Sunday, August 23, 2009

CiTer Ramadhan : Hari Pertama Berhati2..

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG...
ASSALAMUALAIKUM..


Indah sungguh fajar itu...

Alhamdulillah di atas nikmat di pagi Ramadhan begitu tenang...ibadah puasa telah bermula...membuka jendela merenung kaki langit... sinar fajar begitu gagah menayang diri...tiada kata2 lain..ku cuma merenung keindahan itu...tenang damai..ku sambut mu dengan senyuman manis ku...moga aku hari ini setenang sedamai dan segagah mu wahai fajar subuh di kaki langit..

*
*
*

Ingat lagi semalam cukup ramai saudara2 ku menyerbu masjid...bagaikan hari jumaat ingin solat jumaat...muslimin dan juga muslimat..kecil besar tua muda...memenuhi rumah Allah itu..ingin memeriahkan malam pertama Ramadhan...indah sungguh suasana itu alangkah indah jika ia berterusan begitu...suasana itu ku benar2 rindu dan ingin ku saksikan...

*
*
*

Aku sedang berpuasa oh ye aku sedang beribadah..siang hari aku dikira beribadah...jika aku beribadah itu bererti pahala ibadah ku sentiasa bergerak dan bergerak pahala terus dicatit...betulkah begitu? ye memang betul..selagi ibadah itu tidak rosak atau cacat..ku berfikir..Ku terus menelaah meneroka biarkan masa habis untuk itu..agar sesuatu yg baru akan ku dapat..agar aku tidak lalai dan alpa dalam bulan yg mulia ini..hati tambah risau dan ku pinta untuk hati2...2 ucapan Kekasih Allah ini aku terus hayati..

  • Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Berapa banyak orang yang berpuasa tetapi dia tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali hanya lapar dan dahaga.” Riwayat Ibnu Majah
  • RasuluLlah saw bersabda, "Datanglah kamu semua ke mimbar”, maka kamipun datanglah. Apabila Baginda naik satu tangga, Baginda berkata: امين, apabila Baginda naik tangga kedua, Baginda berkata: امين , apabila Baginda menaiki tangga ketiga , Baginda berkata: امين.Apabila Baginda turun, kamipun berkata: Wahai RasuluLlah saw, sesungguhnya kami telah mendengar daripada kamu hari ini sesuatu yang kami tidak pernah dengar.Baginda bersabda: Jibril as datang kepada aku dan berkata: “ ‘CELAKA/BINASALAH’ sesiapa yang menyempurnakan Ramadan, tetapi masih tidak diampunkan baginya. Aku menjawab: امين. (ila akhr ayat..)
*
*
*

Kerisauan ini terubat juga pabila Kekasih Allah cuba hiburkan hati umatnya..ya terhibur dan tiba2 jadi berharap..tiada lain ku harapkan..hanya Redha-Mu..
lantas ku jadi berhati2 dan berharap...terima kasih pada mu wahai Kekasih Allah..

  • Dari Abi Hurairah beliau berkata :Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :"Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan." Hadis riwayath Bukhari, Muslim& Nasaaei.
  • Dan daripada Abu Hurairah daripada Nabi S.A.W telah bersabda yang bermaksud :"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu."Hadith riwayat oleh Nasai'e, Ibn Majah dan Baihaqi
  • Dan Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang artinya "Sesiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka akan diampunkan baginya dosanya yang telah lalu."Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Nasai'e dan Baihaqi
  • Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : "Solat yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar).Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah."Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim dan Baihaqi
  • Daripada Abi Solih Az-Zaiyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :"Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untuk Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri isterinya pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diajak berkelahi maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri Nabi Muhammad saw didalam kudratNya maka bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. "Hadis riwayat imam Bukhari& Muslim.
*
*
*

Terasa sayang ibadah ini...terasa kebaikkannya...terasa menyesal dan rugi kalau sia-siakannya...namun rasa khuatir nak ku persembahkan pada ya Rabb...

p/s : jagalah puasa dgn mnjaga 7 inderamu

Tuesday, August 18, 2009

Diri Ku dan Ramadhan...

بسم الله الرحمن الرحيم


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ramadhan..




Ramadhan bulan paling mulia dah nk datang..Di saat entry ini ditulis jika dihitung hari hanya 3 hari lagi Ramadhan datang menemui kita sebagai hamba Allah di muka bumi ini..

Di saat ini bagi aku sebagai hamba yg sangat lemah iman agak terlewat rasanya untuk mempersiapkan diri untuk menghadapi bulan Ramadhan al-Mubarak...

Ya! agak terlewat jika nak dibandingkan dengan sesetengah member2 aku or sape2 yg membaca entry ini...persiapan mereka telah lama dari bulan Rejab lagi..

Ya! mereka menunggu dengan rasa keimanan, kecintaan, keazaman, kerinduan, keinginan dan paling penting dirasai dengan penuh kehambaan..

Rasa kerdil diri ini..

Ya! diri ini makin kerdil jika aku cuba bandingkan dgn orang soleh dari kalangan Tabi'in pula..makin kerdil..

Ya! makin kerdil dan tidak layak pula jika aku cuba bandingkan dgn persiapan Sahabat2.. Tidak layak dan tidak tahu di mana kedudukan aku..langsung tiada..

Ya! tiada langsung..langsung tiada..jika tiada..apa ada pada aku..???

Tuhan pandangkah aku? Tuhan terimakah aku? adakah nilai untuk kerisauan ini? Jika ada nilai mengapa aku selalu leka lalai?

Ya! tiada nilai..mana sama kerisauan Nabi, kerisauan Sahabat, kerisauan Tabi' dan Tabi'in..kerisauan mereka membuahkan keimanan, menyebarkan hidayah, menurunkan rahmat..

Ramadhan ini..islah diri..bersih hati..suci dosa..tambah amalan..Moga ku diterima dgn Rahmat dan Kasih Sayang Mu Ya Allah..

Ya Allah tinggal beberapa hari lagi..
Beriku secebis kekuatan bersiap diri..
Ilmu lama dibuka kembali..
Bermuhasabah, menelaah agar tidak rugi..
Ramadhan ini ku ingin rasai..
Hembusan bayu segar dari Firdausi...

Amin Ya Rabbal 'Alamin..


********
Buat tatapan Ku jua..

1. Banyak berpuasa di bulan Sya’ban; menjadi sunnah Nabi s.a.w. banyak berpuasa di bulan Sya’ban.

2. Mengulangkaji ilmu tentang puasa; amalan yang paling utama di bulan Ramadhan ialah puasa. Puasa difardhukan pada siang hari sepanjang bulan Ramadhan. Untuk mencapai puasa yang sempurna kita hendaklah memiliki ilmu tentang bagaimana melaksanakan puasa yang sebenarnya sebagaimana yang dituntut oleh Syara’. Oleh itu, ada baiknya sebelum menjelang Ramadhan kita mengulangkaji ilmu-ilmu tentang puasa merangkumi;
1. Rukun-rukun puasa serta sunat-sunatnya
2. Perkara-perkara yang membatalkan puasa
3. Perkara-perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa
4. Dan segala yang berkaitan dengan ibadah puasa

3. Membaca kembali hadis-hadis Nabi s.a.w. tentang fadhilat (kelebihan) puasa dan bulan Ramadhan; Ada di kalangan kita tidak merasa apa-apa dengan kedatangan Ramadhan. Bagi mereka, Ramadhan sama seperti bulan-bulan yang lain; tiba masanya ia datang dan tiba masanya ia berlalu pergi. Punca sikap ini adalah kerana mereka tidak mengetahui kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan atau kerana mereka melupainya. Kerana itu amat perlulah hadis-hadis Nabi s.a.w. tentang fadhilat dan kelebihan Ramadhan dibaca dan diulangkaji kembali sebagai persiapan sebelum memasuki bulan Ramadhan. Untuk menetahui sebahagian fadhilat puasa dan bulan Ramadhan

4. Mengetahui amalan-amalan utama dan besar pahalanya di bulan Ramadhan; supaya kita dapat memasuki bulan Ramadhan dengan penuh bersedia untuk memperbanyakkan amalan di bulan keberkatan yang banyak kelebihannya itu, kita hendaklah mengetahui apakah amal-amal ibadah atau amal-amal kebaikan yang digalakkan oleh Allah dalam bulan Ramadhan di mana pahalanya amatlah besar dan berlipat-ganda.

Sekian..Wassalam

Selamat Beramal..

****
Moga keinginan ku bertambah...dengar lagu ini...




***
p/s : Moga memberi manfaat buat diriku...

Boleh di Baca juga

Related Posts with Thumbnails