makhluk kpd khalik~

    ReplyDelete
  5. salam ziarah.

    indahla, semoga adik2 demikian adanya itu, dtg menjengah ke mari, insyaallah. sme2 di doakan ;)

    ReplyDelete
  6. to m azhar othman :
    saat itu da makin hmpir sangat..moga2 kita tdak ditemukan dgnnya..sungguh dahsyat fitnahnya..
    hu Allah.

    to arnamee :
    harap mcm tu la..moga kita sume ada pk risau nasib adik2 kita..kesian dorang..oh Allah..

    ReplyDelete
  7. salam perjuangan..nice blog..leh ana..apa pndpt anta ttg gmbar di main2 cinta..adakah leh dipaparkan dri sudut islam@ mcmmna? .....-dri hmba yang dhoif

    ReplyDelete
  8. to al-kelantani :

    maaf sekiranya gambar itu kurang sopan ditayang kat sini..
    maksud ana hanyalah sbg bahan bukti kerosakan akhlak muda mudi zaman skrang..
    bukan bermaksud untk aibkan sape2..

    ~hamba lg dhoif

    ReplyDelete

Boleh di Baca juga

Related Posts with Thumbnails