Sunday, September 13, 2009

LQ : Nota RingkasKu..

Assalamualaikum WarahmatulLahi Wabarakatuh.. Dengan Nama Allah Yang Maha

Pemurah lagi Maha Penyayang..
Segala puji bagi Allah Tuhan yg menguasai langit dan bumi..




Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Sudah 22 hari kita berpuasa..jika pd tahun ini kita ditakdirkan berpuasa 29
hari cuma hanya tinggal 7hari lagi Ramadhan kan pergi.. perginya membawa semua tawaran istimewa beserta bonus2 yg telah dijanjikan..Apa mungkin berkesempatan untk tahun hadapan..?? mudah2an Allah memberi kita satu lagi kesempatan.. Kelapangan pd pagi ini...aku menziarah blog2 sahabat...hampir semua entrynya tentang 'Malam Al-Qadr'..Pembacaan tentangnya baik untuk kembalikan keinginan untk bertemu denganya.. Dalam kesempatan ini juga aku berkesempatan membelek2 kitab Fadhilat Ramadhan bab Lailatul Qadar.. Sebuah nota ringkas ku pahatkan di ruangan ini..



Apa maksud Lailatul Qadar ??

Menurut Hamka, Lailatul Qadar memberi dua maksud, pertama; kemuliaan diberi kemuliaan dikeluarkan dari zulumat/kegelapan kepada nur/cahaya petunjuk Allah.

kedua bererti penentuan bermaksud dimalam itu dimulai menentukan garis pemisah diantara kufur dengan iman, jahiliyah dengan Islam, syirik dengan tauhid.

Kenapa Lailatul Qadar??
Terdapat beberapa riwayat menyatakan :
1.Lailatul Qadar hanya diberi kpd umat Nabi Muhammad s.a.w sahaja.
2. Rasullulah pernah memikirkan tentang umur2 umat terdahulu yg panjang2 nk dibndingkan dgn umur umatnya baginda berdukacita, dgn rahmat Allah kurniakan Lailatul Qadar.
3. Para Sahabat pernah mendengar Rasul
ullah bercerita kehebatan umat terdahulu beribadat, para Sahabat sngat cemburu dgn kehebatan ibadah mereka, lalu Allah menurunkan surah Al-Qadr.



Apa Bukti Lailatul Qadar Wujud??

Allah sendiri yg menceritakan dlm al-Quran Surah Al-Qadr :

إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, (al-Qadr 97:1)

وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ

Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? (al-Qadr 97:2)

لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ

Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. (al-Qadr 97:3)

تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمْرٍ

Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); (al-Qadr 97:4)

سَلَامٌ هِيَ حَتَّىٰ مَطْلَعِ الْفَجْرِ

Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadr 97:5)

Apa Kelebihan Lailatul Qadar??

1. 1 Malam lebih Baik dr 1000 Bulan :
Anas ra meriwayatkan :
apabila Ramadhan bermula Rasulullah SAW bersabda : "sesungguhnya tlh dtg kpdmu suatu bulan yg terdapat dlmnya satu malam yg terlebih baik drp seribu bulan. Barangsiapa yg ditolak drp mlm ini sesungguhnya ternafilah dia drp segala kebaikkan.Dan tidaklah yg ditolak drp kebaikan itu kecuali yg benar2 tidak bernasib baik." (HR Ibn Majah)

2. Diampunkan Dosa :

Diriwayatkan dari Abi Hurairah radhiallahuanhu, dari Nabi salallahualaihi wasalam telah bersabda; “ Barangsiapa yang menghidupkan malam Al-Qadr dengan penuh keimanan dan semata-mata kerana Allah, di ampunkan baginya segala dosanya yang telah lalu ” , dalam riwayat Al-Imam An-Nasaie telah menambah: “ Dan dosanya yang akan datang ”.



Bilakah Lailatul Qadar?

Nabi Muhammad bersabda bermaksud: “Carilah Lailatul Qadar pada malam 10 terakhir Ramadan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)Rasulullah bersabda lagi bermaksud: “Carilah Lailatul Qadar pada malam ganjil pada 10 malam terakhir.” (Hadis riwayat Bukhari)


Apa Amalan Pd Mlm Lailatul Qadar ??
Memperbanyakkan solat, bacaan Al-Quran doa, rintihan,memohon keampunan, kesihatan, keafiatan yang berkekalan dalam agama semasa di dunia mahupun di akhirat. Sesungguhnya Saiyidah Aishah radiallahuanha telah bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w berkenaan dengan malam tersebut, ” Apakah yang akan aku ucapkan apabila bertemu dengan malam Al-Qadr? Maka Nabi menjawab, “ Katakanlah:

اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني

Mencari Lailatul Qadar :

Teori Imam Ghazali :


Menurut beliau malam Lailatul Qadar boleh diketahui melalui:
  • Jika awal Ramadan pada Ahad atau Rabu, maka lailatulqadar pada malam 29 Ramadan.
  • Jika awal Ramadan pada Isnin, lailatul qadar pada malam 21 Ramadan.
  • Jika awal Ramadan pada Selasa atau Jumaat maka lailatulqadar pada malam 27 Ramadan.
  • Jika awal Ramadan pada Khamis, lailatulqadar pada malam 25 Ramadan.
  • Jika awal Ramadan pada Sabtu, maka lailatulqadar pada 23 Ramadan.

  • ******
    Sekadar itu sahaja nota ringkas yg sempat aku catatkan, sebenarnya banyak lagi sumber2 yg boleh dirujuk namun ape yg penting hendaklah sahih rujukannya. jika sekiranya rujukan yg aku buat ini tidak sahih tolong betulkan..

    SELAMAT BERAMAL..

    P/S : Beruntunglah sape2 yg bersiap sedia dr awal lg untk bertemu dgn LQ...bukanya last minit (mcm kata Uzair)...Eh pose kite bermula hr sabtu maknanye kut teori tu LQ 23 ramadhan..
    Ehmm..
    Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

    6 comments:

    1. salam
      ramadhan kareem ya akhi..

      thanks atas tazkirah nya.. bersama2lah kita mengutip mutiara2 berharga di 1o malam terkahir..moga tergolong kita dalam golongan hambaNya yg bertaqwa dan dikurniakan syurgaNya..

      Ameen ya Rabb.. perbanyakkan ibadah.. dan bersama kita menghayatinya..

      عسى الله أن يتقبل أعمالنا في شهر رمضان، شهر الرحمة شهر الغفران

      ReplyDelete
    2. salam...gaya seorg ust bg tazkirah ramadhan...alhamdulillah, mudah2an diberkatiNYA...smlm ade seorg guru disekolah mmberitahu yg LQ dh lps...pd mlm 21 Ramadhan...yakni Khamis mlm jumaat...ana tny dr mana dia tahu, dia kta ade seorg yg alim memberitahunya...wallahu a'lam...perkara yg ghaib ni hnya ALLAH sja yg tahu...ALLAH mmberikan kelebihan kpd hamba2NYA yg terpilih tuk mngetahui perkara ghaib ini...

      ReplyDelete
    3. skrng ni kat surau sini buat tazkirah sblm terawih.. so terawih smpi 8 je la.. tp sume ni smpi malam ke-27 je.

      td tazkirah ade cite ape patut baca bila yakin tersedar malam tu LQ.

      ReplyDelete
    4. To NoRuLLiSza El FaRiSi :
      Wksalam ya ukhti..
      tu bkn tazkirah tu ceramah..hehe
      Oh itulah yg ku harapkan..Amin

      ReplyDelete
    5. To ustazah dyLLa :
      Ehmm ade gaya ustaz ker?? hehe
      Hah dah lepas? mmm biasanye org alim xbg tau benda2 ghaib mcm ni kecuali dah abis ramadhan baru dia cter..
      Yap hanya Allah yg Tahu kita sbg hamba teruskan beramal.. ^^,

      ReplyDelete
    6. To ^inas^ :
      Ehm xpe inas lau rasa xcukup leh tambah lg kt umah..tambah lg 12 rakaat..hohoho
      Mmm mcm2 amalan leh wat satunye bc doa mcm nabi ajar tu..
      Slmat beramal ye inas..moga istiqomah ^^,

      ReplyDelete

    Boleh di Baca juga

    Related Posts with Thumbnails